Friday, June 24, 2022

COWCOW MAHATHIR TARUK

 
 




Ahli politik lama yang paling banyak pengalaman, ada antaranya yang belum lahir atau masih budak hingusan atau remaja nakal semasa dia sedang memimpin negara.

PM dua kali, letak jawatan tanda jelas bukan kepong dan gila kuasa serta bercakap benar dengan berani pada sesiapa sahaja (hanya Tuhan yang perlu ditakuti untuk rahmatnya) memberi gambaran dia masih relevan untuk bersuara selagi hayat di kandung badan.

Pada lawan atau kawan, suka atau tidak, dia tetap siffu politik...  langkah sheraton tebuk atap macam nampak bijak tetapi bala dan beban sudah mula menimpa mereka.. 

PAS hilang sokongan setia ahli dan penyokong apabila mula comelot dengan PN dan UMNO - sudah tergugat dibantah terutama di kelantan dengan isu air dan isu semasa - rakyat kelantan terus terbiar, wakil rakyat terus diselesakan kerana mereka juga mahu habuan macam di pusat.

Harapan Zahid dan Najib untuk PM  (Muhyiddin dan Ismail) ehem...ehem...campurtangan tidak kesampaian. 

Belang Zahid minta campurtangan - Muhyiddin sudah pecahkan.
Apakah nanti Ismail pula akan buka mulut???? kalau diasak sampai ke dinding??berhati hatilah


Azmin sudah tersepit, zuraida terpelanting. muhyiddin sudah terhumban...kini giliran Ismail sedang diasak kluster mahkamah parti sendiri atas isu segerakan PRU15...



Zahid dan najib hilang tenaga untuk lawan mahathir kerana penat turun naik mahkamah - kalau terlepas satu, satu lagi sedang menunggu...macam tiada harapan untuk halang perjalanan ke sungai buluh. 

Tiba tiba muncul pula gelombang dan kekuatan Rafizi di pihak pembangkang yang mula berpengaruh dan mampu menggugat BN.





Satu perumpamaan Mahathir memberi gambaran yang luas dan nyata.
Setiap kenyataannya mendapat perhatian seluruh dunia.





















No comments:

Post a Comment

RAFIZI KOTA JANJI: NAJIB TAK LENA TIDO

https://vt.tiktok.com/ZSRreDuQM/?k=1   Rafizi sebagai orang muda, sedang bersemangat membetulkan politik negara sangat tercabar dengan semba...