Thursday, May 19, 2011

PERLIS SUDAH, GANU BILA LAGI?


19 MEI 2011: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu (kiri) berpelukan dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim selepas majlis penganugerahan Tauliah Penasihat Paduka dan Paduka Utama Pekida, di Kangar. -

TERENGGANU BILA LAGI?

BUKIT KAYU HITAM, May 19 (Bernama) -- PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang on Thursday expressed confidence that the party will retain Kedah in the next general election as it has administered the state well since the last general election.

Penjaga Blog pun dah diktator..apalagi kalau pegang jawatan

Aspan Alias said...

kluangman,

minta maaf saya tidak siarkan kritikan personal sdr terhadap saya.

You have gone too far to the extend of attacking me personally.

So sorry for arguing with you and I am not much time to debate on your personal vendetta on me.

Lets forget each other and just leave this blog alone. That is my request from you.

I hope you understand that I am just as human as you are.

Let us respect each other. kalau terjumpa kita berslaman sahaja.

Bye.

19 May 2011 14:31:00 GMT+08:00

DI ATAS ADALAH JAWAPAN ASPAN di blognya TANPA MENYIARKAN BEBERAPA TULISAN SAYA


Aspan Alias veteran UMNO di blognya yang banyak memberi pandangan yang baik kepada UMNO untuk berubah, kritikannya menghampiri suara pembangkang tetapi nyata ada kebenaran, yang boleh diterima dan dibincangkan. Gaya persembahannnya menjurus kepada pilih kasih dan cukup pantang dengan beberapa nama seperti Madey, Ibrahim Ali serta juga Utusan lewat kebelakangan ini dalam isu kristian.

Saya pernah tanya Aspan - sejauhmana jasa Aspan untuk mempertikai Mahadey yang tentu ada silapnya? Macam tu pun tidak disiarkan.

Ada saja yang tak kena di mata dan hatinya. Lebih kepada isu UMNO baru dan UMNO lama, lebih kepada Perkasa. Macam ada sesuatu yang terbuku, tidak salah mengherokan KuLi, memang dia pun hero juga, tak salah memenangkan KJ, dia pun hero juga. Tak ada masalah berbeza pendapat.

Saya terpaksa memilih blog ini untuk sedikit ulasan (sebagai catatan peribadi dan bukan bermaksud untuk meneruskan perdebatan) tentang Aspan kerana beliau gagal, tidak memberi ruang, tidak menyiarkan beberapa tulisan saya atas alasan serangan peribadi?

Saya telah dihubungi beberapa kenalan melalui email dan ada yang menelefon secara peribadi meminta penjelasan, mereka juga mempunyai sedikit situasi yang sama tetapi saya minta supaya mereka meneruskan di blog tersebut, UMNO perlu dipertahankan di situ walaupun apa kerenah yang kedapatan. UMNO tidak boleh dipertahankan dengan 'budi bahasa' kalau yang menyerang itu kurang ajar didukung pula oleh fasilitator yang berat sebelah.

Apa personal yang saya serang? nyatakan? saya hanya menegur sikapnya di dalam ketidakadilan kepada penulis pembangkang dan pro kerajaan. Kalau penyokong pro pembangkang memaki hamun seguni pun disiarkan, kalau penulis pro pembangkang, hampeh!! Itu personal attack ke namanya?? Saya tanya Aspan...tak siarkan..

Aspan menjawab tulisan saya yang tidak siarkan, kenapa dia tak siarkan dan kemudian menjawab - nampaklah sikit adil.

Siarkan dan bagitau pendapat saya saya salah, bukan satu masalah pun. Saya pernah dikritik hebat oleh A.Kadir Jasin dan Sakmongkol selepas tulisan saya disiarkan di dalam blog mereka. Hujah lawan hujah. Saya akur di mana kesilapan saya.

Saya tidak kesah kalau rakan rakan di blog sampahkan tulisan saya, mereka berhak berbuat demikian sebab mereka menilai dengan pandangan yang lebih adil tapi kalau Aspan tidak siarkan dengan alasan kebudak2kan, itu tidak adil, itu diktator.

Memang blogg Aspan, itu hak dia..tapi mana dia kredbilitinya, Kritik UMNO macam nak rak, bila kena diri sendiri terberak?!!

Pada Aspan - janganlah tenggelam punca, hilang toleransi dan kewarasan serta kredibiliti hanya pada seorang penulis mentah dan picisan seperti saya.


Jumpa dan salam adalah adat.




Wednesday, May 18, 2011

Jangan merasa diri sahaja hebat..

