Saturday, June 11, 2011

Rakyat juga nak dengar suara Pembangkang..


Sudah tiba masanaya kerajaan wajar memberi ruang kepada pemimpin pembangkang untuk bercakap di media utama seperti di RTM dan Media Prima untuk mereka meluahkan pandangan dan pendapat. Sudah tentunya pandangan dan pendapat mereka tertakluk kepada undang2 dan boleh dibuat secara rakaman tertunda untuk mengelak kepada sesuatu yang mengancam keselamatan negara. Panel bebas perlu dilantik untuk menilai isi ucapan.


Walaupun pembangkang mempunyai media mereka sendiri termasuk media bebas di internet tetapi masih ramai lagi yang belum mendengar apa intipati dan isi perjuangan mereka. Ketidakpuasan hati mereka inilah menyebabkan jalanraya menjadi medan untuk mereka menarik perhatian rakyat dan pada masa itu 'ucapan' sudah tidak menjadi agenda utama lagi. Poster dan sepanduk serta maki hamun digunakan membakar hati yang ada untuk bertindak liar.


Kerajaan boleh memperuntukan contohnya 5jam dalam sebulan kepada pembangkang untuk aktiviti mereka dan kerajaan harus yakin jika pembangkang itu 'kosong' akhirnya rakyat akan menilai dan boleh menolak mereka. Kerajaan harus bersikap memperbaiki diri jika saranan pembangkang itu ada betulnya. BN akan lebih kuat dengan cara ini.


Dengan cara ini kerajaan dapat mengenalpasti isu pembangkang yang sedang 'membunuh kerajaan' dan sudah tentu semua itu dapat dan perlu dijawab dan diulas semula oleh kerajaan dengan cara yang terbaik. Langkah ini boleh mengelakkan pembangkang membuat fitnah dan pembohongan sewenang wenangnya. Rakyat boleh menilai integriti kedua dua pihak.

Rancangan Aduan Rakyat TV3 adalah contoh terbaik di mana sesuatu yang buruk dan negatif itu boleh bertukar menjadi positif apabila ada tindakbalas segera dan proaktif dari semua pihak yang terlibat samada kerajaan pusat, kerajaan negeri, swasta dan orang awam itu sendiri.

Cara ini juga dapat membuatkan semua pihak 'alert' dengan tanggungjawab masing2 dan jika berlaku rasuah atau penyelewengan ia akan mudah dihidu.

Rakyat tidak akan mengambil risiko untuk menolak sebuah kerajaan yang mempunyai rekod 'baik' sebelum ini dengar sekadar beberapa kelemahan kecil dan lebih penting kerajaan sedia memperbaikinya.


Sebaik sahaja pembangkang dibenarkan dalam media rasmi dan media utama, demonstrasi politik dalam apa jua bentuk dilarang samasekali kepada semua pihak kecuali dalam musim pilihanraya.


Rakyat sudah bosan dengan kamu pemimpin politik.

Terpanas dan terkini:
Calon timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa sekadar dilantik sebagai AJK tambahan sahaja oleh hadi.

Hannah - lu gila ka apa...



ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh dari parti DAP enggan mengisi maklumat bangsa untuk mendaftarkan anaknya, berkahwin dengan seorang peguam berbangsa India bernama Ramachandran Muniandy.

Hannah mahu mencatatkan 'bangsa' berdasarkan kesukaan dan pilihannya?

Hasil dari perkawinan mereka, zahirlah seorang bayi wanita yang tidak berdosa apa apa dan tidak tahu apa apa, diberi nama Shay Adora Ram a/p Ramachandran Muniandy. Nama yang mirip kepada nama kaum India.

Akhirnya Hannah mencatatkan sebagai bangsa 'cina' di mdalam sijil kelahiran anaknya dan perkara ini dijadikan polimek dan isu, kemungkinan DAP juga akan mebawa isu ini ke pringkat parlimen.

Kat Singapore dah lulus nama kawin campur ni - baca SatD (saya tak kenal depa) di sini.
Tapi tidak ada negara mana pun di dunia di mana kamu boleh gi register anak letak nama suka-suka:
'American child'.
'Europe child'.
'Singapore child'.
'British child'.
'Anak Brunei'.
'Anak Indonesia'.
'Zimbabwe child'
'Ahmad Albab Arab'.

Mana ada!?!?!
Jadi jangan buat kerja gila, tolonglah.
http://remgold.blogspot.com/2011/06/hapuskan-saja-bangsa.html

Persaolannya kenapakah 'perkara gila' macam ni boleh ada pada seorang Wakil Rakyat yang sepatutnya menghormati undang2 dan rukunegara, tunggulah masa kalau partinya dapat perintah, ubah dan buatlah dasar baru di parlimen dan bukannya kecoh dan cuba menukar undang2 di media.

Apakah Hannah mewakili masyarakat cina malaysia seluruhnya yang tak reti bahasa dan kurang ajar. Inikah masyarakat cina malaysia sebenarnya? Inikah budaya kerasa kepala mereka? Inikah yang dikatakan bangsa yang maju? Adakah dia mewakili bangsanya untuk menunjuk pandai tetapi sebenarnya bodoh? Apakah ini yang dibangga banggakan sangat oleh DAP dan mempamerkan lagak babi sondol untuk memerintah negara?

