Sunday, March 11, 2012

Masih nak lagak...

Bukan letak jawatan - satu pembohongan kerana tidak dilantik semula sebagai senator - bukankah itu hakikatnya?  Dalam ketika UMNO nak rebah pun masih ada pemimpin dalam UMNO yang masih tidak sedar diri !!!

Ini sekadar satu contoh pemimpin di dalam UMNO, mungkin banyak lagi...

Sunday, March 4, 2012

Antara sebab BN kalah PRU13 - UMNO khianat

3) Kekecewaan orang2 Melayu termasuk ahli2 UMNO terhadap kelemahan kepimpinan Abdullah Badawi semasa menjadi PM masih belum terubat sepenuhnya kerana kelemahan itu adalah satu 'pengkhianatan' dan merupakan satu titik tolak permulaan Melayu dan Islam secara total dipertikai, dipersoal dan digasak sehingga ke hari ini. Dalam masa yang sama tidak ada seorang tokoh UMNO pun yang 'sedang berkuasa' mampu menangkis, menjawab dan membalas dengan berani...semuanya seumpama kecut telor. Lebih teruk lagi makin banyak hak keistimewaan orang2 Melayu terlucut, tergadai dan terhakis sebaliknya di pihak sana makin mendapat banyak keistimewaan.

Najib belum mampu menyembuhkan luka2 tersebut, malahan 1Malaysia adalah ruang dan peluang yang terus dipergunakan untuk menindas Melayu dan Islam.

Tidak hairan, kekecewaan ini akan terus diterjemahkan untuk tidak mengundi BN sekali lagi pada PRU13 ini.

Monday, February 20, 2012

Antara sebab BN kalah PRU13

2) Kakitangan kerajaan adalah di antara turut merosakan lagi reputasi kerajaan BN kerana mereka lebih sebok 'memperjuangkan gaji' dari memperjuangan 'perkhidmatan yang lebih cekap, bersih dan amanah' kepada rakyat.Servis yang buruk kepada rakyat akan mencerminkan kerajaan sekarang.Golongan guru juga turut berada dalam keadaan yang sama. Pendididkan bukan lagi berteraskan 'ikhlas' tetapi lebih kepada 'gaji'.

CUEPACS mahu tarikh kuat kuasa SBPA kekal pada 1 Jan

20/02/2012 4:23pm

PUTRAJAYA 20 Feb. — Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu tarikh kuat kuasa Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan pada 1 Jan lepas, dan tunggakan gaji dibayar kepada semua penjawat awam dari tarikh itu.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, permintaan itu adalah wajar memandangkan kerajaan sebelum ini menetapkan tarikh kuat kuasa SBPA bermula 1 Jan tetapi pelaksanaan sahaja ditangguhkan berikutan semakan semula beberapa perkara dalam skim baru itu.
"Jadi permintaan Cuepacs ialah supaya tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Jan itu dikekalkan. Itu yang kita mahu. "Ia juga adalah satu perbincangan sewaktu saya bertemu dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tempoh hari. Jadi kekalkan tarikh kuat kuasa itu, tangguh pelaksanaan, semak semula dan sehingga dapat penyelesaian dalam tempoh tiga bulan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. —BERNAMA

 

1) Golongan remaja fokusnya kepada lepasan IPTA/S marah dan tidak bersetuju dengan dasar kerajaan yang menafikan dan menyempitkan peluang pekerjaan ke atas mereka dengan dasar melanjutkan usia persaraan kakitangan kerajaan dari 55 ke 60 tahun dan di swasta diurakan persaraan pada 60 dan  pilihan sehingga 64 tahun

Thursday, February 16, 2012

Antara sebab BN kalah PRU13

1) Golongan remaja fokusnya kepada lepasan IPTA/S marah dan tidak bersetuju dengan dasar kerajaan yang menafikan dan menyempitkan peluang pekerjaan ke atas mereka dengan dasar melanjutkan usia persaraan kakitangan kerajaan dari 55 ke 60 tahun dan di swasta diurakan persaraan pada 60 dan  pilihan sehingga 64 tahun

Wednesday, January 11, 2012

PDRM wajar dipersalahkan

Nasib baik Anwar bebas, kalau disabit kesalahan, apakah mampu polis mengawal keadaan? Oleh itu PDRM jangan mendabik dada mengaku dapat mengawal keadaan.. (kecuali kebenaran berhimpun diberi atas dasar percaya dan sudah maklum 'Anwar tidak akan disalahkan??!!)

Malaysiakini melaporkan:

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata adalah "tidak masuk akal" bahawa ketiga-tiga letupan yang berlaku di perkarangan kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada hari Isnin lalu dilakukan oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Ini kerana, katanya bom-bom berkenaan telah menyebabkan kecederaan kepada penyokong Pakatan sendiri dan merosakkan beberapa kenderaan mereka.

"Polis kena perjelaskan dari pihak mana. Takkan orang yang simpati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang letak hingga kereta exco pun kena," katanya kepada Malaysiakini. - Mkini.

Tuesday, January 10, 2012

Siapa yang makin bersih? Anwar @ UMNO?

Bebas dan lepas Anwar:
Membersihkan UMNO dari tuduhan konspirasi
Membuktikan tiada campurtangan kerajaan atau UMNO dalam sistem penghakiman
Anwar yang dituduh liwat pun mampu melepaskan diri apatah lagi Najib yang hanya sekadar difitnah (altantuya) di luar gelanggang mahkamah.
Anwar bebas dan lepas kerana kekurangan bukti 100% walaupun ada unsur menyatakan adanya 'berlaku' liwat, sama seperti kes pertamanya terdahulu.
BN berjaya mengurangkan 'isu'

Bebas dan lepas Anwar:
Kekecewaan kepada pemimpin PAS dan DAP kerana terpaksa menanggung ' biawak hidup' yang berterusan.
PAS dan DAP terpaksa banyak menghabiskan masa menjawab kepada penyokong masing2 soal 'moral' Anwar
PRU13 tidak memberi kelebihan kepada pembangkang untuk meraih undi simpati jika anwar 'dipenjara'
Kekecewaan kepada Azmin yang mengidam menjadi PM proxy kepda Anwar
PKR dan Keadilan khususnya dan Pakatan Pembangkang amnya akan berdepan dengan 'perpecahan' yang berterusan kerana faktor 'penyatu' tidak ada.
Pembangkang kekurangan isu terhadap BN

Sunday, January 8, 2012

Hakim MAHA adil..

....untuk Anwar

 

Kes liwat: Anwar Ibrahim dilepas, dibebaskan daripada tuduhan

09/01/2012 9:45am

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa. – UTUSAN

SEDIKIT KELEGAAN: LGE AKUI KEBERKESANAN PAS DALAM KERAJAAN

PERANAN PAS SANGAT DIHARGAI.... PAS PERLU TINGKATKAN PENGUASAAN KERUSI UNTUK MENANG DAN DOMINAN