Wednesday, November 12, 2008

Radhi - Penasihat Khas MB Perlis..

Mengikut satu sumber, Menteri Besar Perlis melantik ( atau terpaksa kena lantik ??? ) bekas Setiausaha Agung UMNO, Dato'Radzi Shieh Ahmad sebagai Penasihat Khas Menteri Besar Perlis berkuatkuasa hari ini (Rabu).

Apa sudah jadi, negeri sebesar kangkang kera, lebih kecil dari Daerah Kluang memerlukan seorang Penasihat Khas, cuma mungkin tidak disebut Timbalan Menteri Besar kerana Radhi seorang MP yang tidak layak berjawatan demikian.

Apakah ini bererti Md Isa, Menteri Besar Perlis sekarang sudah tidak mampu menjalankan tugasnya. Kenapa tidak letak sahaja jawatan dari mengujudkan 'satu jawatan' yang buah abih boreih je..

Shahidan Kassim mungkin menyeringai senyum dengan apa yang berlaku..

Kepada Raja Perlis, ampun Tuanku, jika seseorang yang dilantik dari pandangan Tuanku dulu tidak lagi dapat menjalankan tugasnya, mohon patik menyembah Tuanku, pecat dan lantiklah individu lain. Belum pernah ada Menteri Besar Perlis bertingkah laku sebegini, takut takut mencemar duli Tuanku, ampun Tuanku, sembah patik harap di ampun.

Tuesday, November 11, 2008

Kamalia..oh Kamalia..

Di induk UMNO, Muhyiddin yang pada awalnya kelihatan 'kuat dan selamat' kini tersepit.

Mat Taib dan Ali Rustam yang awalnya dikatakan mat jenin dan kutu rayau kacau daun, kini benar benar jadi hanturaya.

Di Wanita UMNO, Sharizat yang kelihatan 'selamat dan tenang' kini resah dan cemas. Rafidah yang cucu kata mari, akar umbi kata pergi pun masih mahu 'berlakon' walaupun sekadar watak nenek.

Di Pemuda UMNO, keceriaan Mukhriz tidak lama kerana saat akhir diburu 2K dan mereka di simpang tiga yang berbeza laluan walaupun sama haluan. Siapa yang akan setia kawan jika kawan makan kawan, bukan sekadar berani tetapi berani berubah.

Inilah nama nama hebat yang kini sedang berhadapan dengan mainan politik mereka sendiri dan akhirnya mereka akur, kuasa akhirnya di tangan perwakilan.

Bagi yang menggunakan wang, jika mereka tewas, mereka hilang wang dan jawatan, jika mereka menang, mereka sekadar daging busuk dan bukannya pejuang.

Bagi yang menang tidak bertanding..mereka akan berhadapan dengan diri sendiri untuk menyelewengkan kuasa atau menggunakannya dengan baik..

Sunday, November 9, 2008

Apa khabar Pejabat Kebajikan Masyarakat..

Sebentar tadi jam 2.30 petang, saya singgah sekejap ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Kluang untuk satu urusan peribadi, sampai di sana, seorang kerani kaunter sedang menelefon tetapi dengan senyum memberi isyarat untuk tunggu sebentar, sebaik tamat perbualan dengan manis dan lembut dia bertanya tujuan saya datang..

Selepas membuat beberapa penjelasan dan pertanyaan, nyata kerani tersebut tidak dapat memberi maklumat atau keterangan lanjut yang memuaskan dan mahu saya merujuk terus kepada Pegawainya yang sedang 'bersolat'.

Dalam masa yang sama, sudah ramai tetamu/pelanggan/rakyat yang sedang duduk di ruang tamu menunggu.. Tidak pula saya bertanya mereka samada menunggu pegawai yang sama atau sebaliknya.

Selepas saya, terdapat kira kira 6 orang lagi termasuk 3 orang warga emas dan 2 orang OKU, yang berkerumun di kaunter dan dilayan oleh dua tiga kakitangan dengan urusan yang mungkin berbeza dan tersendiri..

Persaolan saya:

1) Kenapa pegawai tersebut menggunakan waktu pejabat untuk bersolat sedangkan waktu rehat ialah 1.00ptg hingga 2.00 ptg boleh digunakan untuk soal peribadinya.

2) Kenapa kaunter Pejabat Kebajikan Masyarakat berada pada aras dada di mana pelanggan/tetamu/takyat kena berdiri untuk berurusan dengan kerani kaunter sedangkan rata rata pelanggan yang berurusan dengan Kebajikan Masyarikat majoritinya OKU dan Warga Emas. Kenapa tidak Pejabat Kebajikan Masyarakat mengujudkan suasana kaunter mesra pelanggan di mana pelanggan boleh duduk di kerusi semasa berurusan dengan kerani kaunter.