Apakah perangai tapir Hannah ini mewakili kaum cina, kalau bukan, apa kata MCA? Tolong jawab.

# Apakah Hannah tidak malu pada dirinya sendiri, tidak malu pada bayinya, tidak hormat kepada suaminya, tidak malu kepada bangsanya apabila bersikap bodoh sombong?

Friday, June 10, 2011

Mahathir tidak sepatutnya berhenti..



Pagi tadi terjumpa seroang kawan cina lama seorang business man. Mula mula cerita pasal bisnes, kami bersetuju Mei dan Jun adalah bulan2 bisnes menurun, kemudian masuk bab politik.

Saya provokenya menyatakan MCA akan kalah di semua tempat pada PRU13 nanti, rupanya dia tidak bersetuju, katanya masih ada tempat2 yang MCA kuat dan boleh menang? di mana? lupa pula nak tanya?

Saya provoke lagi pasal DAP, katanya DAP akan lebih menang sebab DAP parti miskin, MCA parti orang cina kaya, mereka tidak akan bantu dan tolong peniaga kecil macam dia, berjela jela dia bagi contoh kelemahan MCA Bahagian....

Saya tanya dia lagi pasal PAS yang sudah bergabung dengan DAP, katanya dia dan ramai kaum Cina lain masih bimbang, takut dan ragu2 dengan PAS yang akan menutup segala bentuk perjudian dan hiburan jika berkuasa seperti di Kedah dan Kelantan..undi kaum Cina belum tentu lagi pergi kepada PAS jika DAP tidak memainkan peranan kuat.

Dari perbualan ini dapatlah saya fahami bahawa memang DAP yang desak kepimpinan PAS memastikan Mat Sabu menang dan Negara Islam ditukar kepada Negara Kebajikan supaya masyarakat cina lebih yakin untuk undi PAS. Malah Nik Aziz pun ada mengaku pertukaran Negara Kebajikan dari negara Isle..kerana 'Isle' itu menakutkan kaum Cina. Dengan dasar yang ada sekarang DAP dengan mudah meyakinkan kaum cina untuk undi PAS kerana PAS kini sudah 'tunduk' kepada kehendak DAP.

Saya tanya lagi kawan saya ini pendapatnya tentang PKR, dia geleng kepala, tak boleh percaya katanya, Anwar terlalu kotor, kalau tidak masakan ramai kawan2nya sudah keluar PKR? Bijak juga kawan saya ni...

Di akhir perbualan, kawan saya ini yang saya yakin bukanlah seorang yang aktif politik dan tidak juga penyokong taksub kepada mana mana parti tetapi lebih kepada sokong parti yang boleh ramai cari makan berpendapat Mahathir adalah yang terbaik kerana pada masa pemerintahannya kekecohan politik setiap hari jarang berlaku dan semua orang dapat hidup dan cari makan dengan harmoni.

Sebelum beredar, kawan saya ini sempat memujuk saya dengan katanya, walau siapapun perintah, Melayu tetap jadi Perdana Menteri. Tetapi katanya lagi PM yang bagus semesti nya seseorang yang tidak takut 'bini' sejak azali (sejak azali itu saya yang tambah) ???!!!! Paklah? Najib?

Katanya lagi, lu ingat ka kita punya kawan, Hashim...saya kata ingatttt sangat.
"Kedai kopi dia selupa king, tapi balik lumah, sama tikus sama macam siput babi !!!!!"

Kesimpulannya: Mahathir memang sepatutnya tidak perlu berhenti awal dengan membiarkan beberapa malaun otai masih terus berpolitik dan merosakkan negara. Seburuk manapun Mahathir yang digambarkan ( teringat kepada satu penulis Blogger yang paranoid dengan Mahathir) Malaysia pada masa itu lebih baik dari masa sekarang samada dari segi perpaduannya, ekonominya dan politiknya. Ada ke Melayu yang berani mengada ngada serta Cina dan India yang gatal mulut untuk menyentuh 'sensitiviti' kaum dan ugama? Tiada? Sebab apa? Mereka tahu apa yang mereka akan dapat? Mahathir dapat menguruskan 'mereka' dan rakyat secara keseluruhannya.

Malaysia yang berjaya dibina dengan lebih baik oleh Mahathir selepas lebih 20 tahun mengurus tadbir akhirnya mula dimakan anai2 dan dikhianati sejak diambilalih Paklah... Sejarah itu terpahat untuk anak cucu ku.

Ustaz Kazim permata yang dibuang...


http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2011/06/ustaz-kazim-alias-dipecat-dari-pas.html

PAS yang sepatutnya memelihara' asset' sebegini telah mengambil tindakan yang terburu buru dengan memecat Ustaz Kazim semata mata kerana ustaz tersebut menyatakan yang benar . Apakah PAS sudah keliru dan tidak dapat menilai yang mana satu kaca yang mana satu permata.