Saya mengalu ngalukan sesiapa jua untuk memberi pendapatan di sini samada sealiran atau tidak, jika tidak dapat bersopan, itu masalah mereka, bukan masalah saya.

Kadang2 ia diluar tajuk, itu perkara biasa.

apa yang penting setiap tulisan ada nilai dan tanggungjawab mengikut lunas undang2 yang perlu ditanggung sendiri oleh penulis tersebut.

Saya tidak menganggap saya serba tahu, serba betul dan tidak juga serba salah dan janganlah ego sekadar pengalaman, status atau terasa diri lebih hebat - kita berbeza pendapat tetapi semuanya ke arah yang dirasanya betul. Betul pada tuan tidak semestinya betul pada saya. Betul pada saya tidak semestinya betul pada tuan.

Apahal nak melenting, jangan jadi orang tua yang baran seperti sesetengah penulis tersohor !!!!

Monday, May 16, 2011

Sumbangan Anwar kepada PAS


Antara sumbangan terbesar Anwar kepada PAS ialah meruntuhkan martabat dan akhlak Nik Aziz yang sebelum ini dihormati, dipandang tinggi serta saranannya ada nilai.

Sebagai pakar rujuk parti, Mursyidul Am yang di amanahkannya telah terburai dan tergelincir semata mata dipergunakan untuk mempertahankan Anwar dan DAP.

Siapa Nik Aziz kalau dia tidak diangkat menjadi Mursyidul dan Menteri Besar? Siapa Nik Aziz untuk tidak akur dan overuled kepada Hadi selaku Presiden parti? Siapa Nik Aziz yang MENGAIBKAN Timbalan Presiden PAS di khalayak ramai? Siapa Nik Aziz yang berlagak seperti Nabi dan Penjaga Pintu syrga? siapa Nik Aziz yang memberi syurga kepada ahli dan penyokong PAS?

Sebagai MB Kelantan, Nik Aziz gagal memberi sejahteraan kepada rakyat Kelantan malah ada yang dianggap sebagai pengkhianatan kepada rakyat Kelantan dalam isu2 tanah, prasarana, projek dan bazaar.

Nik Aziz setakat dilantik Mursyidul telah banyak melangkahi dan mencampuri banyak urusan parti yang sepatutnya di bawah bidang kuasa Presiden. Nik Aziz mempamerkan individu yang tidak boleh ditegur dan tidak boleh dibawa berbincang.


Hari ini Nik Aziz dilihat sebagai beban berat yang terpaksa dipikul oleh PAS dan penghalang kepada penyatuan ummah.
Tanpa Nik Aziz, PAS di bawah kepimpinan Hadi sepatutnya sudah mampu mengantikan UMNO bila2 masa.

Masa masih ada untuk PAS membetulkan keadaan.


Petikan dari laporan kenyataan Nik Aziz terbaru:

“Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti, selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni, tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah (tak masuk syurga).

“Hanya Allah saja yang dapat mengampunkan dosa mereka,” kata Menteri Besar Kelantan di Kota Baru, dipetik Berita Harian Online hari ini.

“Walaupun orang itu menteri ke, tindakan berkenaan (mengaibkan itu) tetap tidak boleh. Malah kini televisyen dan Internet sudah menayangkan (video seks) ke seluruh dunia, pihak berkenaan akan menerima bahana nanti,” kata Nik Aziz lagi.

Adakah dosa mendedahkan Anwar lebih besar dari melakukan zina? Maqasid memelihara zuriat campak ke mana, Tok Guru?

SESUATU YANG NIK AZIZ KENA FAHAM, KALAU UMNO YANG KONSPIRASI UNTUK BUAT VIDEO SEKS DAN LIWAT ANWAR, KENAPA TIDAK UMNO JUGA BUAT PERKARA YANG SAMA KEPADA NIK AZIZ???

Saturday, May 14, 2011

Ini pendirian Kristian terhadap BN..



Ini adalah haikatnya, ada betulnya, ada relevannya, ada kemungkinan besar, apa yang dilaporkan oleh Utusan dan dua blog mempunyai ketepatan fakta berdasarkan keberanian mereka di atas.

DAP yang sedang kegilaan ke Putrajaya tidak musstahil menggunakan dan memperalatkan Kristian untuk cita2 mereka selepas fanatik perkauman mereka nampak berjaya di Sarawak. Kesempatan ketika PKR masih ada saki baki sokongan rakyat dan PAS masih mahu berada bersama Pembangkang, DAP melihat ini satu peluang untuk meningkat penguasaan, peluang ini jika terlepas sudah sukar untuk kembali lagi.

