Sunday, November 28, 2021

BERPOLITIK SAMPAI TAHAP MAKI HAMUN...APA PENYOKONG PEMIMPIN UMNO NAK TUNJUKAN?

Tuduhan politik...perkara biasa.

Maki hamun melampau nampak sangat jahil BERPOLITIK ...

Perang Mahathir Najib pun lagi dasyat tetapi tidaklah sampai ke tahap ITU...
...
🚩🚩🚩
Kenyataan Media Rasmi 
Ahmad Shuaib Bin Ismail 
29 November 2021

SIAPA ROSAKKAN PERPADUAN UMMAH?

Pas parti sial Munafik laknatullah 

Bagaikan menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri, begitulah perumpamaan terhadap kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin. 

Kenyataan ini adalah cubaan untuk swing cerita sebenar apabila menuduh bahawa Zahid Hamidi yang merupakan Presiden UMNO telah menjejaskan perpaduan ummah yang diusahakan melalui Muafakat Nasional (MN). 

Siapa sebenarnya yang terlebih dahulu rosakkan perpaduan ummah ini? 

MN itu dibina sebelum wujudnya kehadiran Bersatu. Bahkan
 di antara punca kewujudan MN itu juga adalah disebabkan keputusan parti Bersatu yang mengetuai kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu mahu meratifikasikan ICERD serta mencetuskan pelbagai lagi isu yang menjejaskan kepentingan Melayu Islam di negara ini.

Namun apabila merasa penolakkan terhadap PH mula mendapat sambutan besar-besaran daripada rakyat melalui kemenangan berturut-turut di PRK, Bersatu mula rasa terancam. Sambutan rakyat itu bermaksud PH bakal dikuburkan. Oleh itu satu strategi licik penuh kepuraan dicaturkan. Maka berlakulah langkah Sheraton.

Sebagai menghayati semangat perpaduan ummah yang terbentuk dalam MN, maka PAS dan UMNO telah menjemput agar Bersatu menyertai MN secara terbuka tanpa syarat.

Malangnya Bersatu telah menolak. Sebaliknya secara sulit merancang bersama PAS untuk mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) tanpa pengetahuan UMNO. Buktinya pada tarikh pendaftaran PN tersebut, kecurangan PAS ini telah dihidu oleh Ketua Pemuda UMNO yang bertanya secara terbuka. Kemunafikan Timbalan Presiden PAS menafikan bahawa PAS ada mengeluarkan surat sokongan daftar PN. 

Namun kesudahannya tetap kantoi apabila diumumkan PN telah diluluskan pendaftarannya. 

Apakah itu bukan bukti bahawa PAS telah mengkhianati perpaduan ummah yang terbina melalui MN?

Mana akhlak pemimpin PAS ketika ini?

Kepandaian pemimpin PAS hanyalah bersilat menepis kesalahan yang sememangnya telah jelas. Ini sekadar satu pencerahan awal sahaja dahulu. Jadi kepada Mursyidul Am PAS, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengarlah.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1121232188621692&id=339068006838118

No comments:

Post a Comment

BERAPA LAMA KERAJAAN ISMAIL SABRI BOLEH BERTAHAN

  Tempoh bertenang, wait and see bagi kerajaan sheraton Ismail Sabri sebagai PM mungkin telah tamat sepertimana yang dinikmati oleh Muhyiddi...