Thursday, May 17, 2012

Hadi: Muzakarrah dengan UMNO - hanya pandangan peribadi poknik sahaja

Apa mungkin, muzakarrah dengan UMNO hanyalah pandangan peribadi Nik Aziz dan bukannya kenyataan rasmi parti, apakah Hadi akan katakan sedemikian rupa juga ?





KUALA LUMPUR 16 Mei - Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap gesaan Datuk Harun Taib berhubung pelaksanaan hukum hudud bersifat peribadi dan tidak mewakili pandangan parti adalah sesuatu yang mengejutkan.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, beliau sendiri tidak pernah terfikir ulama besar seperti Abdul Hadi boleh melemparkan kenyataan negatif sedemikian terhadap Ketua Dewan Ulama Pas itu.

Jelasnya, ia bukan sahaja menjatuhkan martabat rakan seperjuangan tetapi boleh dilihat sebagai usaha tersembunyi melaga-lagakan kedua-dua pemimpin utama parti berkenaan.

"Saya tersentak membaca ulasan Presiden Pas mengenai gesaan yang dibuat oleh Ketua Dewan Ulama Pas berhubung perlaksanaan hudud. Saya benar-benar terkejut dan terus meneliti komen beliau...." - UM

Wednesday, May 16, 2012

Apa jenis Melayu yang masih ada di DAP ?


 Kebiasaannya apa sahaja najis tersimbah ke muka mereka atas tindakan mereka sendiri, mereka akan mudah menuduh UMNO sebagai dalangnya.
Dalam kes Tunku Aziz yang keluar DAP,  belumpun sempat DAP dan konco2nya  kelaziman menuding kepada UMNO, Tunku Aziz sendiri sudah membuka pekung, kurap dan kudis di dada DAP yang cuba 'merasuahnya' hingga DAP tidak lagi berani melawan sebaliknya menyatakan penghargaan kepada Tunku selama berada di DAP untuk menutup buruk laku mereka sendiri.

Tinggal lagi segelintir Melayu di dalm DAP sekarang ni yang masih menyalak mengikut rentak tuannya, agaknya apakah jenis Melayu yang masih berada di DAP jika dibandingkan dengan jenis Melayu Tunku Aziz.

Apa yang terjadi kepada Tunku yang pernah ditatang dan ditempatkan  yang paling tinggi sebagai Naib Pengerusi akhirnya jatuh gedebuk macam kelapa busuk.Apakah tidak emnjadi pengajaran? jadi tak hairanlah apakah jenis layanan yang Melayu lain dalam DAP akan dapat di masa mendatang.

Mungkin mereka masih enak walaupun diberi makan dalam pinggan 'plastik' ditepi jamban busuk.

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...