Sunday, August 30, 2009

Kita perlu kemerdekaan baru !!!


Bagi yang lahir selepas 31hb Ogos 1957 secara relatifnya adalah mereka yang hidup atas kemedekaan yang diperjuangkan oleh mereka mereka yang terdahulu.


Bagi mereka yang lahir selepas 31hb Ogos 1957 secara relatifnya adalah mereka yang mengisi kemerdekaan.


Bagi mereka yang lahir selepas 31hb Ogos 1957 secara relatifnya adalah mereka yang perlu mencipta satu lagi kemerdekaan untuk generasi selepas itu. Kemerdekaan yang bagaimana ? Acuan dan seleranya ?


p/s: Hadiah Kemerdekaan : Besok dijangka harga petrol akan naik.

Antara Muntadar dengan Anwar







The Iraqi journalist Muntadar al Zaidi who threw shoes at George Bush late last year will be freed as early as next month or a few days into Syawal (Hari Raya) celebration.

Bagaimana pula Anwar Ibrahim yang sering mengelak dari dibicarakan di mahkamah dengan pelbagai alasan dan taktik..apakah dia kurang jati diri seperti Muntadar atau takut kerana salah.
p/s:
Hindraf files report, urges cops to act fast - Malaysia Kini
The Hindu Rights Action Force (Hindraf) has filed a police report on the controversial 'cow head' protest and urged the police to act swiftly.
Apakah polis juga akan jadi lembu cucuk hidung untuk ikut telunjuk provokasi kumpulan haram !!!

Thursday, August 27, 2009

UMNO lebih berkesan sebagai pembangkang...


Kekalahan UMNO 7-0 ke atas Pakatan Pembangkang merupakan gambaran jelas rakyat masih menolak UMNO walaupun pelbagai usaha telah dibuat termasuk 1Malaysia.

Yang nyata, ramai berpendapat UMNO masih belum berubah walaupun kepimpinan sudah diambilalih Najib dan sudah banyak perkara dan dasar dilaksanakan termasuk slogan rakyat didahulukan, keberkesanan diutamakan tetapi nyata tumpul dan menjadi mainan senasib dengan Islam Hadhari ciptaan Paklah.

Pemusnah UMNO dan Melayu - Paklah dan penasihat2nya seperti anak menantu dan Musa Hitam sedang hidup bebas, bergembira dari bebanan dan tanggungjawab memulihkannya.


Anwar yang dilepaskan oleh Paklah kini sedang meraih sokongan demi sokongan walaupun sudah dicap pengkhianat oleh Muhyiddin yang nyata tidak memberi kesan kepada pengundi Permatang Pasir untuk terus memilih pembangkang.

Nik Aziz walaupun digambarkan oleh media utama sebagai yang merapu, dolak dalih dan sesat masih mendapat kepercayaan penyokong PAS dan pembangkang lain kerana mereka menganggap Nik Aziz masih berada di landasan yang betul sebaliknya media yang memutarbelitkan.

Benarkah UMNO boleh menang di pilihanraya kecil yang mendatang jika menukar prinsip perjuangan kebangsaannya kepada perjuangan Islam seperti yang disarankan oleh Nik Aziz atau itu satu helah Nik Aziz untuk PAS telan UMNO bulat bulat jika cuba cuba menukar prinsip perjuangannya.

Kembali kepada persaolan UMNO perlu berubah ! Sebenarnya kepimpinan UMNO sendiri sudah ketandusan idea dan identiti untuk apa yang perlu diubah, semuanya sudah serba tidak kena dan serba tidak menjadi. Masa pula makin singkat.

Malahan bertambah buruk bila dasar dasar terkini yang dibuat seolah membelakangkan kepentingan Islam dan Melayu, perubahan yang diharapkan tetapi malangnya semakin mundur ke belakang..dasar yang mahu menawan kaum bukan Melayu tidak berhasil, tidak termakan umpan tersebut dalam setiap kali pilihanraya kecil walaupun sudah banyak permintaan mereka dilayan.

Kekecohan di PPP, MIC dan MCA menambahserabut kedudukan BN malah semua komponen BN berada dalam kedudukan krisis dalaman yang kelak akan melemahkan lagi kerapuhan yang ada sekarang.

