Saturday, July 31, 2010

Antara Nik Aziz dan Najib, mana yang lebih membebankan..

Persaolan saya sekarang, apakah UMNO sudah berubah ketahap orang Melayu akan kembali menyokongnya..

Persaolan ini dibuat untuk persiapan dalam membuat keputusan samada mahu meneruskan sokongan kepada UMNO atau sudah sampai masa nnya perlu beralih arah menyokong PAS di kertas undi nanti.

Ada sesiapa yang boleh memberi pandangan???

Di dalam UMNO, ada beberapa nama yang membawa beban ! Najib, Rosmah, Khairy.
Di dalam PAS, satu sahaja bermasalah ! Nik Aziz.

Berdasarkan logik masa, mana satu yang lebih mudah di atasi.

Monday, July 26, 2010

Kelantan akan lebih baik ditangan UMNO???

Apakah rakyat Kelantan akan berpaling tadah kepada UMNO atau lain lain alternatif di PRU13 nanti?
Bukan kerana kekuatan UMNO tetapi lebih kepada kebencian dan kelemahan Nik Aziz yang membawa PAS ke arah sesat dalam berpakat dengan DAP.

Era semasa juga menunjukkan tanda2 Kelantan akan ditawan pembangunan yang pesat seperti Johor Baharu dan Kowloon, tetapi siapa yang menguasainya nanti?? Apa yang hendak dibanggakan lagi kalau bangunan2 akan penuh dengan tulisan Hong Kong .

UMNO Kelantan gagal bersatu padu untuk mengambil peluang ini dan yang lebih penting apakah Kelantan akan lebih baik di tangan UMNO???

Rakyat Kelantan perlu membuat perhitungan tepat.

Wow !!!



Macam2 ada
Picture Of The Year !!!
"a picture speak a thousand
words"!!



http://maharaja-kaiser.blogspot.com/2010/05/kisah-jho-low-dan-big-mama.html

Thursday, July 22, 2010

PAS kuat tetapi pengecut..

posted by Susan Loone at Malaysiakini - 23 minutes ago
Penang deputy chief Mujahid Yusuf Rawa says instead, it's better for for PAS to replace Umno to defend the Malays.

Kita kena bersetuju bahawa UMNO sedang lemah dengan ditadbirkan oleh Najib dan Rosmah walaupun berahli lebih 3juta, mungkin dari segi kuantiti? bagaimana kualiti? PAS memang perlu berhati hati untuk tidak turut karam bersama UMNO jika terlibat dengan bekerjasama.

Sebagai sebuah parti Islam terbesar di Malaysia dan mahu menggantikan UMNO sebagai parti utama wadah perjuangan Islam dan Melayu kenapa UMNO yang dikatakan lemah itu sangat 'ditakuti' untuk PAS berunding dan menjuarai perundingan itu. Kalau dah kuat, telanlah UMNO itu...

Kenapa Nik Aziz yang dikagumi dan dicap ulamak oleh ahli PAS awal awal lagi cabut lari dan mengelak untuk berjumpa UMNO. Takut? Pengecut? atau memang telor telah disimpan DAP?


Orang Melayu dan Islam bukan mengharap sangat PAS dan UMNO bersatu dalam masa terdekat ini, mereka tidak dapat bersatu bukan disebabkan dasar yang berbeza (alasan jahil Nik Aziz) tetapi lebih kepada sikap keras kepala kedua dua pemimpin, jadi memadailah jika dapat duduk semeja menyingkirkan perbezaan pendapat yang remeh temeh dan cuba eratkan pemahaman dan tahu membezakan antara agenda peribadi politik dunia dan menegakkan syiar ugama Islam adalah dua perkara yang berbeza.

Kenapa MCA, DAP dan Gerakan boleh seiring dan senada dalam soal kabajikan dan kepentingan kaum mereka manakala PAS dan UMNO bercakaran tak tentu hala.

