Friday, May 11, 2012

kalau 'dia' ni join PAS..UMNO pasti bungkus..gulung tikar.

Dah lunyai baru nak 'diterima' belum tentu 'sah' lagi....

Kalut gempita...

Tu belum penyanyi tahap Siti, jutaan peminat, kalau siti join PAS, mahu depa canang sampai masjid marbawi sekali lagi bawa spanduk dan banner.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menerima borang keahlian ahli PAS daripada penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin di Markas Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar, Jumaat 11 Mei hari ini, jam 9.30 malam.

Puak PAS intai..berbulu pun ada


Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan

Puak PAS memang boikot Utusan, memang benci UMNO, dimulut memang macam tu..tapi di hati lain pula.
Masih terjenguk, mengintai, masih nak ambik tahu, benci tapi mahu..

Kalau tanya pada anwar dan assimin mereka sebenarnya pun rindu suasana itu...

Jom tengok gambar-gambar ni, jangan malu-malu...
dah tengok memang le geram ada, berbulu pun ada, gerun pun ada, tumpang bangga pun ada... kan bagus macam tu sebab kita masih bersaudara, itu yang disebut dalam AlQuran dan hadith, tak gitu poknik !... lantaklah kalau poknik tak setuju




( cukuplah sekeping dua, layari lain2 blog yang lebih hebat liputan mereka )

Untuk makluman puak PAS, yang datang ni memanglah majoriti di angkut dengan bas dan kapalterbang dari seluruh negeri negeri termasuk sabah sarawak dan antarabangsa.

UMNO bagu duit saku, pelbagai kememudahan lain termasuk penginapan makan minum dan sebagainya.

Mereka diberi duit saku untuk datang berhimpun secara aman dan patuhi undang2, hormati fatwa.
Pasti mereka jadi ibu bapa yang bertanggungjawab, tidak pikul anak2 kecil untuk jadi perisai, paling pasti mereka tidak terajang polis atau melompat atas kereta polis dan merosakkan harta awam lain.

    

pru13-siap sedia kita pilih PM baru...hanya Melayu haprak sahaja yang tak suka..




Pilih salah satu dari calon ini, setiap seorang sudah terbukti layak kerana mempunyai ciri keutamaan boleh diperkudakan DAP. Khabarnya sudah ada yang dapat advance dan termakan budi. Bau kerusi empuk Putrajaya makin wangi tetapi jangan lupa bau 3K (Kapas Kapan Keranda ) juga sudah hampir. Kegopohan dan tamak kuasa menjadi matlamat menghalalkan cara.
Diperhatikan sekarang apa yang PAS selalu kutuk pemimpin UMNO sejak dahulu lagi kini  mereka lakukan secara tegar. Mereka kutuk keyika UMNO memilih MCA seaai komponen tetapi hari ini mereka sebantal DAP, mereka tolak hadhari tapi kini mereka ganti dengan kebajikan, mereka kata UMNO tidak Islamik menolak hudud tapi hari ini mereka kata hudud bukan keutamaan.
Ketika UMNO terus membaiki diri PAS pula reverse masuk gaung. Kesabaran perjuangan mereka berpuluh tahun dan ketika hanya menunggu untuk memetik hasil akan musnah dalam sekelip mata. Kegagalan Hadi dan tidak berkarisma sebagai Presiden adalah antara punca musuh dalam selimut di kalangan pakatan pemangkang mudah melanyak mereka.

Mereka juga diterima diperingkat antarabangsa. Yahudi akan hantar pelbagai bentuk penyamaran bagi menaikan imej pembangkang untuk mereka dibuai mimpi.









Calon dibawah ditolak dap secara psikologi kerana mereka lebih kotor, sukar dikawal dan tidak boleh dipercayai. DAP akan menolak mereka secara total pada ketika dan masa yang sesuai, tunggguuuuuu...
Al-Jubr dan Al-Jamb




Kesimpulan: DAP telah berjaya menolak naik beberapa pemimpin Melayu yang boleh diperalatkan dan dalam masa yang sama menolak jatuh beberapa pemimpin Melayu yang sukar dikawal. Pecah dan perintah matlamat mereka sudah hampir dan yang akhirnya matlamat mereka memusnahkan UMNO untuk melengkapkan satu bentuk penjajahan baru berkiblatkan selatan tanah air.

Thursday, May 10, 2012

Saolan tadika untuk Isa Samad

Tentang Saham FGVHB

Yang bersetuju -
sejauh mana mereka faham?
Apa yang mereka difahamkan?
Apa yang mereka faham?