Dalam hal ini Penasihat dan Menteri Kebajikan, Shahrizat dan Ng Yen Yen harus peka dan mempunyai 'sense' dalam berkhidmat untuk rakyat.

Bagi Shahrizat, merebut jawatan Ketua Wanita mungkin lebih penting dari segala galanya demi kehendak bossnya.

Apa kesahnya Zaid buat sidang akhbar..

Untuk membersihkan sistem kehakiman di negara kita, elok kalau di Malaysia kita tidak ujudkan mahkamah dan hakim.

Kita hanya kekalkan polis dan penjara. Kalau salah, polis tangkap dan terus hantar ke penjara.

Dengan itu sistem kehakiman tidak akan dipertikaikan lagi, kekal tiada dan kekal bersih.

Friday, November 7, 2008

RASUAH milik UMNO sahaja..

"Saya hairan mengapa Pas suka menuduh dan memfitnah UMNO?"

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Syed Hamid Albar hairan dengan tindakan pemimpin Pas Johor membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan berlaku politik wang semasa Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi.

......................................

Betul tu, rasuah sudah menjadi milik UMNO sahaja, itu budaya mereka, kenapa perlu orang lain pertikai, menyebok dan ganggugat, Pemuda UMNo patut buat demonstrasi besar besaran membantah dan akan menentang mereka habis habisan.. Inilah pelsuang keemasan KJ khususnya bertindak bukan sahaja bagi Pemuda UMNO tetapi Pemuda malaysia, hanya KJ yang lebih menghayati sejauh mana 'rasuah' ada di UMNO dan sudah diumnomilikan dengan restu Pemimpin Utama Tersohor masakini dan selamanya.

Jika ada berlaku kecurian di sebelah rumah, jika ada khalwat di persekitaran, jika mat rempit berkeliaran, jika ada berbunuh bunuhan di rumah jiran, kita wajar mengambil tindakan 'wait and see', pekakkan telinga?? Dalam hal ini wajar Ketua Polis Negara mengesahkan kewajaran tersebut..

Jika kita ada kesusahan, jika rumahtangga kita musibat, jika anak kita ketagihan dadah, mana mana pihak yang cuba datang membantu, kita akan halau mereka, kita akan tuduh mereka tidak beretika..

Syed hamid Albar wajar berterima kasih kepada sesiapa juga yang memberi perhatian dan prihatin kepada bahagiannya yang dilihat sakit, mereka hanya ingin menghulurkan bantuan untuk memperbetulkan. Sebagai calon yang sudah mendapat lesen untuk bertanding Naib Presiden,Syed hamid wajar berani kerana benar..

Tetapi kenapa takut ????

Wednesday, November 5, 2008

Nyanyuk sebelum sampai usia...

Melayu mudah lupa..

Abdullah: ‘Anyone can be PM’
PUTRAJAYA: It is possible for anyone from a minority group to be a nation’s leader, even in Malaysia, says Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi.
“It is up to the people to decide, just as the Americans had done through the democratic process,” he said while extending his congratulations to Senator Barack Obama.

Reporters had asked him in the Parliament lobby yesterday if it were possible for a person from a minority group to become Prime Minister in Malaysia.

Saturday, November 1, 2008

Saksi Pendakwaraya...

UPDATE:
Kes ditangguh sehingga Ogos 2009


POSTING ASAL 01/11/08
Minggu depan...adalah tempoh yang sukar kerana saya akan jadi saksi kepada pendakwaraya kepada satu kes yang melibatkan pertuduhan ke atas seorang kawan dan juga sahabat yang telah saya kenali hampir 15 tahun.

Saya hanya akan bercakap benar walaupun itu bermaksud seolah 'menikam' (istilah yang dia gunakan ke atas saya) terhadapnya. tetapi dia jangan lupa, dalam berkawan dia telah 'kencing' saya berulangkali, tapi semua itu tidak menjadikan saya miskin, malah tetap dilimpah rezeki Tuhan dibumi mulia ini, tidak ada dendam.

Apa yang berlaku ke atas dirinya kini, adalah berpunca dari dirinya sendiri, kesilapan kerana tamak dan tidak menghargai erti persahabatan...

Di hati kecil saya, tetap berdoa, dengan kebijaksanaan para peguambela2nya, dia mampu dibebaskan seperti Razak Baginda yang begitu bernasib baik...

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...