Monday, June 13, 2022

MASIH ADA KE RM350/BAHAGIAN - INI NAK MENIPU KE APA (?)

 

Rata rata satu bahagian lembu sekarang antara RM600 -RM900 untuk Qorban tahun ini.


Masih adakah RM350/bahagian (?) 



INI SMS YANG AKU SERING DAPAT DENGAN PELBAGAI TAJUK, SETAKAT MANA KEASLIANNYA...SILA TAMPIL


RM0 I-Qurban: Pakej Qurban 2022. Bantu fakir miskin sambil bantu dana survival maahad tahfiz. HANYA RM350/bhgn. Dapat 2 pahala dlm 1 amalan. > ezy.la/qurban01 


Bukan SMS ini sahaja malah pelbagai, bangunan yang dah siap bertahun itupun masih mohon untuk tambahan dengan tajuk nak siapkan bangunan.


Gambar dan video pusat tahfiz yang daif, dalam proses binaan dan pelbagai lagi.. dipetik ayat pemanis... Cuma aku nak tanya ostad tu dia bawa kereta apa, velfire atau kancil...


Tidak kah rumahnya lebih besar lebih mewah dari pusat pembelajaran ITU. Kenapa tidak dia terlebih dahulu bergolok gadai untuk tujuan tersebut (?) 


Di medos, iklan pungut sedekah derma ini sama banyak dengan iklan jual produk...


Kalau Tak cukup wang, serah kepada jabatan kerajaan, pusat zakat untuk uruskannya atau pusat pusat lain yang sedia ada atau serah kepada sumber kewangan yang lebih kukuh. 


Cara yang betul dengan pengurusan yang betul MENJADIKAN pusat pusat ini bukan pengemis terbuka medsos yang memalukan. 


Sebagai mukmin, di depan mata anda ada pusat tahfiz, pondok, rumah anak yatim dan pelbagai.


Di situlah tempat terbaik untuk infaq dan sebagainya. 


Jangan terpengaruh yang sekadar ayat dan tulisan tanpa kesahihan.




Ini iklan yang lebih bertanggungjawab dan rasional - itupun perlu lagi sedikit soal selidik yang berpatutan.



No comments:

Post a Comment

NAJIB BELUM JAWAB SOALAN MAHATHIR

Mahathir sudah tahu tapi masih sengaja bertanya   https://vt.tiktok.com/ZSRho9EaB/