Wednesday, May 11, 2022

GARA² DI AMBANG PRU - JANJI MANIS DAN ALASAN GAGAL DAH MULA KELUAR....

Umum mengetahui bahawa apabila Umno kalah dalam pilihan raya 1990 di Kelantan, negeri itu telah dinafikan hak, di mana peruntukan kewangan telah dihadkan.


Malah projek yang telah diluluskan sebelumnya juga telah dibatalkan serta-merta. Ini termasuklah projek Bekalan Air Kelantan Utara sebanyak RM600 juta yang telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat sebelum PAS mengambil alih kepimpinan negeri itu. 


 Asasnya, tidak ada satu negeri pun di Malaysia yang boleh menyelesaikan masalah air secara bersendirian. 

Semua memerlukan peruntukan daripada kerajaan pusat. Semasa dipimpin oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, 

Kelantan memerlukan RM2 bilion untuk menyelesaikan masalah air, namun tidak diberikan. 

 Sedangkan negeri-negeri lain seperti Johor dan Pulau Pinang diberikan RM2 bilion seperti dimohon ketika itu, sehingga siap Empangan Mengkuang dan tiada lagi ada masalah air dihadapi oleh negeri itu. 


 Setelah perbincangan demi perbincangan dibuat, Umno kemudiannya memberi syarat untuk membuat migrasi kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan syarat tersebut dipersetujui oleh kerajaan Pas Kelantan. 


 Namun peruntukan yang sepatutnya disalurkan tidak dilakukan dan tidak sampai kepada kerajaan negeri. Tuan Guru Nik Aziz kemudiannya telah mengadakan lagi pertemuan dengan kerajaan pusat yang diterajui Umno. Akhirnya pusat bersetuju memberikan pinjaman (hutang) sebanyak RM600 juta dengan syarat kontraktor kerajaan pusat yang pilih dan lantik.


 Masalah mula timbul bila kontraktor yang dilantik menimbulkan masalah, seperti buat loji tak ikut spec, projek tergendala, dll. Bila terlalu lama tergendala, terpaksa pula ganti kontraktor baru. 


 Wang RM600 juta yang diberi pinjam tersebut pula bukannya dimasukkan terus ke dalam akaun kerajaan negeri sekaligus. 


Tapi duit tersebut akan diberikan oleh kerajaan pusat secara berperingkat apabila kontraktor tersebut claim. 


Caranya, kontraktor claim kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Kerajaan negeri seterusnya mengangkat claim itu kepada Kerajaan Pusat. 


Bila duit tersebut sampai kepada kerajaan negeri, negeri terus bayar pada kontraktor. Jadi, kerajaan negeri dalam hal tersebut hanyalah sebagai pengantara. Macam posmen sahaja. 


 Selepas Kerajaan Persekutuan bertukar pada tahun 2020, barulah ada peruntukan diberikan untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan, namun belum memenuhi keperluan yang dihasratkan. 


 Saya percaya masalah air di Kelantan memerlukan masa yang tidak singkat untuk diselesaikan,


Memandangkan masalah ini berlarutan lebih 30 tahun yang lalu bermula sejak Umno kalah di Kelantan pada tahun 1990.   


Saya selanjutnya percaya bahawa keberadaan Pas dalam kerajaan persekutuan dalam tempoh yang lebih lama akan memberikan sinar untuk menyelesaikan bukan sahaja masalah air di Kelantan, bahkan mengembalikan semula hak-hak Kelantan yang telah dirampas & dinafikan oleh Umno sejak sekian lama.


 Sumber rujukan: HARAKAHDAILY 9 Mei 2022 

No comments:

Post a Comment

NAJIB BELUM JAWAB SOALAN MAHATHIR

Mahathir sudah tahu tapi masih sengaja bertanya   https://vt.tiktok.com/ZSRho9EaB/