Saturday, February 28, 2009

Selingan Panas

Kecoh di Bangunan Parlimen:
Pemuda Selangor hanya mendekati Karpal untuk menjual insuran mulut - apa yang nak dihebohkan sangat - pelik le puak ni...

Penggunaan nama Allah oleh Herald:
Jika Syed hamid memerlukan modal untuk bertanding Naib Presiden, ahli UMNO sanggup melancarkan 'Dana Kewangan' untuknya.

DUN di Perak:
Mesyuarat tergempar 4hb March - Rampasan Kuasa Halal.

Friday, February 27, 2009

Ekonomi tak gawat - ada kerja kosong !!!

PETALING JAYA: DAP chairman Karpal Singh said he now has to seriously consider getting a bodyguard following the threats and scuffle at the Parliament on Thursday.

....................................................

Ada sesiapa nak jadi sukarelawan !!!

Thursday, February 26, 2009

Jaga baik baik Karpal..


Pemuda UMNO perlu 'simpan' dan jaga baik baik Karpal dari segala penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung dan buah pinggang supaya terus sihat dan dari kerusi rodanya dia dapat melihat keajaiban melalui masa - orang Melayu kembali berkuasa melalui UMNO dan hudud dilaksanakan melalui PAS.Ada lagi ke orang melayu di sini atas apa juga jenama mereka untuk membantah dan menyokong Karpal.

DAP kena cari anjing baru


Apa yang berlaku di bangunan Parlimen semalam memerlukan DAP mencari anjing muda dan baru untuk mengawal keselamatan ahli ahli Parlimennya terutama yang bermulut celupar.
Tidak tahu samada undang undang membenarkan anjing di bawa masuk ke dalam bangunan Parlimen dan diiktiraf sebagai Pengawal Keselamatan.

Pemuda UMNO Selangor wajar diberi penghormatan atas sikap mereka "Pemuda Umno Selangor datang untuk bersemuka dan mahu dia ulangi apa yang beliau kata di Parliman semalam.
"Sekarang nyata, beliau seorang pemimpin yang bacul dan tak berani," katanya. - Karpal hanya mendiamkan diri.


Komen Nik Aziz ( dikosongkan sementara waktu)


Komen hadi Awang ( dikosongkan sementara waktu )


Komen Karpal "Saya mungkin duduk di atas kerusi roda tapi saya tidak takut kepada sesiapa pun."


Komen Lim Kit Siang "Saya minta Abdullah dan Hishammuddin meminta maaf secara terbuka atas apa yang berlaku ke atas Karpal hari ini. Mereka patut minta Pemuda Umno berhenti daripada mengamalkan tindakan ‘gangsterism’ ke atas Ahli Parlimen pembangkang.
"Mereka (Pemuda Umno) telah melanggar undang-undang negara dan akta di Parlimen," katanya.


Komen Anwar Ibrahim "Kami mengutuk keras tindakan biadap dan ganas seperti ini dan jika ia dibenarkan akan membahayakan keselamatan ahli Parlimen.

Wednesday, February 25, 2009

Penat Berpolitik

( Ayat 69 : Surah al-‘Ankabut )
"Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat - (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang telah engkau usahakan itu (tercatit semuanya)."

Monday, February 23, 2009

Nik Aziz, Lim Eng Guan, Ibrahim Ali


Tanya Nik Aziz apa komennya..dok tak ser tak ser ..lagi ke.. atau sokong - perhatikan lidah ulamak politik.
PAS subahat jika masih bersama Pakatan.

tANYA JUGA yb zULKIFLI - mp kULIM

Dalam hal hal sebegini akhirnya Ibrahim Ali lah juga yang sekali lagi akan menghempaskan songkoknya...harap ke PAS, telor dah masuk ke dalam sejak dua menjak ini - sejak berkawan dengan lembu.

Dan perhatikan contoh bahasa hooolamak..

Kuala Lumpur, 23 Feb - Presiden PAS, YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, menyifatkan pimpinan UMNO yang enggan memansuhkan PPSMI adalah golongan celaka yang akan melenyapkan Bahasa Melayu.

DAP dan PAKATAN hina Islam !?
Oleh HASNURUL MOHAMEDutusanpenang@utusan.com.my
NIBONG TEBAL 23 Feb. – Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mesti dihentikan kerana ia meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.
Katanya, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.
‘‘Saya difahamkan ada tiga orang AJK Melayu beragama Islam duduk dalam majlis tersebut yang kononnya mahu menuntut kesamarataan agama.
‘‘Ini sesuatu yang cukup menakutkan kerana agama Islam dipandang sama seperti Buddha yang diasaskan oleh manusia bernama Gautama Buddha, disamakan juga dengan Kristian, Taoism dan Bahai,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas ucapannya semasa majlis penyerahan Dana Zakat Program Didik Cemerlang Akademik 2009 di Sungai Dua di sini semalam.
Ketika berucap pada majlis tersebut, Shabudin melahirkan rasa kurang senangnya terhadap penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama Pulau Pinang yang bertujuan meletakkan semua agama, termasuk agama Islam sebagai sama rata dengan agama-agama lain.
Majlis tersebut ditubuhkan tahun lalu iaitu selepas kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng mula memerintah negeri itu.
Majlis itu dipengerusikan Guan Eng sendiri. Mengulas lanjut, Shabudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Tasek Gelugor berkata, agama Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.

Saturday, February 21, 2009

2 peluru - 1 Karpal.

Peluru Hidup untuk Karpal.
Wajar Karpal tidak di ancam sebegitu rupa kerana Malaysia ada undang undangnya untuk menyelesaikan apa saja kemelut tetapi dalam masa yang sama Karpal wajar faham bahawa dia juga tidak terlepas dari undang undang, bermaksud dia tidak boleh suka suka dan ikut hati untuk
bercakap atau bertindak dalam sesuatu perkara terutama ia melibatkan seluruh rakyat samada yang bersekolah atau yang tidak bersekolah.
Jangan main main dengan yang tidak bersekolah.
Tahniah kepada pihak polis kerana walaupun selalu diburukkan oleh pihak pembangkang tetapi akhirnya mereka kembali ke balai untuk melaporkan dan meminta perlindungan.

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...