Thursday, May 26, 2022

BERAPA LAMA KERAJAAN ISMAIL SABRI BOLEH BERTAHAN

 

Tempoh bertenang, wait and see bagi kerajaan sheraton Ismail Sabri sebagai PM mungkin telah tamat sepertimana yang dinikmati oleh Muhyiddin sebelum ini.


Di medos, nama PM mula diserang walaupun pada isu isu secara tidak langsung terutama isu kos sara hidup yang mula meninggi dan mencekam rakyat, begitu juga dengan isu isu lain yang menunjukan rakyat dilayan secara klasta dan diskriminasi.

https://www.malaysiakini.com/news/622602

Sudah tentu banyak lagi isu yang sedang menanti, sangat mudah yang kecil diperbesarkan apatah lagi kalau yang benar benar menunjukan kesilapan kerajaan terutama dari Menteri dan kabinet yang banyak kelalaian.



Apakah ada usaha untuk satu PM baru lagi untuk ambil alih atau keperluan PRU untuk kepentingan segelintir yang terdesak.


Hanya BN diketuai Zahed selesa untuk berhadapan PRU tetapi tidak mungkin selesa untuk parti parti lain hatta PM sendiri berada dalam kedudukan tidak menentu walaupun partinya boleh menang besar tetapi PRU akan membubarkan kuasa mutlaknya sebagai PM dan sesiapapun boleh menyelinap ke Istana untuk mengaku menang majoriti selepas PRU dan menamakan calon mereka sebagai PM.


Apakah Zahed dan Najib layak bertanding di PRU - Suruhanjaya Pilihanraya samalah seperti SPRM - apa yang mustahilnya (?)

No comments:

Post a Comment

ADA KEPENTINGAN ATAS ISU DILANTIK JADI PENGERUSI - TAK MASUK AKAL

  Mahathir  keluar  ...  Satu  tindakan  yang  betul.    Sebagai bekas hakim dan bekas peguam negara sepatutnya dari awal apandi menunjukan ...