Friday, May 18, 2012

Muzakarrah UMNO PAS selepas PRU13..


Jika saolan poknik 'kenapa ada orang hendak tolak Islam' maka wajar persoalan, perbincangan dan muzakarrah ditujukan kepada anwar dan DAP kerana mereka yang tolak Islam bukan UMNO. Malah sekarang ni pun PAS sendiri tolak Negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud..Malah PAS memecat Hassan Ali pun kerana tidak bersetuju dengan tindakan tegasnya memerangi murtad.

Pemasalahan dan perselisihan pendapat masih terbelengu dalam puak pembangkang malah Karpal secara terang-terangan menolak Islam. Perlu PAS selesaikan terlebih dahulu sebelum mengjak UMNO berbincang.

UMNO tidak pernah menolak Islam malah sejarah telah menunjukkan terlalu banyak usaha dan perlaksanaan ke arah Islam telah terksana malah yang lain2 seperti hukum hudud dan sebagainya menanti masa dan waktu yang sesuai dijalankan. Cuma PAS yang tidak sabar malah membuat pusingann 'u turn' bila terasa macam nak menang dan menguasai putrajaya.

Jadi PAS wajar mengadakan muzakarrah terbuka sesama mereka sendiri untuk mendapat satu keputusan untuk mengelakan  kenyataan2 tidak bertanggungjwab.

Muzakarrah dengan UMNO wajar  dilakukan selepas PRU13 untuk membincangkan permasalahan yang dialami masyarakat Islam di negara ini dan bukannya berkepentingan politik jika kedua-dua pihak (UMNO dan PAS) ikhlas. 


ScreenHunter_01 May. 17 15.59

Thursday, May 17, 2012

Blogger pro UMNO kritik pemimpin sendiri...



Pertama sekali (mungkin terlalu awal untuk) aku ucapkan syabas dan tahniah kepada semua blogger pro UMNO yang tidak jemu2 menegur pemimpin UMNO dan seterusnya mempertahan dan menyerang propaganda tin kosong pembangkang.

Menegur pemimpin sendiri bukan budaya blogger pro pembangkang kerana mereka tidak ada ilmu itu, mereka hanya pandai mnjilat mengangguk menyokong apa sahaja laknat, fitnah dan pembohongan yang pemimpin mereka lakukan. Bagi mereka parti dan pemimpin yang mereka sokong semuanya betul, maksum.

Berbeza dengan  blogger pro UMNO yang akan terus mengkritik dan menegur pemimpin sendiri,  dalam ertikata teguran membina untuk kebaikan parti, sudah banyak tulisan yang menyentuh dan menghentam Nazri, Hishamuddin, Ijat, KJ dan beberapa nama lagi membuktikan bloggger pro UMNO lebih rasional dan matang dalam menilai antara kebenaran dan kepalsuan.

Sejak BERSIH 3.0 sampai sekarang rasanya pemimpin pembangkang dan para juak dan pecacainya dah muflis idea dan sudah tidak berani panggung kepala, malu kerana segala laungan  perjuangan mereka untuk rakyat dapat dibukti dan dinilaikan rakyat sebagai palsu dan bohong.

Ambil contoh Tian Chua..sebagai wakil rakyat berapa kerap dia turun padang melihat masalah penduduk di kawasannya berbanding dengan kekerapannya turun naik mahkamah jenayah dan tersengeh jadi barua dan batu api di setiap demo pembangkang. Rakyat kawasan sendiri di abaikan!

Nizar pada awalnya di agung2kan blogger pembangkang kononnya hebat kerana berani hadir di ceramah UMNO menyebabkan penceramah UMNO terkancing gigi tetapi hakikat sebenar dia terkencing dalam seluar mencicit lari bila kebenaran dibuktikan di hadapannya. Ada ke tidak blogger pembangkang minta maaf atas pembohongan itu? Memang mereka sama dengan pemimpin mereka aljubr dan aljamb...manatau malu.

Pembangkang hanya tinggal isu ‘scorpene’ yang ditaja siang malam dan dibesar-besarkan sedangkan pada hakikatnya perkara itu masih diperingkat awal dan terlalu awal dan kalau kita ingat lagi bagaimana isu kematian altantuya dimainkan oleh pembangkang akhirnya tiada langsung pembuktian malah Najib sahut dengan bersumpah laknat. Tetapi kalau dah dasar pembohong – mereka tidak pernah insaf.

