Saturday, March 30, 2013

Anwar sendiri dah tahu..

Ramalan pembangkang - rakyat menyokongnya - dan mereka akan menubuhkan kerajaan - merampas  Putrajaya.

Kalau dah rasa nak menang - perlu ke mencetuskan huru hara sebelum mengetahui keputusan pilihanraya?

Untuk jadi PM di Permatang Pauh pun Anwar tak pertahankan kerusinya, dah rasa dirinya akan ditolak, bagaimana nak jadi PM di Putrajaya.




Thursday, March 28, 2013

Bob Lokman Merperlekeh mat sabu?


SHAH ALAM 26 Mac - Pelawak, pelakon dan penulis lirik yang kini menjadi aktivis Pas, Bob Lokman mengakui, penampilannya di pentas ceramah politik pembangkang selama ini untuk memancing kehadiran orang ramai.
Beliau atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman mendakwa, orang ramai yang hadir ke setiap ceramah politik Pas juga lebih tertarik untuk mendengar apa yang keluar dari mulutnya berbanding penceramah politik dari parti itu sendiri.
“Apabila saya pergi ceramah orang ramai tertunggu-tunggu bila Bob (Lokman) hendak bercakap, masing-masing penceramah akan bercakap dahulu memberi maklumat dan hasrat parti.
“Saya menjadi penceramah terakhir untuk memancing orang ramai yang datang untuk terus mendengar ceramah, kalau saya yang dahulu bercakap sudah pasti penceramah-penceramah yang lain tiada siapa nak dengar kerana orang sudah balik," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program wacana bertajuk Artis dan Politik: Populariti atau Kredibiliti' di sini hari ini.
Kenyataan Bob Lokman itu merujuk kepada soalan apakah penyertaan beliau dalam parti politik pembangkang disebabkan penghijrahannya atau kerana popularitinya.
Selain Bob Lokman, tiga lagi ahli panel wacana tersebut ialah pengarah filem, Datuk Paduka Shuhaimi Baba; Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Mohd. Zaidi Jamil atau Zed Zaidi dan pelakon yang kini aktivis Pas, Hairie Othman.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130327/po_11/Bob-Lokman-mengaku-dijadikan-alat-pancing-undi#ixzz2OnWrGYZX
© Utusan Melayu (M) Bhd 


apakah bermaksud..kalau mat sabu jadi penceramah pun, mereka masih tunggu dia buka mulut?

Wednesday, March 27, 2013

Orang PAS akan syok sendiri...

Bagai pucuk dicita ulam mendatang - itulah harapan DAP agar partiya dibatalkan ROS supaya menjadi isu baru untuk menaikkan perkauman cina di Malaysia bagi melambangkan melayu umno perkauman dan menindas kaum cina di Malaysia.

Keterpaksaan dap kononnya untuk memakai lambang pas di pru adalah satu gimik untuk menunjukkan dap sangat menghargai pas dalam pakatan dan lebih mudah untuk menarik melayu menyokong pas walaupun diwakili ahli dap.

Adalah lebih mudah untuk dap meletakkan calon dap menggunakan lambang pas dengan memperbanyakkan poster-poster nik aziz untuk dijadikan bahan mengelirukan pengundi melayu.

Jika sesuatu kawasan mencalonkan mca dan dap (menggunakan lambang pas) sudah pasti ramai melayu akan undi lambang pas yang diwakili oleh calon dap.

Malah disesuatu kawasan tertentu, ahli dap akan bertanding menggunakan lambang pkr.


Sunday, March 24, 2013

nik aziz sakit bila tun m aktif

tidak dapat dinafikan tun m masih aktif membuat beberapa siri penjumpaan dng ahli2 d seluruh pelusuk negara, sama aktif dng najib dan muhyiddin...media utama kerap melaporkan kegiatan dan suaranya, setiap hari.

tun m kata - balas budi.

ada yg berpendapat - tun m sekali kagi terpaksa aktif untuk selamatkan umno, melayu dan Islam.

inilah jadi masalah kpd pembangkang yg merasakan laluan mereka semakin pudar utk ke putrajaya dng tun m masih di belakang

Thursday, March 21, 2013

papagomo dan anwar buat umno makin tenat

apabila seseorang yg dimalukan secara bertalu talu samada perkara itu benar atau tidak, tetapi hasilnya orang yg kena malu sudah lali, imune, kebal dan tidak rasa malu lagi. kalau dari hujung rambut sampai hujung kaki org dah tengok, satu dunia dah tonton, apa lagi 'malu' yg ada untuk dia malukan.

apabila dia masih bertahan dengan segala kemaluan yg ditanggungnya ditambah sumpah laknat tentulah seseorang itu begitu istimewa kebalnya.

seolah tiada penghujung, seolah watak ini sukar dimatikan.

dlm politik, krisis lahad datu dijangka dapat memberi kelebihan politik kpdnya tetapi kerana salah jangkaan dan perancangan, ia memberi kesan yg kurang baik kpd anwar, lahad datu dijangka puncak segala percaturan tetapi kini menemui jalan buntu.

anwar yg muflis idea melancarkan serangan baru, kini papa gomo adalah sasarannya. nampak sekali 'kerjasama' mereka membuahkan hasil untuk meletakkan umno semakin tenat.

Wednesday, March 20, 2013

nik ajih nak pencen..

perkabaran menyatakan nik aziz kini sakit dan dirawat, sebab serius masuk wad...

lari masuk wad boleh ke menyelesaikan semua masalah rakyat kelantan dan kemungkaran dalaman pas?

lari masuk wad boleh ke terhapus segala keceluparan dan fatwa songsang sebelum ini?

lari masuk wad dan kalau mati? syahid dunia atau syahid aqirat atau sekadar status mati katak?

realitinya bila nik aziz lari masuk wad - pastinya ada sebahagian pemimpin pas kelantan yg sedang senyum.


nik aziz wajar tidak lari masuk wad untuk lepas tangan atau menutup sesuatu.


Tuesday, March 19, 2013

kenapa anwar saman papa gomo

kurang pasti siapa pelakon utama adengan ini cuma dikatakan si bangsat ini adalah org yg sama jadi dalang ceroboh lahat datu
untuk elak dijadikan sasaran berpanjangan aku percaya si bangsat ini sendiri tayangkan gambarnya untuk dijadikan isu bahawa dia sentiasa difitnah umno utk menimbulkan simpati

tetapi yg peliknya apa kaitan si bangsat ini dng anwar ibrahim, kenapa atas gambar yg sama si anwar pula yg saman papa gomo?

aku akan respek kalau anwar saman najib, obama atau mahathir....tapi once dia saman budak mentah seperti papa gomo nytalah anwar cukup terganggu, resah dan gelisah -- why?

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...