Tuesday, September 11, 2012

mahathir sindir najib..


better the devil you know than the angel you don't

Lebih baik pilih anwar yang jahat tetapi cerdik, pintar dan berani

@ lebih baik pilih ulama yang boleh jamin penyokongnya di dunia masuk syurga

dari pilih najib yang baik tetapi lemah, playsafe dan kena control.

Saya rasa itu yang mahathir nak katakan kot ??!!

Sunday, September 9, 2012

dr.nik aziz makin hilang kuku...

nasha wajar dipecat:

1. tidak menjejaskan undi
2. duri dlm daging mampu merobek  pas dan pakatan
3. kena tunjukkan kuasa 'seseorang' mengatasi suara majori
4. sebagai bukti pas masih relevan dlm pembangkang


Tapi apa sudah jadi? kalau budak hingusan mcm nasha pun dr.nik aziz tak leh pecat apalagi nak berdepan dengan tokong dan anwar

apa pula bahasa syaitan yang nak digunakannya bila ditanya wartawan? apakah ini satu lagi kerja jahat umno!!!


Thursday, September 6, 2012

Mahathir mimpi di siang hari...

Kesian Tuan... bermimpi di siang hari, angat mat jenin, burung terbang dipipihkan lada...apa nak diharapkan sangat dengan Najib lembek dan Mudin kecut untuk menguasai dan mengawal negara, mereka adalah pemimpin hipokrik yang terus sokong Paklah pada masa itu dan kini terus mewarisi segala benih bacul.







Ini bukan soal 2/3 atau tidak, tetapi ini soal sikap dan kelemahan...Anwar juga tidak mempunyai 2/3 tetapi masih boleh menjadi maharaja yang terus mencaturkan negara walaupun dengan muka yang penuh dengan contengan arang.











Tun, biarlah saki baki perjuangan UMNO yang menghala ke gaung ini diurus oleh mereka2 yang lembek dan biarlah bangsa Melayu ini menimba pengalaman pahit sendiri kerana mereka tidak pernah belajar dari umat Palestine.




KUALA LUMPUR, 6 Sept ― Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beranggapan insiden memijak gambar dan membawa bendera Sang Saka Malaya ketika sambutan malam ambang kemerdekaan ke-55 minggu lalu berlaku akibat kerajaan yang lemah.

Jelas Dr Mahathir (gambar) lagi, bila sesebuah kerajaan itu lemah, sesetengah pihak akan mula mengambil kesempatan dan mereka berani melakukan perkara-perkara sedemikian.

“Semasa zaman saya 22 tahun sebagai Perdana Menteri tidak pernah berlaku perkara ini ... tiada siapa pijak gambar saya.

“Ini berlaku kerana kerajaan kita lemah, kita tidak mempunyai majoriti dua pertiga majoriti Parlimen,” katanya ketika majlis sepetang bersama beliau anjuran Kelab Pesara Kerajaan Lembah Pantai di sini.

Tambah pemimpin yang berpengaruh itu lagi, apabila kerajaan yang memimpin negara ini lemah, banyak pihak yang cuba untuk menentang mereka.

“Apabila kita kalah dua pertiga, kita jadi lemah, bila lemah orang berani, bila lemah mereka pijak gambar-gambar kita,” tambahnya.

Menurutnya lagi, kesan kempen Pakatan Rakyat (PR) juga turut menjadi punca berlakunya kejadian sedemian.

“Saya berpendapat ia adalah kesan kempen parti lawan, mereka tidak setia kepada negara , mereka lebih setia kepada parti.

“Ada ramai yang terpengaruh dengan parti lawan, saya percaya jika sifat ini dikembangkan, negara kita tidak akan ada simbol yang diterima semua dan perpecahan akan berlaku antara rakyat,” katanya lagi.

Beliau turut menegaskan, sekiranya perpecahan itu berlaku, negara kita akan musnah dan beliau turut mengingatkan agar majoriti dua pertiga Parlimen perlu diberikan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu boleh membentuk kerajaan yang kuat dan tegas.

“Saya harap lepas PRU 13 kita dapat wujudkan kerajaan cukup kuat,” katanya lagi.



Wednesday, September 5, 2012

Terima Kasih Pembangkang...

Wajar aku berterima kasih kepada pembangkang kerana semasa aku memilih untuk menyokong kerajaan sekarang, aku sebenarnya tidak pasti apakah pilihan aku itu betul

Tetapi hari ini, nyata pilihan aku tepat kerana pembangkang memang menjijikkan, penuh dengan taktik kotor semata mata untuk kepentingan peribadi dan bukannya untuk dan demi kesejahteraan rakyat agar dapat hidup dalam harmoni.

Bukan zaman Jepang sahaja ada Melayu jadi talibarut tetapi zaman sekarang pun ada Melayu sanggup jadi talibarut dengan sedikit upah...

Kerajaan dahulu dan sekarang banyak kelemahan dan kesilapan tetapi itu akan menjadi berganda kesilapan dan kesalahan kita yang lebih besar jika kita terpedaya dengan memilih pembangkang di PRU nanti - kluangman


doakan yang terbaik buat anwar, nik aziz dan pas

Pendekatan kutuk dan fitnah yang di ambil ke atas kerajaan nampaknya tidak membawa kesan yang baik kepada pembangkang malah mereka semakin terdesak, makin nyawa-nyawa ikan kerana kesilapan yang mereka ulangi dengan tindakan biadap, tidak rasional dan gagal menunaikan tanggungajwab seperti dalam manifesto PRU yang lalu.

Cuma DAP nampak terus stabil kerana mereka mempunyai sikap perkauman yang tinggi, mereka bukan anti Melayu, tetapi mereka anti orang miskin yang kebetulan majoritinya Melayu !!

Jadi untuk melihat nasib seterusnya Nik Aziz, Anwar dan PAS adalah wajar pendekatan berikut dipertimbangkan: doakan mereka jadi baik sebab sah mereka memang jahat,  doakan mereka mati cepat kalau hidup menyusahkan orang lain dan  doakan anwar atau nik aziz  jadi PM kalau mereka mahu bertaubat dan insaf  untuk tidak pecahbelahkan Melayu dan Islam.!!

Sunday, September 2, 2012

bee end terdesak sangat ni...

satu suasana provokasi sedang terancang untuk meraih simpati bagi satu kebangkitan ala spring arab setelah harapan mereka melalui pilihanraya sudah pudar !!!

siapa punya kerja ni? siapa yang bee end ?

Saturday, September 1, 2012

Bas mewah terjun gaung..pemimpin pembangkang mampuih

Kalau nak buat drama,kena jumpa anak Yusuf Haslam,biar nampak real,ganazzzz..macam KL gangster..kalau setakat simbah cat...alahai macam drama pondan tua. Takkan budget tak cukup kot...dapat billion billion dari luar negara.






Insiden simbah cat dan baling batu bas yang berlaku di Kota Bahru cuba digambarkan sebagai orang Kelantan sangat buruk laku sama perangai dengan tetamu yang datang berceramah.

Drama ini merupakan tamparan kepada nik aziz yang digambarkan tidak pandai mendidik anak Kelantan.

Apakah benar orang Kelantan berperangai tak senonoh macam tu !!!


Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...