Kepada rakan2 blogger yang hebat dengan segala info, ulasan dan pendedahan demi pendedahan, walaupun sudah ada petanda UMNO mula diterima semula tetapi kita harus jangan leka permainan politik kotor pembangkang  yang dibelakangnya ada jari2 antarabangsa berpengaruh, berkuasa dan mewah yang cemburu dengan kejayaan Islam dan Melayu di bawah UMNO. Mereka amat tahu Islam tidak akan ke mana sekadar di tangan hadi atau nik aziz yang lemah dalam pentadbiran urus negara.Kita teruskan perjuangan ini demi ugama, bangsa dan Negara.

Kini apabila PAS yang termasuk longkang sudah sedar partinya kian lemah kerana bersekongkol dengan DAP dan PKR mula mencari nafas baru dengan mengajak UMNO bermuzakarrah. Amat pelik tapi itulah kebenarannya. PAS akhirnya bersandar semula kepada UMNO untuk menyelamatkannya. PAS hanya akan relevan jika UMNO itu pengasih dan penyayang..



 Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama lah kita
Cinta lenyap di arus zaman


Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintis sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
pulih kembali harga diri


Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara

KJ kata dia dah kawtim dng ambiga - dah selesai



Itu statement hero UMNO seolah-olah dia dah selesaikan dan ambiga tunduk kepada kecerdikannya. Lepas ni ambiga memang 'taubuat' dan serik nak buat BERSIH. Apa jaminannya.

Kalau KJ tanpa jawatan kabinet, menantu bekas PM dan sekadar Ketua Pemuda cabok, sekali cakap ambiga dah menggeletar kalah tentulah KJ lebih hebat dari Muddin yang sudah berpuluh kali memberi amaran keras sekerasnya.

Apakah selama ini KJ banyak menyelesaikan permasalahan sehingga dia memandang remeh tindakan orang lain yang seolah-olahnya salah. Kalau ada puak yang balas nak tunjuk punggong rumah KPN apa masalahnya? Logiknya mereka tak akan lakukan suka2 kalau tak punya sebab yang kukuh dan ingatan kepada ambiga supaya dia juga pandai menghormati privasi orang lain. Sekali sekala elok juga tunjuk biadap kepada orang yang lebih biadap. Kalau mereka juga nak tunjuk punggong depan rumah KJ tentunya ada sebab..

Apakah KJ ada penyelesaian untuk membayar gantirugi peniaga2 akibat BERSIH? Jangan pandai cakap sahaja sedangkan sakit susah dan derita orang lain yang tanggung.

Adakah KJ juga beri nasihat yag sama kepada mereka yang kalungkan bunga di gambar najib? Apa statementnya kepada pelajar yang ganggu Najib berucap di London? Apa statementnya kepada dakwaaan 'ada agen dalam UMNO' bawa anwar jumpa paklah. Itu patut jadi keutamaannya. Takkan buat2 pekak kot.. dan apakah KJ bela ambiga kerana ambiga kawan baik anwar.

Apa agenda KJ dalam UMNO sebenarnya? apakah dia sama strategis macam Anwar mula2 masuk UMNO? Bagaimana hasratnya menjadi PM termuda? Apakah KJ juga mempunyai satu 'pandangan' terhadap Najib sebagai PM dan Presiden UMNO yang merampas secara terhormat kedudukan paklah?


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyuarakan perasaan tidak senang terhadap "protes punggung" depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga kelmarin kerana masih terdapat kaedah lain untuk meluahkan perbezaan pendapat.


Sebagai contoh, katanya, beliau sendiri sudah berdebat dengan Ambiga berhubung isu berkaitan pilihan raya dan tidak perlu berkumpul membantah depan rumah bekas presiden Majlis Peguam itu.


Khairy bimbang ia merebak menjadi balas membalas tidak berpenghujung dan menjadi bahan ketawa di seluruh dunia.


"Jika tidak, perkara ini tak akan habis. Jual burger depan rumah Ambiga satu hari, jual tose depan rumah IGP (ketua polis negara) beberapa hari kemudiannya.

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...