Saturday, October 31, 2009

Diskriminasi wanita dalam PAS..


Petikan dari blog amokpang5

Saya juga telah mendapat izin pemimpin PAS Pusat ini untuk menceritakan perkara ini didalam blog saya ini.
Ianya adalah tentang kebenaran bahawa barangsiapa sahaja calon pilihanraya PAS yang dipilih untuk bertanding didalam Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum samada untuk jawatan ADUN atau Ahli Parlimen dibawah tiket PAS,maka mereka terlebih dahulu diwajibkan menandatangani ikrar lafaz taklik akan menceraikan isteri jatuh talak tiga SEANDAINYA mereka setelah menang pilihanraya tersebut mengelat mengkhianati PAS dan lompat ke parti lawan!

http://amokpang5.blogspot.com/2009/10/adun-mp-pas-ikrar-lafaz-taklik.html#comment-form
Bukan sesuatu yang baru, mengkafirkan orang Islam adalah perkara yang lebih terkutuk dan teruk pun pernah mereka lakukan apatah lagi mencerai beraikan hak peribadi masing2.

Kepada Muslimah PAS dan Sharizat, bangunlah menetang diskriminasi ini, ia sama seperti membunuh anak perempuan di zaman jahiliyah.

Tuesday, October 27, 2009

Hadi vs Nik today...





























Kalau betul nak Islam mari masuk PAS !?



Anonymous said...
Tuesday, October 27, 2009 3:43:00 PM MYT
Selalu saja diwarwarkan supaya Pas bergabung dgn UMNO dlm UG utk menegakkan syiar dan daulah islam. Demi menunjukkan keikhlasan terhadap islam, apa kata UMNO yg keluar dan masuk dlm Pas. Di dlm UG yg akan dibentuk itu nnt haruslah dipadamkan nama melayu (sepertimana yg ada pd nama UMNO skrg) demi menunjukkan bahwa Islam itu tidak rasis. Ingat, Islam bkn utk melayu shj. Utk menegakkan syiar dan daulah islam, kita hendaklah mengembangkan islam ini. Bukan hanya utk anak cucu kita yg mmg dah dilahirkan islam. Ketuanan melayu yg selama ini dipelopori UMNO juga kenalah dilucutkan juga. Ingat tak semasa Rasulullah menegakkan kerajaan Islam pertama di Madinah. Baginda telah memperkenalkan undang2 Islam iaitu Piagam Madinah. Pernah dgr ketuanan Arab atau hak2 istimewa org Arab?Ok. Katakanlah UG ni terbentuk? Ada bbrp persoalan yg nak ditanya:Mcm mana nnt kedudukan pemimpin2 UMNO dlm UG yg terdiri drpd mereka yg rasuah (Jgn marah. Pemimpin anda sendiri mengatakan rasuah begitu parah dlm UMNO). Adakah mereka akan menganggotai kepimpinan UG? Yg mana rasuah, raba bontot pelayan, rasis, bunuh, C4, entot entot, rembat duit rakyat dll, adakah mereka ini akan dihukum? Ini bukanlah hendak mengungkit cerita zaman pak kadok ataupun zaman pak pandir. Ini penting utk perception org ramai terutamanya non muslim sbbnya UG ini tadi dah dibentuk atas nama Islam. Apa perception mereka kalu pakatan UG yg dibentuk atas nama Islam tadi ni terdiri dr geng2 rasuah dsbgnya. So, Islam yg macammana nnt yg UG nak praktikkan? Kalu islam plastik macam UMNO bawak skrg ni baik tak payah.Mmg benar Karpal Singh suruh langkah mayat dia dulu kalu nak buat undang2 Islam. Nak buat mcm mana. Dia kapir. Buta islam. Hati dia gelap. Allah belum bagi dia cahaya utk nampak kebaikan islam. BELUM BAGI! Kalu Allah nak bagi boleh tak? Tiba2 je satu hari nnt dia dpt terima! Mustahil? Tak. Ingat tak sejarah Islam kerajaan Islam di Baghdad (Abbassiyah tak silap) yg telah di musnahkan oleh tentera kapir Monggol? Bukankah Allah telah menggantikan kerajaan tersebut dgn kerajaan islam yg baru di mana arg Monggol tadi memeluk islam. Tak mustahil. Mustahil hanya utk org yg ingat bahawa Islam tu hanya utk org Melayu. So, apa nak buat dgn org2 yg mcm Karpal ni? Tak lain tak bukan adalah dgn dakwah melalui perbuatan. Mustahil? Tak. Dlm akhbar Harakah keluaran bila tah, dlm sebulan atau 2 bln lepas (maaf.. maid aku dah simpan letak mana tah), ada dikeluarkan satu artikel dimana beberapa org cina telah memeluk Islam setelah didampingi oleh petugas2 dan ahli2 pas (di Johor tak silap saya) selama bbrp tahun. Mengikut apa yg ditulis dakwah mereka senang saja. Beri pertolongan bila org cina tu susah, sembang2 ilmiah dan mcm2 lagi perbuatan2 yg nampak light tapi begitu memberi kesan. Bukannya ambik tindakan drastik spt - "Wooiiit, berhenti minum arak, makan babi, nnt Alah marah!". (Kalau perlu digantikan pemimpin Pas pusat, saya cadangkan mereka dr pas bahagian ini dipertimbangkan utk pegang jawatan).So, nak UG ke tak. Bagi saya tak payahlah. UG ni retorik semata mata. Kenapa nak berUG baru dpt tegakkan Islam? Dah la UMNO. Soalan dah bocor. Dah 50 thn lebih dah dia bocor. Kalu btul nak Islam mari masuk Pas.


