Saturday, December 18, 2021

HANYA MUKA BARU DI PH MAMPU MEMBANGKITKAN SEMULA

Bukan Anwar, Lim Guan eng dan mat Sabu Tak bagus Tetapi tariKH SUDA LUPUT.

Kalau Tak sedar diri, ITU toksid Uric asid...buatlah apa Saja  drama untuk berundur secara terhormat.

Terus memimpin jadi racun.

Hasrat dan impian untuk jadi PM atau kerajaan semula untuk padam rekod lampau Tak mungkin berlaku.

NAJIB DAN ZAHID ke arah tersebut, siapa yang akan beri LALUAN? Ismail Sabri? Mustahil....

Dibuang dari Rak sebelum expired lebih MEMALUKAN...Anwar mat Sabu Lim Guan eng akan tewas di PRU15 jika terus tunggu...nak tunggu lagi?

PRN Melaka walaupun bukan total answer tetapi mukadDmahnya sudah nampak...


PRN SARAWAK


GPS menang 75 kerusi daripada 81 kerusi yang diumumkan keputusannya oleh SPRM manakala keputusan DUN Mulu belum dapat diumumkan.


Apa yang menarik PRN kali ini ialah kemerosotan paling ketara prestasi parti-parti pembangkang di mana DAP hilang 5 kerusi DUN, PKR dan Amanah dalam gabungan PH terpaksa melongo bila tewas di semua kerusi yang ditandingi.


PKR bertanding di 28 kerusi manakala Amanah di 8 kerusi dan DAP 24 kerusi. PRN Sarawak 2016, PKR menang tiga kerusi dan DAP tujuh kerusi. Ketika itu Amanah belum muncul sebagai sebuah parti politik, yakni di peringkat awal penubuhannya.


Dua hari sebelum mengundi, Lim Kit Siang sudah menunjukkan 'rasa kalah' bila berkata 'tiada fajar baru' dalam politik Sarawak tanpa KM daripad bangsa Dayak. Permainan politik perkauman itu untuk mendapat sokongan pengundi Dayak nampak sebagai strategi terdesak DAP.


Jika dilihat daripada trend kekalahan DAP sama ada di dalam PRN Sarawak dan Melaka jelas bahawa pengundi Cina mula berubah dan tidak lagi menjadi 'safe deposit' untuk parti itu memperoleh kemenangan.


Apakah trend ini akan memberikan kesan dalam PRU ke-15 yang mungkin akan berlangsung dalam tempoh dua tahun akan datang. Namun apa pun sentimen pengundi akan cepat berubah dan ia seharusnya dapat dibaca dengan jelas oleh BN sekiranya gabungan itu berhasrat untuk kembali memerintah tanpa perlu ada kerjasama antara PAS dan Bersatu yang sudah membentuk Perikatan Nasional.


Abang Johari Tun Abang Haji Openg telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak untuk penggal kedua. Beliau menang di kerusi DUN Gedong setelah bertukar dari DUN Satok yang dimenangi selama sembilan penggal.


Kemenangan ini jelas membawa mesej, politik retorik PH sudah tidak lagi menjadi manakala Anwar sekali timpa tangga setelah PH bukan lagi menjadi pencabar terkuat. Senario sebegini akan melengkapkan sekali lagi desakan agar Anwar meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PH kalaupun tidak sebagai Presiden PKR.


PSB, Parti Sarawak Bersatu menang 4 kerusi. 


Akibat PKR tewas teruk di Sarawak, ia seolah-olah mengulangi nasib malang parti itu dalam PRN Melaka  sebulan lalu.


Indikasi kekalahan PH muncul lebih awal apabila Anwar secara terbuka mengkritik DAP yang memberikan kerusi sukar menang kepada PKR. Ini bermakna, sebelum PRN sudah ada masalah pembahagian kerusi.


Ini bermakna, PKR tidak lagi relevan dalam politik Sarawak manakala DAP berhadapan pula defisit kepercayaan daripada pengundi Sarawak. Dengan hanya dua orang wakil, bakal menjadi pembangkang yang lemah untuk menjadi jurucakap bagi PH dalam DUN Sarawak.


Bagaimana pun, setakat ini belum ada gambaran bahawa PH akan berkubur sebelum PRU ke-15 tetapi tanda-tanda perpecahan semakin membentuk rentak.

No comments:

Post a Comment

RAFIZI KOTA JANJI: NAJIB TAK LENA TIDO

https://vt.tiktok.com/ZSRreDuQM/?k=1   Rafizi sebagai orang muda, sedang bersemangat membetulkan politik negara sangat tercabar dengan semba...