Sunday, January 31, 2010

DAP parti tanpa krisis - UMNO PAS kena belajar..


















































Satu satu nya parti yang unggul dan belum dilanda krisis besar setakat ini ialah DAP. Diidolai Lim Kuan Yew, diterajui Lim Kit Siang dan kini berkapitan Lim Eng Guan, kapal apollo mereka bergerak lancar...

Semakin lancar apabila membawa bersama beberapa pemimpin hitam legam dan hitam manis yang termakan janji manis.

Akibatnya PKR kena pendarahan dalaman dan PAS pula terkena kencing manis, manakala pemimpin Hindraf hidup dalam buangan, usaha keringat titik peluh perjuangan mereka hasilnya kini dimakan DAP sendirian.

Tempias dari asap apollo itu juga terkena Barisan Nasional, MCA dengan aidsnya, MIC dengan mabuknya, PPPP dengan dua kepalanya dan UMNO sendiri menjadi juara pamiran rakyat, berbaju batik cantik ke hulu ke hilir, bersanggul tinggi tanpa menutup aurat, tapi badan penuh daki dan panau, mendangor sampai ke siak.. (apa maksudnya tanya orang banjar)

Dalam ucaptama PERKASA Selangor 28hb Januari 2010, Tun Mahathir menyatakan kekesalan kepada UMNO dan PAS kerana gagal mempertahan dan memperjuangkan hak Melayu dan Islam mengikut perlembagaan kerana mereka lebih sebok melayan dan memenuhi nafsu kaum lain semata mata kerana undi dan mahu popular. Anak kera di hutan disusukan, anak sendiri diriba mati kelaparan.

Kepimpinan di dalam PAS dan UMNO sendiri sudah hilang arah tujuan sebenar perjuangan mereka malahan bercakaran, bertelingkah pendapat sesama sendiri dalam sesuatu isu kerana mereka cuba memenuhi kehendak semua orang dan paling sedih dalam masa yang sama leka dan lalai kepada bangsa dan ugama sendiri.

Hari ini senario politik dipenuhi dengan pertelingkahan, cah keting, fitnah atau apa sahaja HANYA antara sesama Melayu Islam. Hari ini juga yang ditangkap rasuah wang dan seks, dadah dan pelbagai lagi jenayah majoritinya Melayu Islam. Kita hanya unggul di dalam 'proses kehancuran'.
Berbalik kepada DAP, selepas kaum Cina menguasai ekonomi, perjuangan mereka hanya satu, untuk kaum Cina dalam apa jua aspek khususnya kuasa politik dan mereka sanggup memperlahankan suara atau menyokong apa sahaja 'kepentingan' yang dibawa oleh Gerakan atau MCA termasuk NGO jika asasnya untuk kemajuan kaum Cina. Mereka kurang mempertikaikan yang remeh temeh tetapi memberi tekanan dan fokus kepada kemajuan.

Dengan satu matlamat yang jitu, nyata dan jelas..tidak hairanlah perjalanan pentadbiran Lim Eng Guan di Pulau Pinang asal sahaja tidak mengganggu kaum Cina tidak akan 'dibelasah' oleh kaum mereka sendiri walaupun mungkin ada yang tidak mengikut peraturan atau tidak adil kepada kaum lain.

Lim Kit Siang bangun mempertahankannya dari sudut yang berbeza, dengan saranan supaya mesyuarat untuk mencari perdamaian di kalangan Pakatan Rakyat perlu di adakan untuk mengelak saling tuduh menuduh. Kalaulah Lim Eng Guan itu Ahmad bin Awang dan gerai yang kena roboh itu adalah dari kaum Cina, apakah gerak dan gaya Lim Kit Siang sebegitu 'sabar dan lembut' dalam isu itu???

DAP parti yang pernah nyawa nyawa ikan kini mendominasi PAS yang berterabur ulamaknya dan PKR yang kononnya hebat dengan Anwarnya kini berlutut seperti 'kucing' di depan 'tikus', seperti melukut di tepi gantang.

Pemimpin pemimpin Cina dalam dan luar DAP akan bersatu hati dalam apa jua isu jika kaum Cina tercabar dan tergugat.
Perasaan hasad dengki atau berlumba lumba untuk menjadi jaguh dan juara (popular) bukanlah matlamat utama tetapi lebih kepada bersatu hati dalam gerak kerja yang memberi faedah kepada semua kaum Cina tanpa mengira negeri dan parti.
Apakah ini ujud kepada pemimpin Melayu di UMNO, PAS dan PKR???
yang pasti DAP sedang bersiap sedia mengiring Anwar ke Sungai Buloh..

Saturday, January 30, 2010

??? Tun M akan ikut jejak Hishamuddin..







Tun Dr Mahathir menghunuskan keris dalam majlis PERKASA Selangor..



1. Apakah Tun selepas ini akan mengikut jejak Hishamuddin untuk memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia khususnya kepada kaum lain..



2. Apakah selepas ini ada laporan polis akan dibuat oleh DAP atau NGO terhadap Tun kerana bersikap mengancam keselamatan negara dan perkauman..
Kita tunggu dan lihat...

