Thursday, December 2, 2021

BACA SAMPAI HABIS - BAHAGIAN 3

Pakar teknologi blockchain dan cryptographic telah dijemput untuk membincangkan cara untuk mencapai tujuan tersebut, ironinya pada tahun 2019, ID2020 telah memulakan program pendigitalan identiti di Bangladesh dengan kerjasama Global Alliance for Vaccines and Immunization (GAVI)... 


ID2020 ialah sebuah konsortium yang menjalankan khidmat untuk program "Sustainable Development Goal" UN 2030 untuk sediakan identiti sah untuk kawalan populasi... 


Accenture, Microsoft, Avanade Inc, PricewaterhouseCoopers dan Cisco Systems Inc antara yang menyumbang kepakaran mereka dalam ID2020... 


Ini juga sebenarnya satu agenda untuk pihak tertentu memiliki apa sahaja yang manusia ada seperti tubuh badan, rumah, kenderaan, harta intelek dan sebagainya, supaya manusia boleh dihambakan kepada New World Order...


Teknologi seperti cip RFID Touch n Go di kenderaan dan aplikasi MySejahtera di telefon bimbit adalah bertujuan untuk memantau pergerakan anda...


Malah satu hari nanti rumah anda akan dipatenkan sebagai pejabat kerana anda dikehendaki bekerja di rumah akibat Covid-19, pendek kata semua privasi dan hak peribadi manusia akan dihapuskan satu persatu... 


Sekatan kepada pengguna MySejahtera apabila status aplikasi yang bertukar kepada PUI atau "person under surveillance" kerana dikesan mendekati pesakit Covid-19 setelah menjadi kontak rapat, adalah permulaan pengenalan kepada sistem "new normal" ini...


Anda boleh dihalang untuk bekerja, menaiki kapal terbang, mengambil gaji malah untuk membeli makanan dan sebagainya, jika pihak kerajaan atau "New World Order" tidak berpuas hati dengan perilaku atau pemikiran anda kelak...


Ini juga akan dikenali sebagai "social credit", dimana jika anda enggan menurut kemahuan mereka, sebagai contoh pengambilan vaksin "booster", maka taraf atau "rating" aplikasi MySejahtera anda akan bertukar, sehinggalah akhirnya anda akan dipengaruhi cip nano di dalam otak yang dihubungkan dengan 5G, supaya menyerah diri kepada sistem baru mereka... 


Kaedah ini lebih kurang sama dengan penggunaan radiasi TV, telefon bimbit, komputer, ketuhar mikro dan permainan video seperti PUBG yang mampu mempengaruhi minda seseorang untuk menjadi ganas dan kejam... 


Masalahnya, partikel nano yang dimasukkan terus ke dalam sel otak melalui "blood brain barrier", dihubungkan pula oleh 5G, pasti akan menyebabkan kerosakan sel di dalam otak yang akan membawa kepada penyakit kanser...


Sedangkan makanan yang kita panaskan di dalam ketuhar mikro adalah merbahaya, kerana gelombang radiasi yang mampu merubah struktur DNA di dalam makanan, lihat saja kadar pesakit kanser di negara maju seperti Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan China yang sehingga memasak nasi pun menggunakan ketuhar mikro...


Syarikat pengeluar vaksin Moderna sebagai contoh, adalah merupakan syarikat yang membekalkan terapi kimo untuk pesakit kanser pada awalnya...


Malah pengeluar vaksin Pfizer juga mempunyai 71 kes mahkamah dan telah didenda sebanyak 4.7 bilion USD atas kesalahan seperti merasuah doktor, menipu, produk tidak menepati ujian klinikal serta melakukan eksperimen kepada kanak-kanak di Nigeria...


Vaksin mRNA yang dihasilkan oleh syarikat Moderna dan Pfizer sebenarnya bukanlah vaksin seperti MMR, Measles, Polio, Hepatitis, Rabies, Chickenpox, Influenza dan sebagainya...


Vaksin mRNA Covid-19 ini adalah satu bentuk kejuruteraan genetik yang juga digelar terapi gen, iaitu penghasilan protein "spike" yang terlalu banyak sehingga menimbulkan simptom "auto-immune", dimana sistem antibodi badan akhirnya hanya akan keluarkan sel darah putih untuk jenis varian yang sama dalam jumlah yang terlalu tinggi...


KKM pernah keluarkan kenyataan bahawa individu yang mempunyai masalah "auto-immune" adalah berisiko untuk mengambil vaksin Covid-19, malangnya tiada ujian yang dijalankan KKM untuk mengenal pasti pesakit tersebut, sebelum dibenarkan mengambil vaksin...


Ramai yang tidak sedar bahawa simptom "auto-immune" akibat vaksinisasi Covid-19 ini adalah sangat mirip kepada penyakit AIDS yang juga merupakan hasil dari vaksinisasi Smallpox...

No comments:

Post a Comment

RAFIZI KOTA JANJI: NAJIB TAK LENA TIDO

https://vt.tiktok.com/ZSRreDuQM/?k=1   Rafizi sebagai orang muda, sedang bersemangat membetulkan politik negara sangat tercabar dengan semba...