Friday, October 7, 2011

Pembangkang tolak kenaikan elaun ahli parlimen...

Pembangkang sewajarnya menolak kenaikan elaun dan kemudahan ahli parlimen seperti yang dicadangkan oleh Najib dalam belanjawan sebagai protes kepada satu belanjawan menggula-gulakan rakyat demi pilihanraya.

Dalam ketika semua pihak dan UMNO bantai Melayu kerana bergantung kepada subsidi tetapi di belanjawan kali ini Najib beri subsidi dan rasuah secara besar2an kepada rakyat termasuk kaum lain?

Kenapa tidak ada peruntukan khas untuk membina banyak lagi mahkamah syariah, tambahan perlantikan hakim mahkamah syariah dan peruntukan yang besar kepada jabatan ugama untuk  melancarkan lagi perlaksanaan hudud sekurang-kurangnya sebagai perauntukan sokongan kepada usaha PAS Kelantan melaksanakannya sebagai permulaan.


“Menyedari tanggungjawab, tugas dan beban kerja ahli-ahli Parlimen yang semakin bertambah dari hari ke hari dan perlunya kita memupuk budaya politik baru bersesuaian dengan program transformasi politik yang saya umumkan baru-baru ini, maka kerajaan dengan bercadang untuk mengkaji semula elaun dan kemudahan ahli-ahli Parlimen sekalian,” katanya ketika membentangkan Bajet 2012 di Parlimen petang ini.

Bagaimanapun kata Najib, “dengan syarat kedua-dua pihak... parti kerajan dan parti pembangkang mestilah seiya sekata bersetuju.”

Kata Najib, elaun baru itu akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan kadar kenaikan yang hendak dibawa.


Najib Goes After Voters With Fistfuls of Cash in Populist Elections Budget

Malaysia Chronicle
As expected, Prime Minister Najib Razak unveiled a Budget 2012 stashed with cash goodies aimed to lure voters back to the BN fold, but it was immediately shot down not just by opposition but also by financial experts who gawked at his overly rosy economic projections.
In Budget 2012, Najib forecast GDP growth of 5 to 6% while the deficit was to drop to 4.7% from a projected 5.4% in 2011.
“That’s a pretty bullish outlook relative to the street and relative to ourselves as well. We’re looking at 4 per cent this year and 4.2 per cent next year. Second-half growth has to turn up to 5.5 per cent to average even 5 per cent. So that looks a bit optimistic from my view,” Hak Bin Chua from Merrill Lynch Bank of America told Reuters

Belanjawan - Pembangkang kena hudud..

Umumnya belanjawan 2012 Najib jauh lebih baik daripada yang dijangkakan, satu tamparan bagai satu hukum 'hudud' buat pembangkang. Selepas ini 'isu' akan lebih bersekitaran kepada belanjawan dan ini menyelamatkan PAS dari persaolan 'hudud' yang sudah dirancang 21 tahun tetapi tidak pernah dilaksanakan.

Tiap kali pilihanraya, PAS terpaksa berkobar-kobar  semula tentang hudud kerana bimbang akan dijadikan 'senjata' untuk menikam PAS oleh UMNO .

Seperti gesaan Bari, rakyat PAS mesti sokong semula PAS memerintah di Kelantan adalah satu gambaran PAS kini sudah terhidu 'kemusnahan' dan penolakannya oleh rakyat Kelantan.

Nak tanya papa rock Kelantan, Nik Aziz - air yang bersih dan hudud mana satu yang penting di Kelantan?

Jawapannya: Kedua-duanya sama penting dan kedua-duanya gagal dilaksanakan oleh PAS.


Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad menegur kerajaan PAS Kelantan kerana tidak pernah serius memberi penerangan kepada masyarakat mengenai hukum hudud sekalipun sudah meluluskan peruntukannya hampir 20 tahun lalu..........

Wednesday, October 5, 2011

...bawa senjata tajam nak basahkan darah orang cina - Mahfuz

"Operasi Lalang tahun 1987 yang menyebabkan ramai yang menjadi mangsa ISA termasuk saya sendiri dan beberapa orang yang ada dalam Parlimen hari ini, ekoran ketegangan kaum yang berpunca daripada kenyataan Najib mewakili Pemuda Umno dan Lim Kim Sai mewakili MCA.

"Berlaku cabar mencabar hingga kepada peringkat nak mengadakan perhimpunan sejuta umat melayu, dibuat road show dengan membuat kenyataan hasut Orang Melayu hadir perhimpunan dan bawa senjata tajam untuk basahkan darah Orang Cina dan bawa mancis api untuk bakar rumah orang cina," katanya.

Tajuddin terus bangun meminta beliau menarik balik kenyataan tersebut namun ditegur oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan menyuruhnya duduk.



