Thursday, April 22, 2021

DILEMA RAKYAT: SIAPA YG LEBIH KITA PERCAYA...

VAKSiN DAN KWAN !!!


Menurut Najib warta telah dikeluarkan untuk penggunaan wang KWAN bagi menampung program vaksinasi negara. Wang tersebut sepanjang Najib menjadi Perdana Menteri hanya sekali dikeluarkan sebanyak 42 Juta untuk Wetland Putrajaya. 


Dan Najib mempersoalkan kenaikan kos seperti diumumkan oleh kerajaan dari RM 3 billion menjadi RM 5 billion. Tetapi dalam hal ini Najib seperti biasa akan memanipulasi apa sahaja untuk nampak dia betul. 


Najib hanya mengira kos untuk pembelian vaksin sahaja. Lihat betapa jahatnya makhluk ini cuba membunuh kerajaan. Harus diingat dalam hal ini kerajaan telah menyatakan kos tersebut adalah termasuk kos penyediaan dan penambahan pusat vaksinasi Covid. 


Untuk mempercepatkan proses vaksin tempat penyediaan haruslah banyak. Dan semua maklum penyimpanan vaksin ini khas dan tidak boleh sewenangnya diletakkan dalam suhu yang tidak sesuai. Akan merosakkan vaksin tersebut. 


Kos juga termasuk elaun tambahan frontliner yang bertanggungjawab menyelia pusat vaksin dan proses suntikan. 

Berapa ribu orang petugas kesihatan terlibat. Mereka harus dihargai dan kerja lebih mereka dihargai kerajaan dengan penyediaan elaun tambahan khas bagi tujuan tersebut. 


Jika mengikut jadual negara kita akan berjaya memvaksin semua penduduk dalam masa paling cepat. Dalam apa juga perancangan, kewangan harus diselesaikan dulu demi rakyat. Semua perkara perlukan pembelanjaan. Demi rakyat kerajaan ini sanggup berhabis ratusan billion sekalipun. 


Usah bezakan zaman Najib dan sekarang. Antara langit dan bumi keadaannya. Dalam hal vaksin ini kita berdepan perkara baru. Kali pertama kita hadapi. Kita tiada pengalaman. Setelah vaksin sampai baru kita banyak belajar dan faham bagaimana vaksin diuruskan. Dan langkah drastik diambil setelah berpengetahuan. 


Penambahan pusat vaksin dan vaksin adalah keperluan rakyat. Jadi apa masalah berbelanja untuk rakyat dan tidak membuat pinjaman luar negara. Kita menggunakan sumber dalaman yang kita miliki. Ini bukan kegagalan. Ini bukti bagaimana kerajaan hari ini meletakkan segalanya dimiliki demi rakyat. Itulah kelebihan kerajaan ini. 


Cuma sekarang kita hadapi masalah bekalan yang agak perlahan kerana pengeluar tidak dapat menampung permintaan seluruh dunia dan mengutamakan negara2 yang terlibat dalam pemberian bantuan kewangan untuk pembangunan vaksin dahulu. 


Pengeluar utamakan negara penyumbang2 ini dahulu. Tetapi sekarang pun proses suntikan tidak pernah berhenti. Kita telah selesai menvaksin hampir 1.2juta orang rakyat Malaysia. Kita antara negara terpantas jika mengikut jumlah populasi rakyat. Syukur. 


Kerajaan juga tidak menggunakan wang begini untuk melabur ke skim skandal merepek seperti Najib. Dan Najib tiada kredibiliti untuk bicara hal ini. Cermin diri dan akuilah Najib penyamun yang gagal mengurus diri. Apatah lagi negara. 


Najib akan mencari apa sahaja peluang untuk memanipulasi maklumat dan berita untuk menangkan dirinya. Dan pasukan penulisnya ini berbayar. Kita yang tahu cerita jangan berdiam diri. Lawan betulkan berita karut ini. 


Najib berharap sangat penulisannya akan pengaruhi rakyat. Dan kerajaan ini dijatuhkan atau dibenci. Tetapi dia terlupa. Rakyat sekarang bijak dan rasional. Ini kerajaan terbaik dalam situasi ini. 


Rakyat nampak, rasai dan nikmati hasil usaha mereka. Rakyat lebih bersimpati kepada kerajaan hari ini. Dalam kerajaan Muhyiddin ini berusaha keras untuk pastikan keselamatan rakyat terbela, ekonomi rakyat bergerak dan ekonomi negara berputar, masih ada rakyat malaysia golongan binatang politik yang sanggup melakukan apa sahaja untuk jatuhkan Muhyiddin dan kerajaan. 


Semuanya berkisar kepada kuasa. Kerana dari kuasa maka hukuman, pendakwaan dan pertuduhan mahkamah binatang2 politik ini akan gugur dan mereka bebas. 


Kata mereka Muhyiddin gagal. Ya Muhyiddin gagal. Gagal membantu mereka untuk salah guna kuasa melepaskan kes mereka. Itulah dosa Muhyiddin kepada mereka. 


Muhyiddin teruskan.  Kami akan membantu membela apa yang kami mampu. Percayalah orang baik Allah sayang. Allah tidak pernah aniaya hambaNYA. Teruskan memimpin penuh jujur dan istikhomah. Insyaalllah rakyat bersamamu dalam apa jua keadaan. 


Bukan perkara mudah memimpin dalam keadaan begini. Rakyat memahami dan mengerti. Dan rakyat faham mana serangan politik mana kisah yang benar.

CnP 


# atas isu, prihatin Najib perlu disokong.


Tidak ada sesiapapun menentang undang² cuma rakyat memberi pandangan ke atas undang²..ITU sahaja.


Kebebasan dan hak untuk membuat laporan polis..


4 comments:

  1. Tepat sekali. Penjelasan yg jitu diperlukan sehinggakan tun pun mula sokong perlaksanaan mengurus covid melalui darurat. Mudah.
    Menggantikan pimpinan dgn bekas penjenayah liwat atau pkmpinan baru lain tetap hadapi masalah yg sama mengurua krisis wabak ni. Parlimen bersidang tak berikan apa impak sekalipun. Penjawat awam tetap laksanakan apa yg perlu dibuat.

    ReplyDelete
  2. Najib forgot he preyed on KWAP and lost it....RM4 bil!

    ReplyDelete
  3. Berlapang dada lah dengan pihak2 yang sudi memberi idea atau komen atau pandangan atau kritikan. Kalu rasa ianya tidak memberi apa2 manfaat tak perlu la ambil pusing. Simple!

    ReplyDelete
  4. 4.48

    give the fact... not fiction

    ReplyDelete