Saturday, November 27, 2021

PENILAIAN SANUSI HAMPIR TEPAT

 




Beberapa pengadil juga kelihatan agak berat atau "takut" (?) untuk mengeluarkan kad lebih dari sekali atau warna yang lebih tegas kepada seseorang pemain JDT yang terang terang kasar atau biadab (?)

Adakah ini cemburu membuta tuli (?) tidak sama sekali.... JDT mempunyai pemainan berkualiti dan bagus untuk menjadi sasaran dan saingan kepada kelab lain untuk atasi mereka.

Untuk menyatakan JDT sangat dikagumi atau berjaya tidak juga.... Dengan segala kemudahan dan kemewahan yang mereka miliki permainan mereka tidak setimpal dan jika tuduhan di atas benar tentunya lebih teruk.

Dengan hanya seri atau menang dengan perbezaan satu dua gol ke atas kedah atau lawan lain misalnya, itu satu kegagalan secara relatif.

Dakwaan Good management, disiplin, gaji lumayan, tiada masalah gaji tidak dibayar atau lewat dibayar...kemudahan lengkap, tajaan keliling.....Mereka menikmati suasana 200% atau 300% kali ganda dengan pasukan lain, di kemuncak suasana tetapi untuk memang satu dua gol pun berhempas pulas, nyata itulah kegagalan.

Bila bila masa atau dalam masa terdekat JDT boleh ditumpaskan, baik untuk bolasepak negara.

No comments:

Post a Comment

BAGI PERCUMA SATU DUA BRANG ATAU KAWAL HARGA BARANG MANA SATU KEUTAMAAN KERAJAAN

  Harga barang di era PH kini dua kali ganda mahal di era UMNO ?? apakah Najib sebagai penasihat ekonomi ? ISKANDAR PUTERI: Sebanyak 172,500...