Persaolan saya....Kalau pendapat itu di ambilkira, apakah status Islam seseorang itu yang diluar PAS.

Monday, October 26, 2009

Wan-tu-sum..siapa yang keluar - Hadi atau Nik













Pemimpin pemimpin maksum dalam PAS akhirnya terpaksa wan-tu-sum sesama sendiri untuk menerima nasib siapa yang terkeluar.
Bertungkus lumus juga pemimpin PAS yang lain 'menenangkan' orang tua nyanyuk yang minta EGM walaupun muktamar agung baru saja beberapa bulan yang lepas.
Mana depa nak letak muka sebagai pemimpin yang berwibawa jika perangai mursidul tidak matang, panas baran, melenting dan cacing kepanasan - memang tak ada dalang tapi siapa tukang tiup..

Hadi patut memberi kata dua kepada Nik Aziz samada berhemah atau duduk di luar khemah..


Jika dalam MCA, yang terlibat dengan skandal seks dan yang dituduh penyelewengan dalam pelabuhan pun masih boleh bermuafakat, apakah dalam PAS, nak buat macam tu, duduk berbincang suatu perkara yang mustahil.

Sebusuk busuk UMNO, mereka tidak sanggup untuk melihat PAS pecah, apatah lagi akan jadi kerdil dan diperkudakan pembangkang lain.

Nik Aziz kena tunjuk bijaksana dan matang untuk dijadikan contoh tauladan kepada orang orang seperti Nasaruddin dan golongan yang lebih muda.

Kalau penat, berehatlah, jangan mengamuk..

Saturday, October 24, 2009

MCA macam kartun..


Dulu kata bekas Timbalan Presiden yang terlibat dengan skandal seks mencemar MCA dan sukar untuk MCA menjelaskannya kepada rakyat maka Chua Soi Lek dikenakan tindakan tatatertib, dipecat oleh lembaga disiplin.

Dalam EGM juga, Chua sekadar diberi keahlian biasa.

Sekarang, Chua dikembalikan dalam MCA dan diberi perangan penting untuk turut menyumbangkan perpaduan di dalam MCA.

