Mahkamah rakyat telah pun buat keputusan ke atas Najib pada 2018 melalui PRU dan diikuti melalui mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan.
Semasa Najib PM, ratusan orang tahu mengenai 1MDB tetapi pada masa itu dianggap sah kerana Najib tidak mendakwa dirinya sendiri, enggan menerima nasihat untuk berundur, enggan menerima proses mahkamah untuk membersih dirinya.
Apakah ratusan orang itu bersalah pada masa itu dan pada masa sekarang??? Samalah dengan Hakin Nazlan, itupun belum ada pengesahan dari segi perundangan.
Kenapa tidak ada pegawai SPRM atau PDRM tarik diri untuk memberi keterangan kepada Najib semasa perbicaraan dan kenapa tidak mereka dituding ada kepentingan ??? Kenapa hanya pada hakim Nazlan.
Gabenor Bank Negara juga tahu duduk perkara, kenapa Najib enggan panggil sebagai keterangan peguambela???
No comments:
Post a Comment