Tuesday, April 13, 2021

INFAQ PADA YANG TEPAT

 AIR MATA 1 RAMADHAN 😢


Pagi-pagi saya ke pejabat hari ni, daripada jauh lihat seseorang yang dikenali melambai. Seorang wanita yang sangat kuat dan hebat, Ibu tunggal, suaminya pergi menghadap Ilahi ketika usia 30an. Masih muda, terlalu awal meninggalkan dia & anak² yang masih kecil.


Beberapa ketika kami berbual, beliau memang seperti selalu, sebak menangis sahaja. Katanya, kalau jumpa saya, mesti rasa sayu dan menangis. Saya faham, banyak beban yang beliau tanggung seorang diri. 


Selepas itu, tiba-tiba beliau membuka 1 gelang emas yang dipakainya, terus diserahkan di tangan saya. Beliau Betul-betul nekad.


"Ustazah, ini gelang kesayangan, saya tiada simpanan duit cash, gelang ini biasa saya akan pajak gadai bila memerlukan duit untuk biaya anak belajar dan apa² keperluan"


Bertambah berat saya nak terima, "kak, jangan begini, kami terima apa sahaja bentuk sumbangan walaupun kecil, gelang ni sangat besar jumlahnya, inikan untuk backup akak dan anak-anak" (berat 28.1 - nilai hampir 6k)


Sungguh ketika ni saya dah mengalirkan air mata, sebab saya tahu kisahnya, bagaimana struggle beliau untuk memberikan kehidupan dan pendidikan yang baik buat anak². Saya menangis bukan kerana terharu dapat infaq gelang, tapi pada hatinya yang luar biasa. Memberi bukan kerana ada, tapi kerana cinta.


Kemudian beliau berkata sesuatu yang terus membuatkan hati terkesima dan tertampar,


"Ustazah, tolonglah ambik, bukan gelang ni yang mencukupkan keperluan saya dan anak², tapi Allah, bukankah Allah suka kita beri apa yang kita sayang, saya yakin Allah akan gantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik, cukuplah Allah jaga anak² saya.. 1 Ramadhan jadi saksi, moga Allah terima pemberian saya ni... 😢"


"Ustazah, akak follow usaha² dakwah dan kebajikan ustazah, tim dan NGO SAC . Akak tak boleh nak bersama turun padang, moga sedikit infaq ni boleh jadi saksi sumbangan untuk jalan dakwah ini..😢" 


Allahu Akbar, terus saya bacakan firman Allah swt di dalam alQuran :


Firman Allah SWT:


لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ


Maksudnya: Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.


(Surah Ali-Imran: 92)


Sambung saya, "kak, semoga Allah gantikan dengan gunung² emas di Syurga kelak, Allah limpahkan rezeki barakah sentiasa mengalir seperti air zamzam, Allah berikan segala yang akak dan anak² perlukan di Dunia dan Akhirat"


Kami sama-sama menangis di pagi 1 Ramadan, saya sendiri seolahnya ditegur oleh Allah swt melalui insan yang istimewa untuk berikan saya pengajaran yang berharga.


SEMOGA BERMANFAAT DUNIA AKHIRAT,

SILAKAN SHARE 🌹❤️🙂


ASMA' BINTI HARUN

Pengasas Bersama & Penaung NGO Sahabat Amal Care

https://quantumnrich.com

#UAHSahabatDuniaAkhirat

3 comments:

  1. Alhamdulillah....kan elok kalau KD post kan cerita2/kisah2 yg baik mcm ni.....daripada menyebar fitnah, mengadu domba, mengelirukan org dan memecahbelahkan org melayu...
    Syabas KD...semoga Allah berikan taufik dan hidayah...

    ReplyDelete
  2. Semua posting aku baik² belaka.

    Ingatan Jangan sokong rasuah dan penyamun

    ReplyDelete