Friday, June 17, 2011

Mahathir faham Islam kalau pakai serban...



KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad disifatkan sebagai individu yang tidak faham Islam ekoran kritikannya mengenai Pas yang menukar agenda perjuangan parti itu dari menubuhkan kerajaan Islam kepada penubuhan sebuah negara kebajikan.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, Dr. Mahathir tidak faham bahawa perjuangan negara kebajikan yang diperjuangkan Pas itu merupakan sebahagian dari kandungan perjuangan negara Islam yang diperjuangkan oleh partinya.


“Merujuk kepada kenyataan Mahathir, itu menunjukkan bahawa beliau tidak faham tentang Islam, negara kebajikan merupakan sebahagian dari isi kandungan perjuangan negara Islam.
...................................

Bukankah hadi kata dalam Al Quran tidak ada Negara Islam??

Kalau asalnya PAS memperjuangkan Negara Islam secara total tetapi kenapa sekarang mengambil sebahagian dari isi kandungannya dengan 'Negara Kebajikan' sebagai perjuangan. Bukankah dokumen PAS pada 21//11/03 berikrar kepada Negara Islam - kena kuburkan sekarang atas sebab untuk meraih undi?!!!! PAS jangan lupa apabila india cina tepuk tangan mereka kata ' PAS sudah ikut kita"... Dan jangan lupa Bukankah Ibrahim Libya difatwakan syahid kerana mati untuk perjuangan Negara Islam????

Adalah lebih baik PAS kembali kepada perjuangan asal tetapi "Negara Kebajikan" wajar sekadar dijadikan slogan PAS menyamai 1Malaysia UMNO.

Atau sebenarnya Mahathir itu tidak faham tentang Islam sebab dia tak pakai serban sebesar puak PAS Khawarij dan Syiah???!! Puak PAS tertipu atas riak mereka sendiri yang percaya mereka lebih mulia, lebih hebat, lebih Islamik dari orang lain.

Apa hukum riak?? Bolehkah dibenarkan puak puak riak memimpin negara??


PAS yang makan cili...



Kartun Utusan Malaysia nampaknya telah mengenai sasaran yang tepat kepada PAS, hinggakan mereka mengambil tindakan memboikot. Nyata kartun itu tidak menghina Islam sebaliknya menghina pendirian PAS, mereka terasa pedasnya !!!!!!!

Setakat ini UMNO dan PKR tidak pula berpandangan kartun itu menghina Islam, kenapa PAS bersendirian melenting???

Di dalam PAS sendiri, nyata yang cukup terasa ialah Nik Aziz sedangkan pemimpin PAS yang lain agak 'membisu'.

PAS merasakan mereka 'lebih Islam' dari orang lain, berkemungkinan mereka anggap PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS. satu pemahaman yang sangat merbahaya pada umah dan keselamatan negara.

Nik Aziz dan pemimpin PAS hipokrik..





Ahli diminta boikot, pemimpin pulun baca... hakikatnya mereka bimbang ahli terpengaruh dengan 'kebenaran' Utusan Malaysia.

Pernahkah UMNO menghalang ahlinya membaca 'Harakah'???

Jika pun di Utusan dari segi politik tidak menyebelahi mereka, tetapi bagaimana dari segi lain lain seperti ekonomi, sukan, berita, rencana yang berbentuk ilmu, ada untungnya PAS boikot 'merokok' misalnya dari memboikot sesuatu yang mereka tidak suka atetapi sebenarnya tetap ada faedah secara positifnya.



KOTA BHARU, 17 Jun:
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyempurnakan Kempen Boikot Utusan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, sebentar tadi.
Majlis pelancaran kempen itu bermula sebaik sahaja beliau mengakhiri kuliah pagi Jumaat di Dataran Ilmu, di sini pada jam 10.15 pagi.
Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan memangkah perkataan Utusan Malaysia pada kain rentang sebagai simbolik pelancaran memboikot akhbar milik Umno itu.
Sebelum itu, Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman (gambar) dalam ucapan ringkas mengambil perkataan ‘Umno’ sebagai ungkapan kepada pemboikotan akhbar berkenaan.
Katanya, ‘UM’ adalah ringkasan kepada Utusan Malaysia dan ‘NO’ sebagai tidak, justeru 'katakan tidak pada Utusan’ dan ‘tidak pada Umno’.

Thursday, June 16, 2011

Sama dengan lanun..persepsi di utamakan








Memilih kerajaan yang dianggotai pembangkang ibarat memilih lanun untuk menghancurkan negara dan merompak rakyat, itu gambaran yang kena diberi oleh BN, PERSEPSI diberi keutamaan mulai sekarang. dedahkan niat sebenar mereka.

Arak dan maksiat akan berleluasa kerana PAS sudah mengamalkan kebajikan untuk semua. Islam dipinggirkan kerana ia menakutkan, pandangan Islam itu ganas dan merbahaya adalah pandangan barat, diskriminasi barat ke atas Islam.

Bloggers cabuk - bila rais nak jumpa dan rai..

16hb Jun 2011
Rais Yatim (tengah) bersama sebahagian penulis blog pada Sidang Kemuncak Penulis Blog dan Media Sosial Sedunia di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam. - BERNAMA

aHLI pas DISARAN BOIKOT uTUSAN - ular mak oii



INGATKAN DEPA TAK BACA UTUSAN..

“Saya sifatkan Utusan Malaysia sudah menjadi Denmark Malaysia dengan menyiarkan lakaran kartun tersebut,” kata Nik Aziz (gambar kiri) pada laman sosial Facebook beliau hari ini.

kalau video tidak boleh jadi saksi, kartun boleh ke???

Pening.. tak ada siapapun yang betul




BEERSIH untuk apa? Untuk menyatakan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia tidak betul? Kalau ada bukti kenapa tidak dibuat laporan polis? PDRM pun tidak betul? SPRM lagilah tidak betul! Kenapa tidak terus dibawa ke mahkamah? Mahkamah pun tidak betul? Kenapa tidak diusulkan ke parlimen? Parlimen pun tidak betul?
http://wrlr.blogspot.com/2011/06/anwar-penggantungan-kami-tidak-ikut.html

Jadi, siapa yang betul dalam dunia ini?????



Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...