Ekoran itu juga Tajudin yang kecewa dengan tindakan Speaker, keluar meninggalkan dewan.

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen selepas itu, Mahfuz sekali lagi menegaskan beliau tidak akan menarik balik kenyataannya itu kerana mempunyai bukti.

"Saya tidak menarik balik kenyataan saya dalam dewan tadi, sebaliknya kalau itu dianggap kenyataan menghasut boleh heret dan dakwa saya di mahkamah.

"Saya hanya menyebut sejarah bagaimana isu salah guna kuasa apabila Menteri Dalam Negeri diberi kuasa dan menyalahgunakan kuasanya," katanya yang pernah menjadi Ketua Pemuda PAS sebelum ini.Hrkh

sebok dengan hudud..

Pemimpin sebok dengan hudud? Tapi bagaimana yang ini? Inikah Islam?





Apakah ada perbezaan dengan yang ini.

Belanjawan: Mat Sabu lebih cerdik dari Anwar

Dah malas nak tulis, kalau tulis pun tak ada isi, low class lagi..

Tapi kan dah cakap, blog ni santai tulis santai baca..jadi tak adalah apa apa nak rasa tekanan atau salah faham dengan sesiapa...ada mood tulis, tak ada mood atau bz, tinggalkan sahaja...ada masa sambung lagi.

Yang menarik sekarang ialah belanjawan terutama belanjawan Anwar yang macam main 'pondok2'..suka mulut mak bapak dia buat belanjawan dan lebih teruk itulah cerminan 'antara kemaruknya' dia nak pegang PM dan Menteri Kewangan yang tak dapat2 selepas terlepas...

Kalau pembangkang menang pun, rasanya lebih baik mat sabu jadi PM dari anwar. Sekurang-kurangnya mat sabu ni merapu dan gelojoh, terhibur juga hati rakyat dengan lawak bodohnya. Kalau Anwar jadi PM, pening rakyat dengan putar dan lidah bercabangnya...masalah sosial gay akan meningkat, penyundalan berganda dan anak2 lelaki remaja terancam...

Jadi, pilih punya pilih, memang najib lah yang terbaik dan paling bagus di malaysia sekarang ni, dia layan rakyat samarata, dia tak ada pilih kasih, pantang minta, dia bagi... baginya melayu dah dapat banyak sejak dulu, apa salah sekarang bagi pula pada kaum lain, itulah keadilan namanya.

Orang UMNO kena faham bahawa najib bukan sahaja Presiden UMNO tetapi juga Presiden dan Pengerusi BN, dia kena utamakan BN, kalau BN kalah apa guna jadi Presiden UMNO yang tidak berkuasa, dalam UMNO itu sahaja yang 'terbaik' yang mampu ada.

PAS pilihan terbaik..malas aku nak ulas, tadi dah sentuhpun hal mat sabu, itulah produk terbaik PAS, dipilih sebagai Timbalan Presiden...takkan nak nafikan cerdik pandai perwakilan yang kebanyakkannya berserban !!

Orang Melayu masih ada pilihan semasa PRU13 nanti, mendiamkan diri, tidak kleuar mengundi? Lu siapa mau kata 'jangan' jika itu pilihan yang dibuat!!??

Monday, October 3, 2011

DAP 'israel kecil'

Ketika rakyat mula tersedar tentang kepincangan UMNO dan kurang ajarnya kaum cina dan india yang tidak ikhlas dalam perkongisan kuasa, mereka dendam dan irihati ketika berkongsi kuasa tetapi mula mengugut dan belot ketika melihat kuasa Melayu makin lemah kerana berpecah.

Bolehkah dibayangkan nanti corak pemerintahan mereka jika kuasa terlepas ke tangan mereka? Apakah Melayu dan Islam mendapat tempat seperti sekarang? Seburuk-buruk UMNO ia lebih bersifat peribadi kepad apemimpin tertentu tetapi umum Islam dan Melayu masih dalam keudukan yang terpelihara.

Seburuk-buruk UMNO, bukan Islam dan bukan Melayu masih bebas dan selesa untuk terus jadi warganegara, sudah berapa banyak pengorbanan yang telah dibuat oleh Melayu???????????????????????????????????  Apakah selalu dengar unkapan terima kasih mereka atau sekadar 'rungutan demi rungutan mereka?

Soal jika mahu Melayu dan Islam termaju dan terhebat ia banyak bergantung kepada  Melayu dan Islam itu sendiri kerana kerajaan UMNO hanya memberi kemudahan dan dorongan awal.

Kekurangan dan kelemahan UMNO ini sepatutnya sudah terisi dan diganti dengan satu perjuangan lain seperti PAS yang dulunya sangat istiqamah dengan perjuangan Islam.

