Tuesday, April 12, 2011

Siapa yang mahu Taib letak jawatan...

Siapa sebenarnya yang mahu Taib letak jawatan? UMNO atau komponen BN Sarawak? Pakatan Pembangkang? Undi pilihanraya akan menentukan.. Jika BN tewas, itu bukan faktor Taib sebagai individu tetapi lebih kepada rakyat Sarawak mahu perubahan kepada parti pemerintah sekarang kepada parti baru pembangkang. Jika BN tewas, sampai masanya UMNO masuk ke Sarawak... Tidak ada ruginya pilihanraya di Sarawak untuk rakyat samada Pembangkang atau BN yang menang. YANG SANGAT TAKUT TEWAS ADALAH DIKALANGAN PEMIMPIN SEMUA PARTI YANG TAKUT HILANG PENGARUH DAN KUASA.. Rakyat jangan terpedaya dengan hasutan mereka, pilihlah wakil rakyat yang anda kenal yang dan yakin kemampuannya untuk bekerja kepada masyarakat setempat.

Monday, April 11, 2011

Kenapa setiap kali mesti mirip 'Anwar'



Setiap kali isu vedio sex, liwat atau omega kenapa mirip "Anwar" yang timbul, kenapa tak mirip Najib, Nik Aziz atau Karpal..


Kesian si Anwar tu...


Antara koleksi favourate Anwar adalah Ummi, Ghani, Musa dan beberapa nama lagi dan yang terbaru..Dato T


Anwar terus diburu oleh 'hantu kak limah'..

Tuesday, April 5, 2011

Lelaki mirip Anwar tolong tampilkan diri...

Di harap lelaki yang mirip Anwar itu tampil membuat pengakuan secara 'gentleman' seperti Chua Soi Lek.

Pembangkang atau Azizah atau sesiapa sahaja mungkin boleh tawarkan hadiah lumayan mencecah jutaan untuk sesiapa sahaja yang berani membuat pengakuan tersebut bagi menyelesaikan kes ini dan sekaligus membersihkan nama Anwar.

Jika lelaki itu mampu melanggan pelacur sudah tentu dia 'bermuka tebal' untuk tampil, apa masalahnya untuk membuat pengakuan kalau dibandingkan dengan hadiah lumayan yang ditawarkan.

Kalau tak ada yang tampil, timbul juga persaolan, siapa lelaki itu sebenarnya? Setakat ini hanya seorang yang menafikan 'itu bukan dirinya'.

Monday, March 28, 2011

isu vedio seks..chua dan anwar

Orang Cina boleh terima Chua Soi Lek untuk terus memimpin MCA walaupun membuaat pengakuan dalam isu vedio seks... UMNO juga akur.

Isu vedio seks yang dikaitkan dengan Anwar, belum disahkan...jika benar, PAS akan mengambil sikap seperti UMNO dalam isu seks Chua???

Melayu PAS dan UMNO....itu gambaran sebenar.

Wednesday, September 22, 2010

Melayu kurang mulia


Kita anggap, diberi layanan istimewa oleh kerajaan sebagai satu perkara yang mulia. Sebenarnya tidak mulia. Umpamanya, kalau di dalam negara, kita perlu diberi perlindungan sepanjang masa, keadaan kita samalah seperti orang Red Indian yang terpaksa dilindungi kerana begitu lemah dan ini akan menjadikan kita bertambah lemah (lihat Utusan Malaysia 16/6/02 "Saya kecewa dengan Melayu")

Saturday, September 18, 2010

Hero Melayu


Ini hero Melayu sebenar, yang boleh diterima oleh semua orang Melayu samada di dalam UMNO atau di pihak pembangkang. Dia lah juga satu satunya Melayu yang sangat sangat mendapat tempat di hati bukan Melayu selepas Anwar dan Pok Nik..

Dia juga anti TunM no.1

Tuesday, September 7, 2010

Kalau Hisham tak tahu...Najib lagi lah tak tahu..

Pendedahan demi pendedahan telah dibuat oleh bakal bekas Ketua Polis Negara, Musa.

Hisham membalas dengan jawapan yang paling tepat "tak tahu".

Wartawan2 jangan cuba tanya Najib hal ini, kalau Hisham tak tahu, Najib tentulah lebih berganda tak tahu.

Semoga Malaysia terus aman makmur, maju sejahtera, kaya raya di bawah kepimpinan Menteri2 yang lebih banyak tak tahu dari tahu.

Hebat !!

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...