Apakah kerana mereka digembirakan dengan durian runtuh maka bererti mereka sudah faham? Soal duit tentu semua orang mahu dan gembira tetapi bukan berereti mereka faham segalanya.

Sudah tentu FGVHB (nak menyebutnya pun peneroka dah tergeliat lidah) ada baiknya dan sudah tentu juga ada tidak baik atau risikonya. Apakah kedua-dua perkara sudah diterang sejelas-jelasnya kepada peneroka?

Yang tidak bersetuju - kenapa tidak kumpulkan mereka, dengar persaolan mereka dan jawab persaolan mereka - susah sangat ke nak buat macam tu. Kalau benda baik, benda betul tanpa agenda tersembunyi sudah tentu tiap persaolan ada jawapan yang masuk akal.

Kerajaan tidak wajar melihat dan menuduh 'kumpulan yang tidak bersetuju' ini  kononnya mereka dipengaruhi pembangkang dari sudut kacamata politik semata-mata dan sepanjang masa. 
Pendekatan menjadi pendengar yang baik kepada semua pihak adalah lebih bijak dan tepat dari takut kepada bayang2 sendiri jika betul2 ikhlas membantu masyarakat felda.

Saya telah menemui beberapa masyarakat dari kedua dua golongan di atas termasuk kakitangan felda dan TIDAK SEORANG pun mampu memberi penjelasan sebenar2nya dan versi antara seorang dengan seorang cukup berbeza antara satu sama lain hingga tidak tahu versi mana satu yang betul.

Anda sendiri wajar mencari kebenaran ini dengan berjumpa beberapa peneroka dari kedua-dua pihak untuk mendegarnya sendiri.
Saya percaya anda sendiripun tak faham !!!



sebahagian persaolan ada di sini

dan lagi di sini
http://msomelayu.blogspot.com/2012/05/menjelang-tengahmalam.html

PAS dan UMNO bergaduh = Melayu rugi


Pemimpin PAS Kedah dan Kelantan mcm langit dengan bumi...

tabik spring kepada pemimpin2 pas kedah yang berani bersuara malah bertindak ke atas MB Ostat zizan di atas beberapa perkara dan isu yang tak betul.

berbanding dengan pemimpin2 pas kelantan yang kononnya lebih berilmu tapi cukup takut nak beramal dengan ilmu yang tinggi itu untuk menegur MB poknik.

Masing2 lebih suka diam dari membuat teguran kerana menjaga potensi dan tuah badan kalau2 ditunjukkan poknik untuk mengantikannya.

Kepimpinan dan pentadbiran poknik sama dan lehih kurang carca marba kepimpinan paklah semasa jadi PM.

Bagaimanapun cakap2 belakang sudah ada samada secara sopan atau kasar untuk minta poknik berundur cuma proses ini dilambatkan sebab mereka belum bersatu hati nak pilih siapa pengganti poknik yang sesuai.






PAS Kawasan Rantau Panjang semalam dilaporkan telah mencadangkan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat untuk bertanding dua kerusi pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) ini, iaitu satu kerusi Parlimen dan satu di Dewan Undangan Negeri.

Cadangan yang dibuat oleh PAS Cawangan Banggul Setol di Kelantan itu diluluskan sebulat suara oleh seluruh ahli di situ tanpa perlu dibahaskan.

Menariknya, cadangan itu dikatakan telah mengundang beberapa tokoh PAS di Kedah untuk mengulas mengenai pencalonan Mursyidul Am PAS yang disifatkan terlalu uzur dan keluar masuk hospital itu.

Malah, ada di kalangan mereka yang tanpa kias atau berlapik menyatakan bahawa cadangan tersebut sengaja dibuat untuk “membunuh” Nik Aziz secara halus!

Menurut seorang pemimpin PAS Alor Setar yang enggan disebutkan namanya, cadangan “maut” itu hanya akan membuat Mursyidul Am itu “terkangkang” dengan beban tugas yang dipikulnya.

“Kalau nak ambil hati Nik Aziz pun, berpada-padalah. Dia kan selalu semput..masuk ICU..hospital tu macam rumah keduanya dahhh..elok bersara saja,” katanya sambil disokong oleh rakan-rakannya.

Menurut satu lagi komen dari pemimpin PAS yang ditemui di kawasan Sungai Petani semalam, dia yang juga enggan disebut namanya memberitahu bahawa cadangan tersebut mungkina adalah salah satu usaha untuk menganiaya Nik Aziz.

