Sunday, April 4, 2021

PAU AWAL VS PRU AWAL

Peringkat cawangan boleh adakan MESYUARAT bulan Mei/Jun.
Peringkat Bahagian pada bulan Julai.

September tempoh sesuai PAU 2021.

ITU sahajalah PALING awal yang boleh di adakan.. justifikasinya Zahid AKAN Tangguh selama mungkin atau selepas PRU15.

Sangat risiko adakan sebelum PRU15.

DAP secara jantan adakan kongres Jun 2021 dan PKR perlu buat sebelum 2021 tamat.

Melihat kepada perkembangan parti, sangat sesuai PRU15 2023.

Kalau Zahid, Najib, Tajuddin dilihat sangat berat untuk awalkan PAU...risiko perpecahan parti

Sudah tentu risiko PRU15 diawalkan lebih berat, perpecahan negara..rakyat jadi mangsa.

Hanya satu sahaja cara untuk PRU awal sebelum PRU..
Menteri umno keluar dari PN..

Jika Zahid gagal tarik Menteri umno keluar PN... Zahid hanyalah Presiden tunggul...

Sudah tiada makns PAU awal, hujung tahun atau Tangguh..Presiden sudah bukan Presiden.







5 comments:

  1. Lantik Bossku jadi PM kali ke 2.
    Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Ahmad Zaini berkata, apa yang penting UMNO perlu kuat untuk menghadapi PRU-15, jangan ada sifat tikam belakang sesama pemimpin.



    Katanya, semua pemimpin perlu mencari persetujuan sama demi mengembalikan semula tampuk pemerintahan kerajaan kepada UMNO dan BN.

    Beliau menjelaskan, walaupun orang muda meminta mereka diberi peluang mengemudi parti, namun ilmu sahaja tidak memadai tanpa pengalaman.

    “Kita perlu seimbang (antara ilmu dan pengalaman), Kalau nak cakap Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (calon pilihan PM), beliau pun lari juga waktu UMNO susah. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pun ada banyak masalah juga.

    “Walaupun Najib ada kes 1MDB, namun kes tersebut masih kabur. Jadi Najib ada kemampuan untuk jadi Perdana Menteri semula. Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh jadi PM dua kali, mengapa Najib tak boleh. Kita buang yang keruh ambil yang jernih,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen yang menarik..

      Jika ramai penyokong umno yang positive, umno AKAN lebih baik.

      Kalau jadi pecacai lalat hijau, umno mskin busuk.

      Delete
    2. Kes 1mdb memang kabur sebab belum habis lagi. Berpuluh tuduhan nak kena hadap. Yg kompom bakal pm ke 2 ni dah jadi penjenayah.12 tahun kena. Tguu je lah rayuan. Selagi takde kputusan..muka dalam portal sprm tu tetap teguh melekat.

      Sebagai ahli umno..memang dilatih berpegang dgn konsep ..kalau dah makan duit haram tu..kita lupakan je lah.buang yg keruh.apa ada hal. Ini memang budaya orang melayu islam umno. Hal rasuah kecik je.

      Delete
    3. Ini macamlah Komen yang membina.

      Delete
    4. Melupakan dan memaafkan tu MMG baik. Tapi UTK buang yg keruh ambil jernih,tak pelik ke? Ni kes maruah,jenayah penipuan....bangsa melayu ni MMG UTK di tipu ke? Apa melayu ni tak bermaruah ke....satu dunia tercemar,ok lagi?
      Patutlah susah nak maju....

      Delete