Samy pukul gendang ...Menteri India bekerja untuk kaum India sahaja.

Murugiah Diterima Sebagai Anggota MIC - Samy Vellu

Ketika ditanya mengenai kemungkinan reaksi balas daripada PPP berhubung keputusan itu, Samy Vellu berkata: "Apabila kita buat keputusan, kita tidak bimbang tentang apa-apa perkara. Bila kamu pergi berperang, kamu tidak akan berpatah balik".

Sekali lagi Samy memukul gendang perang dan menunjukkan kehebatannya dalam tindakan yang menguntungkan MIC ketika terdesak dan kemaruk dengan jawatan dalam kabinet untuk kaum India.

Samy sanggup tikam dari belakang parti komponen BN lain semata mata untuk kuota kabinet dan sikap lantang Kayveas selama ini nampaknya memakan diri.

Sudah pasti Najib restui sebagai jalan penyelesaian memandangkan Murugiah tetap kekal di kabinet walaupun dipecat oleh PPP dua tahun lalu.

Apakah kemungkinan PPP kan keluar dari BN untuk bersama pembangkang sebagai jalan menyelamatkan maruah parti yang diperbudakkan oleh MIC dan Pengerusi BN???

"Saya suka mengumumkan kita telah menerima beliau sebagai ahli dalam MIC. Keputusan telah dibuat dan saya mengucapkan selamat datang kepada beliau. Saya berharap beliau dapat menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Menteri demi kebaikan masyarakat India," katanya kepada pemberita.

Mentaliti Samy ialah Menteri India hanya bekerja untuk kaum India, bukan untuk Rakyat Malaysia bertentangan dengan kehendak Najib, 1Malaysia.

Agaknya lah kalau ada Menteri Melayu yang cakap macam tu..demi kebaikan masyarakat Melayu..aku rasa bertalu talu dikatakan 'racist'...tetapi satu hal lagi, mungkin Samy ni dah jatuh kelas politik bankrap maka kata2nya sudah tidak ada diperdulikan lagi, kesian.

Wednesday, July 21, 2010

Kalau Najib tak risau, kenapa harus kita??????

21/07/2010 8:33pm

KUALA LUMPUR 21 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO masih merupakan parti terbesar bagi orang Melayu di negara ini apabila jumlah terkini ahli berdaftar selepas proses pemutihan dijalankan menjangkau 3.2 juta orang.

Sehubungan itu Perdana Menteri tidak dapat menerima sebarang dakwaan yang menyatakan bahawa orang Melayu `meluat’ dan enggan menyertai UMNO kerana jumlah itu membuktikan sokongan padu orang Melayu terhadap parti tersebut. - Utusan


Patut le penat kita bercakap di sini dan di sana, rupanya matematik Najib simple dan mudah sahaja, UMNO ada lebih 3 juta ahli menunjukkan UMNO disayangi dan disokong, dakwaan orang Melayu meluat pada UMNO adalah karut semata mata.

Katakanlah pendapat Najib itu benar, tapi cukup ke 3 juta ahli itu untuk UMNO membawa BN menang di PRU13 nanti.

Bagaimana pula dengan pendapat 300 atau 3000 bloggers yang menyokong UMNO selama ini, pendapat mereka pun hampeh???

KALAU NAJIB TAK RISAU, KENAPA HARUS KITA?????

Penyelarasan subsidi yang berbaloi baloi baloi..

Prime Minister Najib Abdul Razak has refused to divulge the total cost for bringing his wife Rosmah Mansor to New York in April despite being asked to do so in Parliament.
http://www.malaysiakini.com/news/136109
Jul 21, 10 6:34pm
Rosmah Mansor said that Hollywood megastar Robert De Niro will be visiting Malaysia after accepting her invitation when the two met during her trip to New York in April.

Rakyat yang terlibat dengan penyelarasan subsidi baru baru ini boleh datang beramai ramai jumpa De Niro untuk legakan dada...


Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...