Monday, September 12, 2011

Syaitan belum sms Nik Aziz....

KEMASKINI:
Dengan membahasakan dirinya 'tok guru', dengan nada merajuk Nik Aziz menyerahkan soal pencalonan kepada Parti dan katanya lagi, soal kesihatan, semua orang ada turun naik, takkan stabil selalu.

# Itu namanya masih tak sedar diri, nak tongkat langit, kenapa membiarkan parti dalam 'dilema' - kenapa tak jadi jantan, istihar mahu berundur untuk memberi peluang kepada pelapis. Soal kesihatan, Nik Aziz sudah dalam 'expired' - apa nak dalih turun naik?!!! Dah tahap kubur kata mari, rumah kata piii...

Dan janganlah berangan nak 'tunggu'  hingga ada yang pelawa untuk jadi PM pula..memang tak tercium kerusi itu. Mat Sabu lebih layak...


 
ASAL

Persaolan bila Nik Aziz wajar berundur dari MB Kelantan sama relevannya atas pergolakan di Kedah apabila pemimpin PAS Kedah sendiri sedang ghairah menghambat turun Azizan dari kerusi tersebut...

Nik Aziz mungkin tunggu syaitan untuk sms kepadanya... atau malaikat maut yang lebih cepat sampai.

Pemimpin PAS Kedah lebih berani dan praktikal sedangkan Husam Musa sekadar berangan angan di balik pintu...

Nik Aziz kini menjadi liabilti PAS Kelantan dan tidak mustahil akan terlepas kerajaan negeri jika Nik Aziz tidak berundur sekarang atau sudah terlalu lewat..

Andaian untuk Nik Aziz terus bertanding di PRU13 tetapi akan berundur sebagai MB selepas PAS kekal di Kelantan akan mengambil risiko tersendiri terutama calon yang bakal menjadi pemngganti Nik Aziz akan 'ditewaskan' oleh musuh dalaman dan rakan separti.

Tahu, buat2 tak tahu, kemudian ambil tahu, rupa2nya nak jadi hero...

Cukai 6 peratus caj telefon prabayar ditangguh

Pelaksanaan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah beliau mengadakan pertemuan bersama beberapa syarikat telekomunikasi di sini hari ini.
Menurutnya, kajian berhubung caj tersebut akan dilakukan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat komunikasi terlibat.

Apapun terima kasih tetapi soal kebaikan untuk rakyat, buat dan ambillah tindakan awal2 secara ikhlas...

Malaysia ada 2 pakar...


Keberuntungan Malaysia hari ini adalah kerana negara mempunyai 2 pakar, kedua-duanya bukan pakar dalam satu-satu bidang sahaja, bahkan meliputi apa sahaja, tanyalah kepakaran mereka tentang apa sahaja...dari soal ekonomi, kepada soal sejarah hinggalah kepada soal Islam...jawapan yang tidak termampu difikir oleh mana2 pakar sebelum ini.

Pengaruh kepakaran tahap tertinggi dan gaban mereka sudah tidak mampu diperalat atau dikawal lagi oleh DAP sehinggakan DAP kini sedang mengorak langkah mencari Melayu untuk mengisi kekosongan kedua-dua jawatan ini.

Bukan itu sahaja, kemaraan mereka juga tidak terkekang oleh Kerajaan hari ini.

Inilah wajah yang akan menguasai Putrajaya kerana sokongan kegilaan rakyat Malaysia juga.

Hishamuddin nak pinjam apa?

Apa yang dibisikkan oleh 
Hishamuddin kepada Zahid?

Apahkah zahid bersetuju?

Apakah Zahid ada tiga biji?

Atau juga ada dua biji?

Atau sama2 tak ada biji ...

Apakah akan ada perubahan kalau mereka saling bertukar jawatan?

Sunday, September 11, 2011

Ibrahim Ali jangan buang masa..

Ibrahim Ali wajar tanya Menteri berkaitan , mana dia teloq depa daripada sebok tanya Nik Aziz !!!

Sejak bila Nik Aziz terima wahyu boleh keluarkan fatwa?

