Thursday, October 16, 2008

MINIMAKAN politik wang MAKSIMAKAN suara akar umbi

Di dalam politik, hukum rimba kadang2 akan lebih menang jika dirancang dengan teliti mengalahkan kebenaran tanpa perancangan, usaha dan membuta tuli.

Justru itu adalah lebih praktikal di dalam UMNO, undian ke atas pencalonan dan pemilihan MT dan jawatan yang lebih tinggi dibuat dengan mengambilkira jumlah undi sebenar yang dibuat oleh perwakilan cawangan di mesyuarat bahagian ( Pilihanraya Parti ). Undian dibuat secara ‘kertas undi’ dan dikumpulkan/dicampur dari satu bahagian ke bahagian yang lain sehingga selesai. Mana mana calon yang mendapat jumlah undi terbanyak dikira menangi secara mutlak jawatan tersebut. Dalam hal ini tidak timbul soal kuota kerana semua layak dicalon dan bertanding hatta akhirnya calon itu sendiripun tidak memilih dirinya sendiri.

Perhimpunan Agung UMNO Malaysia pula hanyalah satu mesyuarat yang hanya mengesahkan pemilihan tersebut dan seterusnya menjadi tempat berbahas dan memperbaharui polisi parti dan seterusnya menjadi dasar kerajaan selepas dihalusi.

Jika ini dipraktiskan, ia akan meminimakan politik wang dan memaksimakan suara akar umbi. Pemilihan cara ini wajar dijadikan ‘wajib’ secara undang undang kepada semua parti politik termasuk pembangkang supaya pemilihan benar benar telus tanpa peralihan kuasa gila dan kronis

Kebebasan bersuara, siapa yang dikecualikan..

Tidak kira wartawan, akhbar, penulis, ahli politik atau orang awam sekali pun, mereka harus bebas bersuara tetapi juga harus bebas diambil tindakan atau saman oleh mana mana pihak tanpa syarat. Tidak wajar ada kebebasan di sebelah pihak atau ada undang2 lain yang mengecualikan mereka atau sesuatu pihak yang lain.

Tetapi selesaikah masalah itu atau persaolan itu ??

Tetapi yang lebih tidak mengerti kenapa dalam bercakap mengenai kebebasan bersuara dan berpihak, kenapa pula ada unsur memaksa dan mengugut satu pihak lain untuk berpihak kepada siapa saja yang dia suka dan dengan apa jua alasan yang dia beri.

Anehnya pembangkang setiap hari mengeluarkan dakwaan demi dakwaan sejak saya dilahirkan hingga sekarang, tetapi bila bercakap mengenai bukti atau diterjemahkan sebagai tindakan mengikut lunas undang undang, terlalu sedikit, habuk pun takddak sampai sekarang.

Jika pihak polis atau BPR atau mana mana institusi gagal ( jangan lupa termasuk pembangkang, tidak dikecualikan ) maka wajar pihak yang mendakwa mengheret perkara itu kemuka pengadilan.

Tetapi akhirnya jangan lupa, kuasa untuk menilai sesuatu pihak ( kerajaan atau pembangkang) akan dibuat oleh rakyat melalui pilihanraya. Pembangkang atau kerajaan pasti tidak mampu menipu rakyat pada setiap masa dan pada semua perkara.

Dan hormatilah kebebasan dan penilaian rakyat melalui pilihanraya yang memilih parti mana yang membentuk kerajaan. Jangan dirompak kebebasan rakyat itu dengan 'merampas kuasa' dalam apa jua cara.

Jadilah lebih jantan dari jantan dalam politik. Jangan selalu sangat main atau masuk melalui pintu belakang.

Siapa calon 'underdog'

Untuk apa berpolitik? Untuk apa begitu sangat berebut jawatan dan kerusi? Semuanya kerana wang dan kuasa cuma slogannya ialah untuk berbakti kepada bangsa, ugama dan negara.. Dan bagi yang sudah berharta dan berkuasa, perjuangan mereka cuma lebih kepada tamak haloba dan mengekalkan kuasa. Bagi mereka yang sudah berada di atas dan merasa berkuasa begitu liat untuk turun hingga terpaksa dijolok dan dilondehkan, itupun masih mencari simpati dan meraba peluang kalau kalau dapat bertakhta sampai mampuih.

Politik melayu percaya, hanya dengan kuasa politik mereka boleh berjaya dan kaya, ekonomi diratah melalui politik dan bukannya melalui usaha dan kegiatan ekonomi itu sendiri.

Ia berbeza dengan orang cina yang hanya memerlukan sedikit kuasa politik untuk mengambil peluang awal dan kemudiannya menjalankan aktiviti ekonomi itu sendiri menjadi empayar dan terlalu kecil sangat selepas itu untuk bergantung kepada politik, malah lebih suka menjadi penyumbang kepada dana politik untuk kekal berpeluang.