Perkembangan terbaharu melantik Idris Jala sebagai Menteri satu lagi tindakan yang tidak membawa banyak erti malah menidakkan kuota tersebut yang wajar diberi kepada rakan komponen BN yang mampu meransang untuk mereka bekerja kuat. Apakah Idris Jala boleh membawa penyokong yang ramai atau menambah keyakinan rakyat ke atas BN ??????? Satu lagi kenaikan pangkat yang membazirkan wang rakyat. Di mana karisma dan kewarasan atas perlantikan tersebut sedangkan MAS untung kerana jual hartanya.

Jalan yang terbaik ialah UMNO wajar bersedia untuk menjadi pembangkang yang berkesan di masa mendatang kerana mereka gagal dan menjadi pengkhianat apabila berkuasa.

Sudah sampai masanya untuk pemimpin UMNO menjadi samseng ketika hak Melayu dan Islam dirampas, sudah sampai masanya pemimpin UMNO menjadi pembela Melayu dan Islam ketika kedudukan agama dan bangsanya terancam.


Kedudukan yang terbaik dari UMNO ialah menjadi pembangkang di bumi sendiri !!!

Friday, August 21, 2009

Ramadhan bagi politik Melayu Islam


Apakah Ramadhan 1430 ini akan membawa nafas dan harapan baru kepada penyatuan politik Islam dan Melayu di Malaysia untuk dijadikan model kepada politik Islam lain di dunia.

Atau masih ditakok lama...

Atau makin hangat untuk terus bergolak..

Atau Ramadhan sekadar bermula dan berlalu begitu sahaja, sekali lagi... di mana Mubaraknya..di mana Kareemnya !!!

Thursday, August 20, 2009

Cerita rakyat Lee Kuan Yiew...




Thursday August 20, 2009
Couple who gave house to son now homeless
Other News & Views
SIN Chew Daily reported that an elderly couple in Singapore who gave up their duplex to their son ended up homeless after they were chased out of the house by the ungrateful offspring.
The couple now call the staircase of a school their home.
The man, who was named as Lim, was a manager before he retired. He had a son and a daughter who lived in Jurong, Singapore.
Relating his ordeal to a secretary of the school, Lim said he and his wife decided to give their duplex home to their son as a wedding gift about two years ago.
The couple thought that they could live in the house with their son. He, however, decided to sell the property for RM960,000 to buy another condominium. Lim and his wife were then sent off to live with the daughter.
After a year, the daughter decided that they were no longer welcome and banned them from touching her children.
The couple could not enter the house after their daughter changed the locks to the house.




Di Malaysia: mungkin boleh dirujuk kepada BEKAS Speaker DUN Perak yang hilang kunci dan kerusi.

Tuesday, August 18, 2009

Senarai hitam dengan bekas banduan..mana lebih hebat


Calon UMNO di Permatang Pasir makin ditakuti pakatan pembangkang walaupun dikatakan disalah pilih oleh UMNO kerana disenaraihitamkan oleh Majlis Peguam.


Kalau dah tahu calon itu bermasalah kenapalah pula pakatan pembangkang takut sangat untuk membiarkan pengundi membuat keputusan.


Apalah sangaat disenaraihitamkan jika calon bekas banduan dan kini dituduh liwat seperti Anwar boleh diterima oleh pengundi Permatang Pauh sebagai ahli parlimen mereka.


Should be no hal - tapi pembangkang dah riuh sekampung...saja je buat kecoh selepas tiada isu besar.

Monday, August 17, 2009

Shukri - Penjawat Awam Gunting Dalam Lipatan..


SPRM perlu membuat siasatan ke atas Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shukri Abdul kerana pecah amanahnya ke atas rakyat yang membuat arahan yang salah dari sumpah setianya sebagai penjawat awam.
Siasat juga kenapa dia memberi arahan tersebut, apakah ada suapan material atau moral berlaku dari orang politik ke atassya.

Siasat juga samada dia terlibat secara langsung atau tidak langsung ke atas kes kes rasuah politik sebelum ini terutama 'yang terlepas' dari didakwa.

Kerajaan tidak boleh menyimpan penjawat awam yang bersikap gunting dalam lipatan, cukuplah kita sudah ada masalah kepala pengkhianat bangsa dan ugama di luar sana !!
Kerajaan perlu bertindak atau semuanya sudah terlambat.

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...