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini secara sinis mempersoal sejak bila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'menerima wahyu' sehingga Mursyidul Am Pas itu boleh mengeluarkan 'fatwa' bahawa usaha UMNO untuk menawan Kelantan tidak akan mendapat balasan baik di akhirat kelak.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika benar Nik Abdul Aziz dimuliakan sehingga melayakkan beliau menjadi orang Melayu pertama 'menerima wahyu' daripada Allah, Mursyidul Am Pas itu perlu menjelaskan kepada seluruh rakyat negara ini nama malaikat yang ditugas untuk menjalankan amanah tersebut.
"Saya nak tanya sejak bila pula Nik Abdul Aziz ini 'terima wahyu' sehingga dia boleh mengeluarkan 'fatwa' berdosa jika kerajaan Pas Kelantan dirampas oleh UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti. Jika benar beliau terima 'wahyu' berkenaan, sebutlah malaikat mana pula yang ditugaskan menyampaikan wahyu itu?
"Pada Nik Abdul Aziz, semua yang berkait dengan UMNO berdosa. Apa yang tidak berdosa pada pemikiran beliau hanya bersubahat dengan DAP walaupun akhirnya yang menjadi mangsa adalah orang Melayu beragama Islam," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan itu yang mendakwa usaha UMNO Kelantan untuk menawan kembali negeri berkenaan daripada Pas tidak akan mendapat balasan baik di akhirat kelak kerana ia tidak selari dengan kehendak Islam yang kononnya diperjuang parti tersebut.
Mengulas lanjut, Ibrahim tidak sedikit pun setuju dan percaya dengan 'fatwa' karut Mursyidul Am Pas itu kerana yakin jika UMNO berjaya menawan kembali Kelantan yang sudah diperintah selama 21 tahun oleh Pas, rakyat negeri itu akan menikmati kehidupan lebih senang.
Jelas beliau, rakyat Kelantan tidak lagi akan dibelenggu dengan masalah air iaitu salah satu keperluan asas yang tidak mampu disediakan oleh Kerajaan Pas Kelantan walaupun sudah lebih dua dekad memerintah kerana pemimpinnya lebih sibuk berceramah berbanding memikirkan cara menyelesaikan masalah rakyat.
"Pemimpin Pas Kelantan yang diketuai Nik Abdul Aziz langsung tiada inovasi dalam pentadbiran meskipun untuk menyelesai masalah yang paling asas. Air bersih adalah keperluan asas, tapi apa yang Pas buat selepas 21 tahun? Mereka hanya pandai menuduh dan memburukkan orang lain dalam ceramah sahaja," katanya.

Saturday, September 10, 2011

Pengguna masuk perangkap dan dipermainkan...

KUALA LUMPUR 10 Sept — Syarikat telekomunikasi (telco) diminta mempertimbangkan semula cukai enam peratus terhadap pengguna talian pra-bayar sebelum isu itu dibawa ke Kabinet, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Saya sudah janji bawa perkara ini ke Kabinet tetapi saya harap telco mempertimbangkan dulu sebelum perkara ini dibangkitkan (dalam mesyuarat Kabinet),” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bank Rakyat di sini, hari ini.
Ismail Sabri berkata, isu menaiktaraf perkhidmatan telco telah berkali-kali dibangkitkan tetapi ia masih tidak diambil berat malah secara tiba-tiba telco mahu menaikkan bayaran perkhidmatan itu kepada rakyat. — Bernama

Telco pula sengaja menyerapkan cukai perkhidmatan bagi 'menjinakkan' pengguna untuk mengguna prabayar dengan pelbagai promosi dan hari ini jumlah jutaan pengguna telah terperangkap dengan keputusan ini? Adalah wajar hanya pengguna mudahalih prabayar yang berdaftar selepas 15hb september sahaja dikenakaan.

Friday, September 9, 2011

Sykt Telco, jadi alat pembangkang sabotaj kerajaan..

Bastardo punya syarikat telco, untung jutaan setiap tahun, tapi masih mahu menekan pengguna kerana kuasa monopoli yang mereka ada....

Najib berkata kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6.0 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.

"Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri," katanya.

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...