Sunday, June 14, 2009

Anwar kembali fokus...




Buruk buruk pun, itu papa i...nak buat camno !



Dalam kehambatan masa, resah, kembali sedar, terdesak, kekalutan kini Anwar kembali memberi fokus dan perhatian kepada isu penghakiman dan mula dengan agenda pertama mempertikaikan kenapa kes video vk lingam diambil tindakan yang lambat.
Anwar kembali cuba mengalih dan mengeksploitasi soal isu keadilan seolah olah mahkamah dipengaruhi politik dan kerajaan semata mata kerana kes liwatnya akan mula didengari.
Anwar cukup takut dengan realiti tersebut dan segala kemungkinan akan dibuatnya untuk menyelamatkan diri. Kemarahan rakyat perlu dibangkitkan. Jika majoriti Melayu mula kurang menyokongnya, sokongan kaum lain sangat2 diperlukan, tidak hairanlah Anwar menyaran Chin Peng dibenarkan pulang untuk mengambil hati orang cina.
Jika demonstrasi dan bantahan secara besar2an dibuat oleh kaum bukan Melayu, isu perkauman akan menjadi hangat, pergaduhan akan berlaku, negara kacau bilau, negara mendapat kecaman - itukah yang diharapkannya. Perhatikanlah Anwar - masih banyak agendanya dalam masa terdekat.

Tidak hairanlah anak dan pembantunya kini senada, mereka mula mempertikaikan keadilan mahkamah dan memberi amaran rakyat akan bangun membantah dan berdemonstrasi... jika Anwar disalahkan ?
http://anwaribrahimblog.com/2009/06/15/pendedahan-video-vk-lingam-mengapa-lambat-bertindak/

Saturday, June 13, 2009

Petikan Al Quran di Perak...Fatwa di Yap Kuan Seng..


Sahabat karib Nik Aziz beri ceramah:

"We stand together for equal treatment. There should no double standard. We can't understand why a man can have four wives. Why should there bethis type of double standard? I am not encouraging men to have fourwives or woman to have four husbands but why should there be a doublestandard of this kind of perception? It is okay for men to have more,but not for women?"
Semasa membuat kenyataan tersebut, Lim Guan Eng bercakap sambil ketawa dan disambut dengan gelak ketawa penonton
.
http://pemudanibongtebal.blogspot.com/2009/06/lim-guan-eng-memperlekeh-hukum-islam.html

Hanya Rosmah yang mampu betulkan LKY.






Ia kini
bukan cakap cakap lagi, tetapi kenyataannya.. LKY sendiri tahu betapa penting dan berpengaruhnya Rosmah ke atas rakyat dan pentadbiran kerajaan Malaysia.

SINGAPORE, June 13 — Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and his wife Datin Seri Rosmah Mansor have been warm and forthcoming beyond Minister Mentor Lee Kuan Yew’s expectations. MM Lee said he called on Rosmah because he had been told that she and her husband worked as a team and it was necessary for him to understand both members of the team.
Apapun penjelasan perlu didapatkan dari LKY dari mana dia dapat sumber dan pengesahan tersebut..







Najib bakal menjadi PM yang paling singkat tempohnya...

Friday, June 12, 2009

Bila MCA nak keluar barisan...

Mampukah Gerakan menggantikan MCA mewakili kaum cina dalam BN atau MCA sendiri yang akan lenyap jika keluar BN, DAP tentu tidak setuju jika MCA mahu bergabung dengan pakatan pembangkang.
Pungutan suara bertajuk “Adakah Perlu MCA Keluar BN?” dikeluarkan dari blog Ong Tee Keat
12/06/2009 5:37pm
KUALA LUMPUR 12 Jun — Satu pungutan suara bertajuk “Adakah Perlu MCA Keluar BN?” dalam laman blog Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dalam versi Inggeris telah dikeluarkan hari ini bersama-sama dengan pungutan suara yang lain.
Respons pertama kepada pungutan suara “Adakah Perlu MCA Keluar BN"
dikemukakan pada 27 Ogos tahun lepas sewaktu Ong masih belum menjadi presiden parti itu. Setakat semalam, pungutan suara itu berjalan sperti biasa.
Akhbar harian berbahasa China, Nanyang Siang Pau hari ini melaporkan bahawa 76 peratus daripada responden dalam pungutan suara itu bersetuju bahawa MCA perlu keluar dari Barisan Nasional.
Bagaimanapun, bahagian pungutan suara itu telahpun dibersihkan pagi ini dan tiada soal selidik yang ditinggalkan di dalamnya.
Jurucakap MCA dan juga anggota jawatankuasa pusat parti Lee Wei Kiat ketika dihubungi hari ini berkata beliau tidak dapat menjawab bagi pihak Ong berhubung tujuan pungutan suara itu diadakan kerana ia ditempatkan dalam blog peribadinya.
“Bagaimanapun, kami menghormati dan menghargai respons di dalam pungutan suara itu..kami sentiasa mengkaji dan meneliti pendapat dan pandangan daripada orang awam demi kemajuan parti,” katanya.
Lee berkata orang ramai mempunyai kebebasan bersuara dan parti itu akan sentiasa menghormati pandangan umum sambil menambah parti itu akan terus memainkan peranannya di dalam BN dan terus berkhidmat untuk rakyat. - Bernama

Thursday, June 11, 2009

Nik Aziz salah dengar - Anwar dah betulkan..


Kemaskini: 7.20 petang.

Karpal sergah Hadi - fikir sebelum cakap tentang kerajaan perpaduan - apakata ahli PAS.
.........................
10 Jun 2009, Petaling Jaya- Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM KETUA PEMKANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA

UMNO di posisi gear gostan.




Najib mungkin merasa lawatan LKY mampu menarik semula sokongan bukan Melayu kepada BN tetapi terlupa UMNO masih di posisi gear gostan.

Bahasa badan Naib3 Presiden UMNO jelas seperti anak ayam bercempera melihat helang terbang rendah.

“Lee Kuan Yew has a lot of experience. Our politicians know nothing. That is why we have to learn from Singapore. Singapore is a great country, they invest so much money,” he said.

On the third bridge issue, Dr Mahathir said: “If we give sand, then we can get the bridge.” — Bernama


2 Nakhoda




Dalam PAS ada 2 Nakhoda - Nik Aziz atau Hadi Awang - kedua duanya dianggap ulamak kini bertelagah dan berbeza pendapat dengan membelakangkan kitab dan sunah.

Pengikut masing masing sudah balun membalun dengan makian barua, jalang, pelacur, dajai dan pelbagai lagi - turut tumpang sekaki mencerca ialah bloggers pro pembangkang.

Secara kasarnya - Hadi teruk dibelasah.
Secara kasarnya - Nik Aziz sudah terhakis pengaruh.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...