Tuesday, December 18, 2012

'Ustazah" Arbaiyah..

Mungkin perkahwinan boleh menyelamatkan dirinya dari gedik politik yang berterusan...

Pemimpin2 PAS yang berkemampuan harus mengambil tanggungjawab...
Arbaiyah binti Abdul Manan atau juga dikenali sebagai Abby Abadi, merupakan salah seorang daripada anggota penyanyi kumpulan ELITE. Arbaieyah binti Abdul Manan dilahirkan di Kuala Lumpur pada 1 Disember 1977.

Sunday, December 16, 2012

Sinar Harian tak lulus dari segi telus dan tulus...

SHAH ALAM - Sinar Harian tidak akan melayan kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa akhbar ini sebagai memecah-belahkan hubungan kaum, kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu sebagai individu yang sudah tidak relevan dalam politik di negara, Hussamuddin berkata, beliau yakin rakyat Malaysia juga sudah muak dengan kenyataan retorik beliau.

"Pembaca juga tahu konsep Sinar Harian yang telus dan tulus tanpa memihak kepada mana-mana individu atau kelompok tertentu," katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ibrahim dalam akhbar perdana semalam bahawa beliau 'jelik' dengan laporan Sinar Harian dan sebuah portal web kerana didakwa menyiarkan hanya sebahagian kenyataannya sehingga dilihat seolah-olah menghina kaum lain.

Ibrahim dilapor berkata demikian semasa menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa Ketiga, kelmarin.

Untuk rekod, pada 2009, Sinar Harian diiktiraf media yang memupuk semangat perpaduan apabila menerima Anugerah Kalung Perpaduan 2009.SH
Husammuddin patut memberi penjelasan kenapa hanya sebahagian kenyataan ibrahim disiarkan dan tidaklah perlu dia lari tajuk dan melabelkan ibrahim tidak relevan.
Dalam politik Ibrahim masih ahli parlimen, Presiden Perkasa yang mempunyai jumlah ahli yang boleh dibanggakan. Sinar Harian sekadar harakah kedua untuk pembangkang, tumpang tuah untuk lariskan akhbar. 

2009 sinar harian diiktiraf media yang memupuk semangat perpaduan sudah basi, sekarang 2012..jangan syok sendiri.

DAP memberi Amaran kepada Melayu di PKR dan PAS..

Perkauman yang kuat dalam DAP dengan menolak Melayu dengan kuasa undi di dalam parti menunjukkan DAP bakal tanpa calon Melayu dalam PRU13.

Melayu gagal dapat undi dalam parti mana mungkin Melayu dapat undi dalam PRU 13 sebagai calon DAP !

Bukan sahaja DAP tolak UMNO, kini mereka tolak Melayu dalam parti sendiri dan mana mungkin mereka boleh terima Melayu dari PKR dan PAS ?

Jika Melayu dan Islam ditolak DAP, atas dasar apakah mereka masih terima Anwar, Hadi dan Nik Aziz ???

Wednesday, December 12, 2012

Kalau Tak rasuah...Bukan UMNO Namanya...

Cuba kaitkan dengan ini pula (aku copy and paste)..

" Dengan melakukan berbagai onar...fitnah tu jangan cakaplah..bukan pembangkang kalau tak fitnah...pemimpin-pemimpin pembangkang yang menyampaikan ucapan siang semalam semuanya fitnah belaka... "

Jadilah fahamlah aku bahawa rasuah yang dikaitkan dengan UMNO itu adalah fitnah siang malam puak pembangkang. 

Rasuah tidak pernah kenal parti politik..ia akan berlaku bila ada keperluan dua pihak. cuma kebetulan segelintir yang berkuasa dan berpengaruh dalam kuasa politik masakini adalah UMNO.  Tapi lu orang ingat dalam MCA, MIC, dan BN tak ada rasuah ke? Tak ada atau kurang sebab tak kena tangkap..

Dalam PKR, DAP dan PAS tak ada rasuah ke? 
Lu ingat pemimpin mereka tu bukan manusia ke ? apa yang mereka kejar siang malam sekarang?
Kuasa untuk apa?







Pembangkang sedang kebulor, kuasa untuk mengaut..

Monday, December 10, 2012

Pembangkang Dapat Peluru Hidup..

Bersiapa sedialah puak umno di bawah sana - tahan belakang - pembangkang dapat peluru hidup nak tembak hampa...

1001 cerita akan keluar dari kesah ini...

Menteri Mentor Pertama Malaysia

Kemungkinan Lim Guan Eng akan menjadi Menteri Mentor dalam usia yang awal kerana ketidakmampuan PM selepas Putrajaya ditawan Pembangkang.

Samada Anwar atau Hadi jadi PM - ada aku kesah !!!

Saturday, December 1, 2012

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...