Thursday, August 16, 2012

nasha ada pengaruh...

atas fakta itu, nik aziz tidak lagi berani mencabar nasha untuk keluar umno..walaupun katanya, dia tak kesah ? tak menghairankan ?


tindak balas nasha pula _ dia tidak berminat pun masuk umno.

sudah pasti ada golongandi dalam pas terutama yang mengidam kerusi parlimen bachok akan usahakan sesuatu !?

Monday, August 13, 2012

Jasa pembangkang sudah berhasil...


TEMERLOH 12 Ogos - Seramai 4,430 orang lagi pelajar dikecualikan daripada membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) baru-baru ini kerana mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau setaraf dengannya.

Ini adalah antara jasa pembangkang yang mendesak kerajaan sehingga akhirnya keputusan di atas telah dibuat. Seperti kata Mahathir, Malaysia memerlukan pembangkang yang kuat !

Oleh itu adalah wajar pembangkang yang sama terus dikekalkan sebagai pembangkang dalam PRU13.

Saturday, August 11, 2012

umat islam di malaysia paling selamat jika pas kongsiperintah

semasa tengkok anda betul betul hendak dipancung maka pada masa itulah baru boleh anda istiharkan ujudnya kafir harbi.

selain dari masa itu, peluk dan sokonglah mereka.


tiada malam lailatulqadar buat malaysia...

melihat perpecahan dan kecelaruan  umat Islam di malaysia, bemula dari yang jahil hinggalah sampai ke golongan yang digelar ulamak dan pemimpin mungkinkah lailatulqadar tidak turun di malaysia ramadhan ini..

manamungkin rumahtangga yang penuh pertelingkahan dan permusuhan didatangi malaikat dan diberkati????

pemimpin bukan sekadar perbezaan pendapat malah menabur dan merestui fitnah dikalangan mereka. Kepentingan siapa yang mereka utamakan????

Saturday, August 4, 2012

Siapa tu ?

Sahaja aku bertudung kepala niat kerana nak jadi penceramah SAP yang dibayar bagi menampung saraan hidup selepas kekurangan show dan drama - tiada kaitan dengan hidup atau yang sudah mati, semuanya sekadar rekaan atau kebetulan.

Thursday, August 2, 2012

Tun Zaki - candangan awak tak masuk akal !!!


Pengerusi Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam bersama Agensi Penguat Kuasa Pengangkutan Awam, Tun Zaki Azmi menyarankan kerajaan menguatkuasakan peraturan yang mewajibkan setiap pesalah lalu lintas membayar saman serta-merta sebagai langkah untuk mendidik masyarakat mematuhi undang-undang jalan raya.


The Special Commission to Study the Transformation of the Civil Service has proposed that traffic offenders pay summonses on the spot.
 Its chairman, Tun Zaki Azmi said traffic offenders who failed to pay the summonses would have their vehicles seized, clamped and towed.



Tun Zaki adalah bekas ketua hakim negara dan sebagai seseroang yang dianggap paling ariff dengan undang2 kenapa boleh mencadangkan sesuatu yang pelik dan amat pelik. 


Saman hanya merupakan satu procedure untuk pihak berkuasa membuat pertuduhan ke atas individu atau kenderaan yang diyakinya melanggar peraturan.  Saman  menawarkan bayaran kompoun jika individu atau kenderaana tersebut mengaku salah.


Jika seseorang itu tidak mahu membayar kompaun dalam ertikata lain tidak mengaku bersalah maka dia akan didakwa di mahkamah di hadapan seorang hakim untuk membuat keputusan.


Saman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bukan satu hukuman yang perlu dipatuhi sertamerta kerana ia amempunyai pilihan untuk berjumpa di mahkamah.


Jadi cadangan mewajibkan saman dibayar sertamerta itu sendiri berlawanan dengan procedure perundangan. Polis atau JPJ menjalankan tugas mereka menyaman, yang kena saman mempunyai dua pilihan samada membayar denda atau menunggu dibicarakan oleh mahkamah. 


Hanya hakim perbicaraan mempunyai kata pemautus samada bersalah atau tidak.  Itupun tertakluk kepada kedua-dua pihak boleh merayu keputusan ke mahkamah yang lebih tinggi.


Jika polis dan pihak berkuasa dibenarkan menyita kenderaan atas alasan tidak membayar denda sertamerta itu merupakan satu lagi undang2 rimba dan merupakan cubaan merampas kuasa hakim dan mahkamah.


Tun Zaki - cadangan awak tak masuk akal !!!

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...