Thursday, May 12, 2022

Terra Luna, Do Kwon












 1. Terra Luna, a previous darling dalam dunia crytpcurrency, telah jatuh merudum sejak beberapa hari lepas. Daripada harga all time high of $120 beberapa minggu lepas, ianya jatuh ke $1.12, atau kejatuhan lebih 90% semasa saya menulis post ini! Market capitalization yang dahulunya melebihi $30 billion kini tinggal hanya $1.6 billion.




2. Kejatuhan ini adalah ketara, dan adalah mengejutkan memandangkan yang Terra Luna merupakan salah satu top 10 coin, model algorithmic stablecoin yang canggih (dahulu) dan amat diminati oleh ramai pelabur dalam dunia crypto, termasuk saya sendiri.


3. A short explanation tentang Terra Luna dan ‘sister coinnya’ UST untuk newbies: UST adalah sejenis stablecoin yang di tambat (peg) nilainya pada $1. Berbeza dengan kebanyakan altcoin yang lain (termasuk bitcoin dan ethereum), nilai stablecoin kekal pada $1. Furthermore, berbeza dengan kebanyakan stablecoin yang lain pula (contoh Tether dan TrueUSD), peg UST menggunakan model algorithmic, dan tidak terus kepada USD. Rumusannya ialah nilai UST patut kekal pada $1. 


4. Hubungan UST dan Luna adalah simbiotik: Luna di ‘burn’ (dimusnahkan) untuk mencipta UST dan terbalik. Jadi kita sentiasa boleh menukar $1 UST ke $1 Luna – dalam teori. Sistem ini direka bentuk untuk memanfaatkan bekalan dan permintaan; sekiranya permintaan untuk UST jatuh dan harganya kehilangan tambatan kepada dolar, arbitrageurs (peniaga yang membuat wang daripada ketidakcekapan pasaran) akan (secara teori) menjual LUNA untuk UST sehingga nilainya dipulihkan.


5. Jadi apa yang berlaku yang menyebabkan kejatuhan ini? Jawapan sebenar belum pasti tetapi berita spekulasi yang terbit ialah kerana UST telah dijual secara besar-besaran oleh seorang pelabur yang juga membuat short-selling Luna. In other words, there was a coordinated attack on both UST dan Terra Luna. Serangan ini bukan sahaja menjatuhkan nilai UST di bawah $1, ianya turut menjejaskan nilai Luna – kerana lebih banyak Luna perlu di isu untuk mengekalkan nilai, yang malangnya menambah kepada kejatuhan nilai tersebut. Worse, kejatuhan awal ini membuatkan pelabur panik dan mereka turut menjual Luna untuk mengelakan kerugian yang lebih besar.


6. Terdapat beberapa pengajaran di sini. Pertamanya, cryptocurrency adalah produk yang baru jadi rules, regulations dan praktisnya belum di set in stone. Ada yang belum jelas, dan malah ada yang berubah-ubah dari masa kesemasa. Ini bermakna risiko yang jauh lebih tinggi wujud dalam dunia cryptocurrency jika dibandingkan dengan pelaburan lain termasuk saham, hartanah dan emas. 


7. Keduanya, walaupun pulangan dalam dunia crypto adalah insanely tinggi (boleh masuk ratusan dan malahan ribuan peratus), oleh kerana risikonya yang tinggi, pelabur digalakkan melabur hanya wang yang betul-betul extra dan tidak akan digunakan dalam masa dua atau tiga tahun ke hadapan. Dalam kata lain, wang yang mereka boleh dan mampu kehilangan semuanya! 


8. Ketiga, dan ini strategi yang saya selalu sarankan, kita tidak boleh melaburkan semua wang kita dalam hanya satu atau dua pelaburan – tidak kira berapa hebat pelaburan tersebut. Sebab jika kita melaburkan semua wang kita di dalam hanya satu pelaburan dan sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada pelaburan tersebut – seperti yang berlaku kepada Terra Luna – kita bukan sahaja akan menanggung kerugian tetapi boleh jatuh papa kedana!


9. Apakah Terra Luna akan recover? Semasa saya menulis post ini, masa depan terdekat nampak samar-samar sahaja. Walaupun founder Terra Luna, Do Kwon dan team beliau sedang berusaha keras untuk memperbaiki situasi (dan nilai kedua UST dan Luna), ramai yang bertanya apa yang boleh dibuat untuk mencegah situasi yang sama daripada berlaku lagi di masa hadapan?








# di masa akan datang ada lebih baik membaiki cara merompak dan lanun kemudian diterjemahkan sebagai derma, tetapi jangan lah pula masuk ke akaun sendiri dan dalam negara - belajar dari pengalaman supaya risiko tidak berulang.

No comments:

Post a Comment

RAFIZI KOTA JANJI: NAJIB TAK LENA TIDO

https://vt.tiktok.com/ZSRreDuQM/?k=1   Rafizi sebagai orang muda, sedang bersemangat membetulkan politik negara sangat tercabar dengan semba...