Di mana letaknya isu awal skandal seks Chua yang diaktakan mencemar MCA..




Ini wayang apa yang didmainkan oleh komponen BEnd.




Friday, October 23, 2009

EGM PAS - faktor penentu kepada Cikgu Zizan.



Terkini: 25/10/09
PAS Kedah:
Pas tak perlu ada EGM



PAS menjerit perjuangannya berlandaskan Islam meredah global tanpa kaum, untuk semua bangsa dan bahasa...tapi belumpun sempat diberi kuasa penuh memerintah negara PAS kini mempamirkan corak politik sebijik Melayu tanpa ugama - terlalu banyak rupanya Phd di PAS dari UMNO.






Bagaimana mungkin sebuah parti yang maksum dan dijanjikan syurga kepada ahlinya oleh Mursidul Am tiba tiba mempunyai masalah dalaman yang serius dan serabut.






Soal semangat bekerjasama atau musyawarah pula menjadi isu dan halangan. Apakah dalam Islam bermesyuarat dengan kafir (DAP) lebih utama dari bermesyuarat sesama saudara Islam (UMNO) walaupun mungkin ada sedikit perbezaan pendapat.






PAS Selangor sudah kata 'tak kebuloq' dengan EGM dan hampir pasti ialah PAS Terengganu. Soal penentu di dalam PAS sekarang lebih terserah kerapa kredbiliti Cikgu Zizan, PAS Kedah yang nampak lebih stabil dan berwibawa dalam meneraju Kedah setakat ini.






Nik Aziz yang terlalu yakin dan mungkin terlalu didesak oleh Husam pro Anuar sebenarnya mengorek lubang kuburnya sendiri terlebih awal, jika EGM tidak menjadi - di mana Nik Aziz nak letak mukanya...






Andai terjadi pun EGM dan Hadi Awang tetap kekal sebagai Presiden apakah orang seperti Nik Aziz ini akan akur dan berpuashati.. Kalau Nik Aziz mempunyai sikap sedemikian tentunya dia akur bahawa serangan awalnya terhadap Hadi Awang dan Nasharudin sebelum muktamar lepas juga tidak memberi kesan. Perwakilan tetap memilih Hadi Awang sebulat suara dan ayam tambatannya Husam Musa melayang keluar gelanggang dengan libasan Nasharudin. Malah pemimpin PAS Kelantan juga tidak mendapat tempat kerana perwakilan 'jengkel' dengan gaya Nik Aziz.






Cadangan EGM merupakan serangan kedua Nik Aziz terhadap Hadi Awang secara terang dan besar besaran dan ini adalah hidup mati moral dan maruah Nik Aziz yang merasakan PAS adalah Nik Aziz dan Nik Aziz adalah PAS.






Apa pendirian PAS Kedah ..

Thursday, October 22, 2009

Giliran tian chua..lompat si katak lompat


Sana sini tentang tian chua yang dikenakan hukuman bersalah oleh mahmah kerana mencederakan penjawat awam tetapi akan merayu dalam cubaannya melepaskan diri.
Belumpun kita selesai menyaksikan adengan lompat si katak lompat anuar dalam kes liwatnya, kini giliran tian chua pula yang akan cuba mensarkuskan mahkamah.
Tanpa dinafikan haknya untuk merayu, tetapi kita sudah pasti 'mainan' politik mereka ini dalam semua isu - memburukkan kerajaan dalam cubaan menegakkan benang basah !!!
Sekurang kurangnya itulah persepsi rakyat kepada pemimpin pembangkang sekarang..anuar, sivakumar, nizar, dan kini tian chua adalah contoh sebaris nama.

http://tunkuaisha.blogspot.com/2009/10/mad-tian-chua-jailed-6mths-for-biting.htm
l
http://warisan2057.blogspot.com/2009/10/nizar-edan-tian-chua-samseng-jalanraya.html
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1022&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_15.htm

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...