Saturday, July 18, 2009

Chua Jui Meng jangan sekadar nasi tambah..







Jika kemasukannya kedalam Pakatan Pembangkang untuk memudahkan pendedahan penyelewengan dan segala yang busuk dalam MCA dan kerajaan barisan Nasional - apa salahnya?


Rakyat perlu melihat dari pelbagai perspektif dan tahu di mana keikhlasan pemimpin pembangkang dan kerajaan hari ini.

Jika ia satu fitnah dan omongan kosong - kerajaan patut bertindak.

Jika ia satu kebenaran - kerajaan terima padahnya !!

Friday, July 17, 2009

Siapa cipta lagu Paklah..

Terkini:

Muhyiddin kata Najib dan kerajaan akan review ISA dan meletakkannya bukan dengan status sekarang - sekali lagi kerajaan akan buat reformasi dan pelancaran baru - ikut trend - kerajaan akan lebih liberalisasi kali ini, jangan sampai kelonggaran makan diri. Itu namanya menempah kecelakaan.

"Whether we like it or not, the ISA has been stigmatised as a negative element to the agenda of strengthening democracy and renewal in the country. So, this calls for the government to be brave to discard the old and open a new chapter," Abdullah Ahmad Badawi - former Prime Minister of Malaysia (17th July 2009)

Pahlah hanya penyanyi - lirik, senikata dan gendang dicipta oleh KJ

Thursday, July 16, 2009

Nazri The Working Junior Crook.........


Kenapa setiap kali menjelang hari raya puasa, terlalu banyak harga barang naik termasuk tambang pengangkutan awam - tahun lepas tambahan surcaj di naikkan sebelum hari raya juga atas alasan kenaikan petrol dan jika tidak dinaikkan persatuan bas express tidak akan mengadakan bas tambahan.

Tahun ini, menjelang hari raya puasa, sekali lagi orang Islam (ini untuk diperjuangkan oleh PAS) dan orang Melayu (ini sudah tidak diperjuangkan oleh UMNO malahan Nazri sedang menekan) ditekan dan dibebani dengan kenaikan tambang pengangkutan awam.


Tahniah Najib, rakyat didahulukan, dan keberkesnannya rakyat yang keluar wang dan hebat sekali ia diumumkan selepas pengundian di manek Urai!?
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm


Wednesday, July 15, 2009

Nazri bagi pihak Najib telah memukul gendang perang dengan 3 Crooks


Now, these are all crooks." (Sekarang, mereka ini semuanya penyangak) http://news.asiaone.com/News/AsiaOne%2BNews/Malaysia/Story/A1Story20090714-154641.html

Bagi pihak Najib, Nazri telah memukul gendang perang, kalau semasa paklah, semboyan perang hanya dituju kepada Tun tapi sekarang ditambah lagi kepada dua muka baru yang lama, Abu Talib dan Tun Hanif - dalam lain perkataan team Najib bersedia berperang lebih besar kali ini.

Nazri mungkin merasakan kemenangan pasti di pihak mereka kerana slogan 1Malaysia telah mendapat sokongan rakyat sekarang berbanding dengan Malaysia Boleh yang pernah dibawa oleh Tun. Keyakinan Nazri makin bertambah apabila PPSMI ciptaan Mahathir pun mampu ditolak Najib melalui Muhyiddin secara terang terangan. Mungkin Nazri hanya menunggu masa untuk ulangi sekali lagi meminta Tun nyah dari UMNO !!!

Tidak seorang pun pemimpin UMNO tampil membuat teguran kepada Nazri, tidak Rais Yatim, tidak Muhyiddin...apakah menegur Nazri bererti menegur Najib - siapa berani!

Najib sudah berlepas ke luar negara dengan keadaan 'tidak tahu menahu' dan 'mungkin itu pandangan peribadi Nazri' atau 'nanti saya tanya Nazri' adalah jawapan yang klise.

Tuesday, July 14, 2009

Lim Eng Guan - next PM



100 hari Najib sebagai PM tentulah tidak banyak beza andainya Lim Eng Guan juga berkesempatan menjadi Perdana Menteri - di mana untuk Melayunya?!

Sedikit Tentang PRK MU:
Pilihanraya kecil Manek Urai sebenarnya tidak tersenarai pun untuk dimenangi oleh UMNO kerana kemiskininan yang terlampau di bawah PAS menjadikan satu bebanan kepada UMNO untuk membangunkannya.

Kos Pembangunan Manek Urai jika diperuntukkan yang sama boleh membangunkan kira kira 21 ADUN di negeri Johor atau Selangor dan adalah wajar Manek Urai ditinggalkan kepada PAS untuk meannggung dosa mereka sebagai pemerintah.

Lagipun jika PAS menang - itu adalah pilihan orang Manek Urai untuk terus 'maju' bersama PAS, tertinggal solat pun, tengok potret Nik Aziz dah dapat pahala.

Sunday, July 12, 2009

Jom Demonstrasi Halal - kita perlu 100 ribu orang










"Apa yang berlaku sekarang ini bukan memansuhkan (terus) PPSMI tetapi pemansuhan berlaku pada 2012, ini hanya pengumuman penangguhan PPSMI. Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam Dewan Rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal," kata Datuk A Samad Said.

Di blog che det, setakat 9.52 pagi 12/07/09 - 65,740 tidak bersetuju keputusan kerajaan memansuh PPSMI dan hanya 10,778 bersetuju dalam ratio 86%-14%....lebih kurang 34,260 undian lagi diperlukan untuk genapkan ke angka 100 ribu dan membolehkan satu cadangan demonstrasi halal (saranan A Samad Said) di adakan.

Jika Najib menyatakan rakyat didahulukan - kenapa dia tunduk kepada suara minoriti??? kenapa berselindung disebalik kajian saintifik? kenapa pandangan ibubapa tidak dijadikan sebagai kajian?
Apakah ia sebagai satu tekanan dan meletakkan Muhyiddin dalam politik sukar dan keadaan dibenci oleh majoriti!!!


Secara moralnya mungkin Tun boleh mengetuai demonstrasi ini.

Mukhriz telah bersuara, di mana KJ - sepatutnya kerja perjuangan ini, kerja anak muda dan KJ patut menggunakan kesempatan ini sepenuhnya untuk mendapat tempat semula di hati majoriti.

Atau KJ berharap Mukhriz disisihkan kerana pandangan dan suara tersebut lalu dia mendapat tempat - sampai bila nak main politik selamat!!!

UMNO bungkus di MU!?


Keputusan pilihanraya kecil di MU adalah jawapan dan juga hadiah 100 hari Najib dan UMNO, samada masih relevan atau bungkus !
Tunggu - Najib ada lagi nak umumkan...

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...