Samada overdog atau underdog, mereka tetap anjing.

Tuesday, October 14, 2008

Sokongan kepada pembangkang merosot.

Adakah pembangkang semakin kuat sekarang ini berbanding dengan sebelum pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Melihat kepada pihak pembangkang, Anwar yang munafik dengan memutarbelitkan tarikh pengambilalihan kerajaan dan peristiwa celupar Teresa Kok dan banyak lagi insiden mempengaruhi suasana rakyat yang pembangkang terutamanya harus menilai semula pengaruh mereka di kalangan majoriti rakyat yang mempunyai kuasa mengundi yang kuat.

Kekuatan mereka kini lebih bergantung kepada PAS yang agak stabil dari segi pendapat dan tindakacara, lebih sederhana dan realiti.

Kalangan penyokong2 pembangkang juga tidak banyak menyokong pembangkang dalam ertikata mempengaruhi pengundi untuk terus setia dengan pembangkang atas sikap mereka yang perkauman tebal, egois dan melampau, kebanyakkan mereka lupa asal usul nenek moyang mereka, mereka yang dulunya merempat kini bercakap tentang hak melebihi sempadan dan tanpa berlapik.

Melihat sikap mereka di blogg Rockys Bru sehari dua ini menggambarkan penyokong pembangkang sudah tidak melihat 'isi' tetapi lebih kepada kulit dan luaran serta lebih menggunakan nada ugutan dan paksaan terhadap penulis supaya lebih memihak kepada kita. Mereka menjadi fobia dan ketakutan yang amat sangat, cemas tidak menentu bila mendengar nama dan pengaruh Mahathir dalam kerajaan kepimpinan baru sekarang.

Walaupun berita itu tidak mungkin betul tetapi jelas pembangkang dan penyokong pembangkang sudah merasai nyawa mereka cukup terancam, impian mereka menjadi kabur dan rakyat sukar diperbodohkan lagi jika Mahathirism kembali menjadi ideal dan idola rakyat.

Untuk memenuhi cita cita mereka, Dolah masih kasih dan sayang untuk memberi mereka masa sehingga Mac 2009 untuk melakukan sesuatu jika mahu mengambialih kerajaan, sebab itulah Anwar yang kena sumpah kembali memberi janji untuk nafas baru kepada Pakatannya dengan disokong lebih kuat kali ini dari PAS dengan Nik Aziz terpaksa turun padang dan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang menyokong Pakatan. Nik Aziz begitu kemaruk mendapatkan kuasa kerajaan sehingga tatasusila Islam untuk membentuk kerajaan sudah terpesong dan cacat. Hadi Awang hanya memerhati bagaimana liciknya Anwar memberi gula gula dan mempengaruhi Nik Aziz dengan begitu mudah. Begitulah kecilnya Nik Aziz yang terperangkap dengan mainan politik kulit yang menjanjikan 'Islam' diberi tempat.

Selepas mac, selepas Najib menjadi PM, jika pembangkang masih gagal, anggaplah mereka gagal selama lamanya kerana mereka tidak mengambil kesempatan di atas kelemahan parti kerajaan sekarang sedangkan Dolah sudah membuka pintu besar seluasnya untuk mereka masuk.

Nama Mahathir - menjadi igauan dan ketakutan yang amat sangat bagi mereka. Nama Mahathir merupakan satu kekuatan kerajaan.

Blogg ini mengalu ngalukan penyokong pembangkang untuk meluahkan rasa isi hati mereka secara melampau tetapi segala pendapat dan tulisan adalah tanggungjawab sendiri. Tiap daerah ada sempadan, tiap kubur ada dua batu nesan.

Saturday, October 11, 2008

Mat Taib - pasrah yang parah

Salah satu perangai Dolah ialah mengambil semula orang2 tertentu yang sudah 'terbuang' untuk diberi tempat, antaranya ialah Zahid, Zaid, Mat Taib, Sharizat dan Mashitah. Jadi tidak hairanlah mereka selalunya berkhidmat semata mata untuk Dolah dan bukannya untuk parti, tentulah lebih jauh untuk berkhidmat demi negara, bangsa dan ugama. Tetapi merekalah juga yang kerap melaungkan untuk ugama, bangsa dan negara dalam setiap aktiviti mereka.

Hari ini, salah seorang penyokong tegar Dolah telah menawarkan dirinya sendiri untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO dan setakat ini belum lagi mendapat pencalonan walaupun beberapa UMNO Bahagian Selangor telahpun bersidang. Mat Taib yang mengetahui sudah tidak punya tempat lagi untuk dilantik jika benar Dolah muktamad tidak mempertahankan jawatan Presiden dan PM telah mengambil langkah drastik/kamikaze mencalonkan dirinya untuk jawatan Timbalan Presiden. Adakah dia mampu melayakkan dirinya untuk bertanding ??? Jika 10 tahun dahulu, Mat Taib mampu membeli perwakilan tetapi kali ini, dia hanya mampu membayar tetapi samada undi akan menyebelahinya sudah sukar diramal lagi.