Namun begitu, dia juga tidak menolak bahawa cadangan tersebut mungkin dibuat untuk menyindir Mursyidul Am itu secara halus.

“Tu nak naya Tok Guru la tu…kalau dak pun, depa nak sindir dia. Sebelum ni Tok Guru kata nak bertanding sampai mati…,” ujarnya.

Bagaimanapun, seorang pemimpin PAS dari kawasan Kota Sarang Semut menyatakan bahawa berkemungkinan cadangan itu dibuat untuk menyingkirkan Nik Aziz dari terus menjadi Menteri Besar Kelantan.

Menurutnya, dia difahamkan bahawa hampir majoriti rakan-rakannya di Kelantan sudah “bosan” dengan pemerintahan Mursyidul Am itu yang dikatakan tidak pro-aktif, lembab, dibonekakan oleh orang-orang kanannya dan tidak maju ke hadapan.

“Kawan-kawan saya ramai yang merungut pasal Tok Guru. Depa takmau Nik Aziz jadi MB dah..tapi depa malu nak habaq. Lebih kurang macam Azizan di Kedah ni laaa..” ulasnya mengaitkan Nik Aziz dengan senario politik di Kedah.

Bagaimanapun, para pemimpin PAS yang dianggap sudah “veteran” di Kedah itu sebulat suara bersetuju untuk Nik Aziz berundur dari dunia politik memandangkan usia, kesihatan dan keadaannya yang semakin uzur serta tidak mampu lagi menjalankan tanggungjawab dengan baik.

PAS Kelantan nak bina masjid di dasar laut...UMNO terkedu...

22 tahun memerintah berapa biji agaknya masjid atas darat yang PAS buat.

Boleh mimpi tapi jangan harap sangat masjid di dasar laut akan termampu buat oleh nik ajih.

Idea perjuangan membangun bersama Islam lebih fokus bagaimana nak berdemonstrasi dan berguling atas jalan. Itu sahaja yang jadi agenda utama mereka selepas tahu untuk menang secara aman melalui pilihanraya sudah tidak mungkin dan tipis.

PAS lebih banyak pamerkan perjuangan Islam mereka dengan kata2 di atas pentas dan berguling di jalanan. Kelantan sewajarnya sudah jadi model Negeri Islam termaju tercanggih di dunia selepas 22 tahun memerintah kalau berdasarkan hujah hebat mereka tapi hari ini, apa hasilnya.  Cukupkah plaza tok guru yang lengang, panas dan sempit tu jadi kebanggaan.

ARAB SAUDI- Para penyelam Arab Saudi telah membangun Masjid bawah laut pertama di dunia dan mungkin pertama dalam sejarah.


"Salah satu rekan kami datang dengan ide ini pada musim panas lalu dan kami memutuskan untuk melaksanakannya," kata Hamadan bin Salim Al Masoudi, seorang penyelam, kepada Emirates 247.

Masjid tersebut dibangun oleh sekelompok penyelam swasta di dalam laut di barat laut kota Tabuk.

Para penyelam itu hanya menggunakan pipa plastik yang diisi oleh pasir untuk membangun ruangan Masjid bawah laut. Ketika mereka selesai menyusun pipa-pipa plastik tersebut, tepat datang waktu sholat ashar, maka mereka melaksanakan sholat berjama'ah.

"Maka kami melaksanakan sholat berjama'ah di Masjid bawah laut pertama dalam sejarah."

Ide pembangunan Masjid bawah laut ini, datang setelah galangan kapal dari Dubai mengumumkan rencananya untuk membangun sejumlah hotel bawah laut di perairan Uni Emirat Arab. Maka para penyelam itu membangun Masjid di bawah laut sebagai respon atas rencana Dubai tersebut. Pembangunan hotel di bawah laut oleh para kapitalis memungkinkan terjadinya kerusakan ekosistem laut, yang akan merusak keseimbangan alam. (siraaj/arrahmah.com)

Wednesday, May 9, 2012

fatwa nik aziz lebih tepat

fatwa nik aziz hanya kepada yang berugama pas.

“…apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata.”

Nik Aziz juga menuduh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai tidak tahu menahu mengenai tuntutan BERSIH, tidak mendengar penjelasan ke dua belah pihak serta bersifat berat sebelah.

fatwa Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan hanya untuk yang berugama Islam

Tidak perlulah orang Islam bertegang urat dengan orang berugama PAS

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...