Mmalangnya PAS hari ini lebih teruk dari UMNO pula dari segi 'kerakusan' dan 'kemaruk' kuasa yang berlebihan sehingga sanggup 'berkompromi' dalam beberapa perkara pokok termasuk syubahat dalam soal2 dosa2 besar atau soal2 kemusnahan masa depan ummah.

Amanah rakyat Kelantan kepada PAS juga tidak berbaloi dengan kemunduran dan kemiskinan infrastruktur yang gagal dijalankan oleh pemerintah PAS, mereka lebih sebok dengan 'cakap pandai' di ceramah tetapi 'bisu' dan tidak ada idea untuk bekerja memajukan rakyat. Sememangnya tepat seperti perumpamaan, orang yang bercakap banyak adalah puak yang paling sikit buat kerja.

Jika Israel sangat jijik di kacamata Islam sedunia sewajarnya DAP juga wajar dilihat oleh seluruh umat Melayu dan Islam termasuk PAS sebagai 'Israel Kecil' yang menentang Islam secara terang2an.

PAS tanpa Nik Aziz dijangka lebih baik pada masa hadapan kerana kekuatan musyawarah itu lebih penting dari  fikiran yang datang dari satu kepala, apalagi kalau kepala itu 'kepala angin' dan punya 'hati yang dendam' dan berkawan pula dengan syaitan dan jin. Malangnya kesempatan terbaik di PRU13 ini di sia2kan oleh PAS akibat berkawan dengan israel kecil yang tidak mungkin dapat menawan hati marjoriti pengundi Islam. Mengharapkan undi bukan Islam sekadar menjerumus PAS kepada tunduk dan takut kepada kuasa bukan Islam.

Itukah halatuju PAS?

Sunday, October 2, 2011

Najib jawab Mahathir...

Mahathir menyatakan UMNO akan kalah teruk jika piliharanya dilakukan sekarang kerana dua faktor, pertama kerana UMNO masih berpecah dan hilang semangat dan keduanya UMNO perlu kembali semula kepada perjuangan asal.

Mungkin saranan dan ingatan itu silap dan sedikit pun tidak membimbangkan Najib kerana dia berkeyakinan apa yang dilakukan sekarang memihak kepada UMNO lebih2 lagi ahli2 UMNO sudah tidak punya pilihan kecuali menerimanya sebagai yang terbaik malah sikap komponen sangat2 menyukai semua langkah2 yang dilakukannya.

Dalam ketika Mahathir memperingatkan tentang puak di dalam UMNO, Najib secara spontan menjawabnya dengan memperingatkan pula agar MCA tidak berpecah lebih dari satu seolah-olah menafikan UMNO juga berada dalam kedudukan yang sama.

Bagi Najib, Melayu sudah tidak perlu pergantungan kepada kerajaan, tidak perlu subsidi atau peruntukan khas sebaliknya harus maju bersaing demi maruah tetapi dalam masa yang sama segala bentuk subsidi dan peruntukan khas menjadi-jadi dan makin galak disalurkan pula kepada bangsa yang kononnya bukan subsidi atau muka 'tempel' seperti cina atau india.

Pantang bersuara, Najib cepat2 hulurkan pada sekolah jenis cina atau india dalam segala bentuk erti bantuan malah gereja juga mendapat tempat lewat kebelakangan ini. Apakah ini yang dimaksudkan reformasi atau pembaharuan yang didewa-dewakan Najib?  Dan hari ini Pemuda MCA minta kerajaan memperuntukan tambahan bantuan lagi dan MIC pula minta 5 juta untuk membantu kaumnya?

Dalam ketika Melayu mahu ditolak jauh untuk menjadi bangsa subsidi, kaum2 lain pula akan dimanja-manjakan dan mengambil tempat?  Apakah ini yang Najib maksudkan UMNO kembali kepada perjuangan asal dan sama maksudnya dengan Mahathir.

Walaupun bapa Najib, Tun Razak pernah menjadi Perdana Menteri tidak bererti Najib boleh memerintah negara ini seperti negara ini mak bapak dia punya dan jangan kerana terdesak untuk terus berkuasa, semua dan segala atas nama 'Melayu' mahu dijual murah2.

Ketentuan untuk UMNO dan BN menang kali ini bukan ditentukan oleh undi kaum cina atau india tetapi ditentukan oleh kekuatan penyatuan Melayu...semakin mengikut telunjuk kaum asing dan meminggirkan hak Melayu sekadar memberi keyakinan dan semangat kepada mereka bahawa orang Melayu sudah lemah dan inilah masanya kepala Melayu dipihak-pijak.

Apakah Mahathir akan terus membiarkan UMNO ranap dan musnah di tangan Najib atau bangkit sekali lagi untuk membetulkan keadaan.  Nyata Mahathir sudah tidak mampu untuk kali ini dan akan kecewa dengan segala yang bakal dilihatnya...

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...