Kepada Mat Taib, eloklah dia bersiap siap untuk melambai tangan, nasibnya lebih buruk dari Dolah.

Peluang menang Timbalan Presiden: Muhammad Taib pasrah
11/10/2008 4:31pm


KUALA LUMPUR 11 Okt. — Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad Muhamad Taib hari ini berkata beliau pasrah mengenai peluangnya untuk menang dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu Mac tahun depan.

“Saya berserah kepada Allah, bahagian (dalam parti) dan ahli-ahli UMNO,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Mesra Aidilfitri Felcra Berhad di sini.

Wednesday, October 8, 2008

Fikiran ke 2 yang difikirkan...

Pengumuman Dolah untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden adalah keputusan tubuh badan individu yang dipilih tanpa pertandingan suatu ketika dulu. Hari ini beliau mengumumkan atas dasar desakan dan cakap cakap bahawa itu adalah kemahuan akar umbi dan Dolah secara lakonannya akur dengan 'suasana' tersebut.

Tetapi pengumuman itu tidak total dan tidak membuat apa apa kondisi sebaliknya dilapik dengan 'kerja kerja murni yang akan diteruskan' senada dengan hasrat dan matlamat pembangkang. Dolah terjun dari bangunan yang tinggi tetapi dalam masa yang sama meraih simpati dan psikologi kepada rakyat dan ahli UMNO bahawa cita cita murninya untuk bangsa, ugama dan negara telah disabotaj.

Berhati hatilah dengan permainan cantik politik ini.

Peerhatikan selepas ini adakah ada suara suara yang mengatakan bahawa Bahagian si fulan dan si fulan tetap mencalonkan Dolah untuk jawatan Presiden kerana jawatan itu adalah hak dolah untuk mempertahankannya dan demokrasi tidak menghalang sebarang pencalonan walaupun si fulan telah mengumumkan tidak mempertahankan jawatannya. Berdasarkan ketekunan dan iltizam Dolah meneruskan kerja kerjanya tidak mungkinkah si musuh akan jadi kawan dan yang lain lain merasa kesihan dan simpati kepada si lembek yang sedang diganyang.

Karpal Singh jika dibenarkan sebagai ahli UMNO sudah tentu menawarkan diri menjadi Pengurus Kempen untuk mempertahankan Dolah semata mata memastikan mimpi partinya menjadi sebahagian kerajaan tercapai. Zaid Ibrahim mungkin sanggup mendermakan seluruh hartanya untuk kos kempen Dolah.

Kewaspadaan harus sentiasa berada di tahap tertinggi bagi yang merasakan kegembiraan melampau atas pengumuman dolah tersebut kerana 'musuh akan membiarkan dirinya nampak lemah sebelum dia kembali menyerang' terutama jika di dapati lawannya terlalu asyik bergembira atau ketika dia mendapat senjata baru serta bisikan bisikan bakal lebai lebai malang.

Sudah pasti demokrasi menghalalkan cara, termasuklah UTurn untuk Dolah membiarkan dirinya dicalon, cukup kelayakan dan bertanding. Tentunya tidak ada perbezaan dalam pengumuman samada mempertahankan atau tidak mempertahankan jawatan Presiden.

Individu Ke 2 yang Perlu Disingkirkan..

Pengumuman Dolah untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO disambut dengan rasa lega oleh minoriti rakyat (akar umbi UMNO) dan sebak oleh majoriti rakyat ( pembangkang dan segelintir kroni UMNO). Sebak kerana mereka kehilangan 'individu' yang boleh menjadikan impian mereka untuk menjadi kerajaan akan terus hancai. Mereka boleh terus mengekalkan status 'pembangkang yang kuat' untuk musim ini.

Dalam ranking, Dolah adalah pemimpin pertama dan utama yang perlu berkorban untuk turun dari atas bagi memenuhi kehendak rakyat yang mahu mencuba nasib dengan pemimpin baru seperti Najib atau yang sewaktu dengannya. Bagaimanapun tidaklah semudah itu kerajaan hari ini untuk tangani pelbagai masalah yang telah ditinggalkan Dolah dengan segala kerenah dan masalah.

Adalah menjadi satu lagi missi kepada rakyat untuk terus meminggirkan individu kedua yang dianggap penting untuk disingkirkan, iaitu musuh dalam selimut yang sama statusnya dengan Dolah malah lebih teruk, iaitu pengacau dan mampu menjual negara kepada kuasa asing, individu yang mengetuai pembangkang ini mampu menjadi pengacau kepada kestabilan negara untuk terus harmoni dan makmur.

Kerajaan harus bertindak tegas, once for all.

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...