Dalam ketika PAS menyatakan UMNO bimbang dengan Negara Kebajikan dan Mat Sabu rupa-rupanya mereka lebih chempera, kalut, gelabah puyoh dengan perubahan yang mereka sendiri buat. Bahang sokongan yang tiba tiba berkurangan cukup merisaukan kerana PAS sudah kehilangan 'modal' untuk memperalatkan 'Islam' dalam kempen politik.

Agaknya tergagap gagap ahli2 dan cabang PAS di kampong nak terangkan kepada penyokong mereka apa sebenarnya yang sudah berlaku di atas sedangkan sebelum ini PAS dilihat tidak berkompromi dengan mana mana usaha untuk mengurangkan Islam PAS.

Thursday, June 9, 2011

Saham Aspan kepada Pembangkang meningkat

Kemaskini:

Bagai pucuk dicita, tulisan Aspan disiarkan dlm blog Kit Siang - bertambah suburlah saham Aspan dalam pembangkang. Yang nyata Lim Kit Siang telah menggunakan tulisan Melayu untuk menghentam Melayu walaupun Lim Kit Siang sedar tulisan Aspan hanya sebahagian kecil dari kebenaran, yang lain lebih kepada dengki.

http://blog.limkitsiang.com/2011/06/10/menolak-pentadbiran-islam-dr-m-lebih-berjaya-dari-karpal-%E2%80%94-aspan-alias/
Publish Post


Aspan Alias sudah salah tembak Mahathir..

Seorang kawan memaklumkan dan menarik perhatian aku tentang Aspan Alias yang mengaku cukup dan penuh berpengalaman tetapi kerana begitu mabuk dan paronoid pada Mahathir terus menghentam Mahathir dalam blognya tanpa fakta sebenar.

Ini tembak angin Aspan: http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/06/menolak-pentadbiran-islam-dr-mahathir.html

Ini fakta sebenar: http://hhalem.blogspot.com/2011/06/pembohongan-dan-fitnah-besar-nik-aziz.html

Aku tukang baca dan tukang lapor.

3 comments:

matpanah said...

Salam bro,

Aspan ni hantu-hantu Semangat 46 yg masih kempunan kerana agenda untuk menobatkan Ku Li tak tercapai.

Tak habis-habis kutuk UMNO...kononnya UMNO sekarang ni palsu, tak ori...tapi mereka sendiri yang merangkak masuk ke dalam UMNO selepas Semangat 46 terkubur.

kluangman said...

wow bro..panahan tepat. saya juga tertanya tanya sebelum ini apa 'kesumat' yang tersumbat kepada mereka2 ini. Bagi mereka malaun lain seperti karpal, lim kit siang merupakan dewa yang lebih mulia dari mahathir.

marilyn said...

Aspan ni mmg sial.sehari klu tak dpt hentam Tun M blh demam gamaknya.bg aku penulisan aspan bukanlah hasil dari seorg yg profesional melainkan tulisan dari hati yg dengki.

Mat Sabu bercakap tentang bisnes dan ekonomi...


SHAH ALAM 9 JUN : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyifatkan sebagai “karut dan khurafat” laporan polis oleh Pemuda Umno yang mahukan perhimpunan Bersih pada bulan depan dibatalkan.

Dalam laporan polis yang dibuat petang tadi, Pemuda Umno dan tujuh pertubuhan bukan kerajaan yang menyokong Umno mendakwa Himpunan Bersih di Kuala Lumour pada 9 Julai akan menjejaskan keamanan dan mata pencarian peniaga.

Mohamad atau Mat Sabu berkata hujah yang diberikan oleh Pemuda Umno dan NGO berkenaan tidak masuk akal kerana hakikat adalah sebaliknya. Penyertaan orang ramai pada perhimpunan aman itu, akan merancakkan perniagaan penjaja dan peniaga, kata beliau kepada TvSelangor.

“Laporan polis ini satu perkara yang paling pelik, saya rasa ini cubaan UMNO menghasut,” kata beliau.

“Secara rasionalnya, apabila ramai yang hadir menyertai perhimpunan aman BERSIh sudah tentu mereka akan menggunakan perkhidmatan awam, makan, minum, jadi apa isu menjejaskan pendapatan, bukankah ia akan menambah pendapatan peniaga." kata beliau.

Penulis: Kalau begitu, elok hari hari dibuat demonstrasi untuk meningkatkan pendapatan rakyat.

Aspan Alias sudah salah tembak Mahathir..

Seorang kawan memaklumkan dan menarik perhatian aku tentang Aspan Alias yang mengaku cukup dan penuh berpengalaman tetapi kerana begitu mabuk dan paronoid pada Mahathir terus menghentam Mahathir dalam blognya tanpa fakta sebenar.

Ini tembak angin Aspan: http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/06/menolak-pentadbiran-islam-dr-mahathir.html

Ini fakta sebenar: http://hhalem.blogspot.com/2011/06/pembohongan-dan-fitnah-besar-nik-aziz.html

Aku tukang baca dan tukang lapor.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...