Sabtu April 26, 2008
Hishamuddin mohon maaf hunus keris
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini memohon maaf kepada orang Melayu dan bukan Melayu berhubung isu keris yang dihunusnya, dua tahun lalu.
"Saya harap, isu ini tidak berbangkit lagilah, Datuk Seri Hishammuddin telah buat sesuatu yang sangat prihatin dan mulia, maknanya dia sanggup meminta minta maaf walaupun ada pihak mengatakan memang bukan niat dia hendak isytihar perang ataupun disabitkan sebarang tindakan yang bersifat perkauman," kata Najib, yang juga Timbalan Presiden Umno kepada pemberita di sini, Sabtu.Najib berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Hishammuddin semalam yang memohon maaf atas tindakannya menghunus dan mencium keris pada perhimpunan agung Umno sebelum ini yang dikatakan turut menjadi punca prestasi buruk Barisan Nasional pada pilihan raya umum lepas.

Friday, January 29, 2010

Logo Diterbalikkan?Dakwaan? SPRM wajar bertindak


Logo yang diterbalikkan dengan motto Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia di atas logo SPRM sesuatu harus dianggap serius.
Lambang Rasmi sebuah Agensi Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Sistem Palimen Raja Berpelembagaan seharusnya dihormati.
Kebebasan penulis dihormati tetapi kebebasan, ketelusan membuktikan apa yang didakwanya harus juga dia sendiri hormati dengan membuktikan dan bertanggungjawab.
SPRM harus bertindak kepada blogger ini atau mana mana pihak yang membuat dakwaan tanpa membuktikan.
Bertindak bagi pihak rakyat yang masih menaruh kepercayaan dan keyakinan kepada badan tersebut.

Thursday, January 28, 2010

KJ perlu diberi jawatan..


KJ disaran letak jawatan...siapa yang berani bercakap? baca laporan lebih terperinci..
http://parpukari.blogspot.com/2010/01/akhirnya-exco-pemuda-umno.html


Kalau setakat 'ada telor', rasanya telor tu pun macam tuannya juga iaitu 'ayam', telor ayam pun datang dari satu lubang dengan najis, maka pi mai pi mai jadilah 'seperti hangat hangat tahi ayam'.

Dalam Mjlis Tertinggi, Zahid Hamidi dan Nazri (terlupa le pulak samada mangkuk hayun ni ada ke tidak dalam MT) tentunya benteng terakhir memeprtahankan KJ.

Ada kemungkinan isu meminta KJ meletak jawatan adalah sekadar 'ugutan dalaman' signal dari pihak atasan dan berakhir dengan KJ bersumpah setia dengan Najib, saya yang menurut perintah, sekaligus isu ini akan kembali tenteram untuk UMNO memperlihatkan parti mereka tidak ada masalah dalaman.

Apapun Mukhriz suka atau tidak akan dikaitkan sebagai 'dalang'? Jom lawati blog pro KJ...

Alasan lemah syahwat Ketua Pemuda dalam menggerakkan Pemuda kerana tidak berjawatan adalah selari dengan saranan Zahid bahawa Kj perlu dipertimbangkan ke jawatan kabinet dalam satu forum Pemuda di Janda Baik baru baru ini.

Siapa kata i tak ok..lihat di bawah..i masih berbunyi maaa...

January 28, 2010
KENYATAAN BERSAMA PEMUDA BARISAN NASIONAL DAN PEMUDA PAKATAN RAKYAT
Hari ini menyaksikan satu lakaran sejarah di mana keseluruhan pimpinan sayap-sayap pemuda bagi parti-parti politik di dalam Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat bersepakat untuk mengeluarkan satu kenyatan bersama bagi mengutuk insiden-insiden serangan ke atas rumah-rumah ibadat. Saya selaku Pengerusi Pemuda Barisan Nasional mengucapkan syabas dan terima kasih di atas persefahaman dan persetujuan yang.......http://www.malaysiakini.com/v6/link.php?http%3A%2F%2Fwww.rembau.net.my%2Fnews_list.asp%3Fuid%3D1004


Seperti juga Anwar, KJ mungkin lebih serasi, selesa, sesuai dan tampak hebat jika bercakap dalam satu rumpun atau diperingkat nasional dan global berbanding di peringkat cawangan, bahagian atau kepada exco exco pemuda yang rata ratanya mudah dicucuk hidung. (geli rasanya kot kalau di peringkat kampungan dan tempatan)

Ku Li - antara fakta dan pendapat

Ada sesiapa mempunyai teks ucapan penuh Ku Li di Kota Bharu 28/1/10 ?

Orang politik jadi dalang skim cepat kaya?

Lebih 8,000 terpedaya sindiket pelaburan melalui Internet – CAP

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm

28/01/2010 7:19pm

Antara faktor yang meransang untuk ramai yang terlibat dengan skim cepat kaya ialah untuk kaya daripada keadaan sekarang. Tamak atau tidak - ia tetap naluri manusia.
Kenapakah CAP atau mana mana pihak tidak merencanakan satu skim cepat kaya yang betul betul 'selamat untuk kaya' tanpa melibatkan penipuan.
Atau sebenarnya 'skim cepat kaya' memang sesuatu yang mustahil untuk berjaya kaya.
Dari zaman labu peram, pak man telo, swish cash dan pelbagai lagi, skim ini berterusan - jika tidak kaya, tidak menarik - masakan ramai yang masih mahu untuk teruskan bisnes merbahaya ini...

Seorang kawan, Hj K... di Kuala Selangor memang sudah jutawan melalui skim cepat kaya ini, selamatnya dia bukan penganjur tetapi pemain..

Wednesday, January 27, 2010

Maafkanlah Aduka...


Tunku Ibrahim Ismail Sultan Johor sudah terkenal sebagai salah seorang Sultan yang mendampingi rakyat atau dinamakan Sultan Berjiwa Rakyat sudah tentu mampu membuat pertimbangan dan memberi ehsan memaafkan Aduka..

Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...