UMNO dan BN tidak bertanding di sana kerana MENGHORMATI parti yang menguasai kerajaan Sarawak sekarang?
Bagaimana kalau kerajaan sekarang adalah kerajaan zalim, kerajaan yang tidak cukup bagus, kerajaan yang membucitkan perut pemimpin..
Kalau bagus, cuba tengok Kadar kemiskinan dan pendapatan purata rakyat nya? Cuba kaji Pembangunan nya? Berapa ramai rakyat Sarawak Cari makan di tempat lain?
Cuba bandingkan miskin kaya pemimpin Dan kroni nya dengan rakyat nya?
Ke mana peruntukan kerajaan pusat dan hasil Negeri di tebarkan...
Jika semua terpuji, berani kerana benar, tidak wajar menghalang parti politik tertentu untuk bertanding...biar rakyat Sarawak yang buat keputusan..
Jika PAS mahu bertanding di sana dan sukar untuk menang, kenapa halang dan berbunyi...
Untuk maju ke depan Sarawak patut berusaha melahirkan seramai pemimpin yang bagus dan berusaha untuk kerusi PM dan Menteri kanan...bukan Menteri tampalan dan kuota politik biasa.....
Menghalang DEMOKRASI pilihanraya langkah ke belakang dan tidak percaya rakyat sendiri.
Atau ada tembelang yang mahu disembunyikan..
Nak BERPOLITIK dalam kelambu sahaja...
No comments:
Post a Comment