Monday, May 9, 2022

KENAPA MENGELUH (?) BETULKAN FAKTA DAN SELESAIKAN

Ahli kabinet yang tidak berkhidmat minima10 tahun dan tidak mencukupi 240 bulan seperti penjawat awam kenapa layak dapat pencen (?) dan pencen penuh (?)

Malah mereka juga sapu banyak kemudahan lain...


BETULKAN FAKTA BUKAN MENGELUH KOSONG !!!!!


Banyak netizen mengulas apabila YAB Perdana Menteri Malaysia menyentuh Bebanan Kewangan. Konon Negara terpaksa tanggung kos bebanan kerana pembayaran emolumen dan pencen kepada Penjawat Awam.


Antara komen Netizen yang paling terbaik dibaca ialah tulisan ini:


"Bayaran Pencen yang paling membebankan Kerajaan sebenarnya ialah bayaran kepada Ahli² Politik, dimana bayar Elaun lebih tinggi dari bayar Gaji..!!!😤


Khususnya jawatan PM, TPM, MB, KM, Menteri, Exco, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. 


Sepatutnya mereka tidak di-'itiraf sebagai Penjawat Awam dan Otomatiknya hilang kelayakan daripada menerima sebarang Skim Pencen SEBAB mereka hanya pegang jawatan selama 60 bulan/tahun.


Mereka sabenarnya tidak layak untuk terima pencen penuh sebagai Kakitangan Kerajaan  berbanding dengan Kakitangan Awam yang perlu bekerja selama 240 bulan untuk penuhi syarat layak bagi dapat Skim BerPencen.


Cuba Kita lihat contoh, berapa emolumen untuk sorang Menteri Kabinet: 

1) Gaji asas = RM18,000 

2) Elaun Keraian = RM10,500 

3) Elaun perumahan = RM10,800 

4) Elaun Rakyat = RM10,650

5) Elaun tempat letak kereta = RM10,650. Sebenarnya mereka tidak bayar pon untuk meletak kenderaan itu, kerana mereka gunakan kenderaan rasmi. Selain itu, Kerajaan terpaksa membayar emolumen RM16,000 sebulan kepada 222 Ahli Dewan Rakyat dan RM11,000 sebulan kepada 70 Ahli Dewan Negara... 🤔😤


Bayangkan di setiap pilihanraya (5 tahun sekali) wakil yang dipilih berubah dan mereka semua hidup lama, berapa kos pencen untuk bekas wakil yang saperti ini !? 😤


Ini lebih membebankan dan mubazir berbanding Penjawat Awam Rendah seperti Pembantu Umum Gred 11 dengan gaji hanya RM1,216, dan satelah berkhidmat lebih dari 30 tahun, gajinya maksimanya adalah RM2,983. Jadi pencen hanya ± RM1,491.50 sebulan selama ± 15 tahun (selepas usia 60 tahun), jika kita ambil jangka hayat rakyat Malaysia ± sehingga 75 tahun.


Nota 1: Elaun Parking Kenderaan Menteri lebih tinggi daripada Gaji Gred 44! 

Nota 2: Jika gaji gred terendah Pekerja Am Kerajaan ialah RM1,500 termasuk elaun², maka gaji sorang Menteri sama dengan 37 orang Pembantu Umum Gred 11... 😤


Ahli² Politik yang memegang Jawatan, kononnya untuk membela nasib rakyat, sebenarnya mereka hanya pertahankan hidup mereka sendiri.


Ini mesti diperbetulkan. Ini belum termasuk Ahli Politik yang mengambil kesempatan daripada peluang² lain untuk kaut buat keuntungan.


Sila Viralkan

No comments:

Post a Comment

RAFIZI KOTA JANJI: NAJIB TAK LENA TIDO

https://vt.tiktok.com/ZSRreDuQM/?k=1   Rafizi sebagai orang muda, sedang bersemangat membetulkan politik negara sangat tercabar dengan semba...