ISA akan dimansuhkan...

ISA akan dimansuhkan, lagak dan gaya kerajaan Najib selari ke arah itu.

Tanpa ISA, kebebasan bersuara, kebebasan berugama, keterbukaan untuk meminda Perlembagaan Negara semuanya akan menjamin kepada kestabilan ekonomi, politik, keadilan sosial, kesamarataan status dan hidup harmoni pelbagai kaum.

Peristiwa 13Mei1969 tidak akan berulang lagi kerana rakyat Malaysia sudah bijak pandai sekarang ini dan pemimpin2 politik semuanya berkualiti, berhemah, bertanggung jawab dan tidak perkauman.

Tanpa brain drain, Malaysia akan mencapai negara maju sebelum 2020.

Najib layak menjadi Ketua Pembangkang yang pertama era baru selepas pilihanraya ke 13 kelak. Tahniah UMNO.

Wednesday, May 11, 2011

Ahli UMNO berpaling tadah...

"Kalau kita bersatu, tiada politik puak-puak dalam Umno, kita merupakan parti yang lebih kuat daripada parti-parti lain. Apakah semua (perjuangan) kita sudah selesai? Belum... kenapa masih ada cakap-cakap, masih ada lagi politik puak-puak, apa guna kita sambut ulang tahun 65 tahun kalau kita tidak bersatu? - UMNO 65 tahun

Najib mengharapkan kesetiaan kepada UMNO bermula daripada ahli2nya sebelum berharap orang Melayu amnya akan menyokong. Bermula pada pilihanraya yang lepas, atas sebab benci kepada Presiden UMNO pada masa itu yang gagal mendengar keluhan umum orang Melayu, ramai ahli UMNO berpaling tadah dengan memangkah pembangkang atau merosakkan undi seperti yang ketara di johor.

Ketidaksetiaan ini akan berterusan pada pilihanraya akan datang dan ini paling merbahaya jika ahli sendiri menikam belakang, sebesar dan sekuat manapun empayar dibina, ia tetap akan runtuh jika ada gunting dalam lipatan. Di manakah kumpulan Bloggers yang ditubuhkan UMNO dulu untuk memantau dan memberi penjelasan? Mereka sudah berkubur? Dimusnahkan oleh UMNO kerana percaya dan yakin facebook dan twitter Najib dapat mengatasinya?

Saya selalu juga memberi komen dalam blog Anwar dan seperti biasa tidak akan disiarkan kerana tidak ada yang untung padanya jika dksiarkan tetapi segala persaoalan dan kritikan saya dijawab oleh kumpulannya ke email saya, mereka cuba memberi penjelasan walaupun kadang2 tidak masuk akal, lain ditanya lain dijawab. Tetapi sebagai pengkritik yang mendapat jawapan, kadang2 ini boleh mempengaruhi untuk menyokong selepas 'puas hati' dihargai dan dilayan. Inilah psikologi yang dijalankan oleh Anwar dan dianggap berjaya.

Di dalam beberapa blog yang agak anti atau kritikal terhadap UMNO, kedapatan agak ramai ahli UMNO yang bangganya mengistihar akan memangkah pembangkang dengan rasa tidak bersalah, mereka rasa berbaloi kerana itulah sahaja cara mereka mahu mengajar UMNO? Mereka menganggap pemimpin UMNO rasuah dan sudah tidak boleh dipercayai.

UMNO harus melihat perkara ini sebagai serius, ahli UMNO yang berpaling tadah seperti ini sebenarnya tidak mempunyai isu besar, mereka sekadar terpengaruh dengan dakyah pembangkang, mereka mengambil pendekatan menyokong pembangkang selepas gagal mendapat jawapan dari UMNO dan selepas mereka gagal memberi jawapan kepada rakan2 yang mengejek. Apabaila mereka tidak boleh 'lead' mereka akan 'follow'.

Mereka ini sepatutnya diberi jawapan dan penerangan, UMNO wajar menjadi pendengar yang baik untuk kembali menawan mereka ini yang haus dan dahaga perhatian UMNO. Jika mempunyaui maklumat tetapt UMNO bahagian dan Cawangan wajar membuat lawatan dan berjumpa mereka. Ahli adalah aset utama UMNO.

Blog terpencil ini sekadar meluahkan, sesiapa yang mempunyai hubungan rapat di peringkat atasan harap dapat bawa keluhan ini untuk perhatian, terlambat asal jangan terlewat.

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...