Thursday, June 13, 2013

watak anwar selamatkan umno

kegagalan terbesar anwar dlm karier politiknya ialah watak yang dibawanya berjaya menyelamatkan umno yg sebenarnya sudah lemas dan tenggelam. watak anwar yg kurang kemelayuan, kurang Islam, pro cina,  pro india, pro yahudi, pro benggali, pro lgbt menjadikan sebilangan melayu tidak mempunyai pilihan melainkan memilih umno.

memenangkan najib dan konconya adalah tindakan paling bodoh yg pernah org melayu malaysia lakukan.
nik aziz juga memainkan peranan bodoh sombong yg keterlaluan, ulama baran yg menyebabkan tganu gagal ditawan dan kedah terlepas.

selepas pru, umno teserlah kelemahan dan kekurangan yg gagal dihidu sebelum pru13 kerana tenggelam dng watak anwar yg sasau. hari ini umno masih kekal memerintah dng juak2 yg merasa megah dan terasa hebat.

jadi tidaklah menghairankan jika anwar terus dibiar bebas bermaharajalela bagai panglima yg kebal tidak lut senjata kerana wataknya diperlukan untuk terus merelevankan umno.

sampai bila?

Wednesday, June 12, 2013

Tok Pa Spender - sakit lutut? Nah ini ubatnya

IKLAN KAWAN SAYA INI PERNAH DISIARKAN PADA JULAI 2012 DAN MENDAPAT SAMBUTAN, DISIARKAN SEKALI LAGI.
MANA-MANA PIHAK YANG INGIN IKLANKAN SILA HANTAR KE EMAIL: dotmaikay@gmail.com


Saya ingin berkongsi satu pengalaman peribadi berhubung sakit lutut yang telah saya alami lebih kurang 5 tahun yang lalu. Pada bulan Mei 2012 semasa saya berada di Kota Bharu seorang wanita Cina berasal dari Penang telah menegur kerana dilihatnya saya mengalami kesukaran menaiki tangga. Di pendekkan cerita, kami meneruskan perbualan di kedai minum dan dia telah menyarungkan sejenis sarung lutut  untuk percubaan memakai.

Sarung lutut tersebut diperbuat dari kain khas yang lembut (fiber) disalut/diadun bahan rawatan infra red -perak-koprum. Sarung ini berteknologi Jepun edaran sebuah syarikat Taiwan (patternted), sudah berada di Malaysia lebih 10 tahun dan sangat terkenal di kalangan masyarakat Cina yang kaya. Saya pernah menggunakan sejenis sarung lutut jenama X yang dibeli difarmasi tetapi tidak begitu berjaya, sekadar 20%.

Perbualan kami hampir sejam dan tanpa disedari dengan kuasa dan izinNya saya merasakan sakit di bahagian pelipat dan lutut sudah agak reda dan kaki terasa ringan. Kerana keajaiban tersebut, saya terus membelinya sepasang dan memakainya hingga ke hari ini. Disyorkan 8-12 jam sehari memakainya. Boleh digunakan antara 1-5 tahun bergantung kepada cara kita memakai dan cara kita menyimpannya.

Setelah dua bulan, boleh dikatakan masalah lutut dan kekejangan kaki 98% dengan izinNya telah pulih dan dapatlah saya berjalan, menaiki tangga dan terutamanya bersolat dengan lebih selesa ketika rukuk dan sujud.

Syarikat itu juga ada mengedarkan sarung pergelangan kaki, sarung betis kaki, sarung pergelangan tangan, sarung siku selain dari sarung lutut untuk tujuan pelbagai seperti * sakit lutut * sakit sendi * bengkak kaki * gout * sakit tumit * terseliuh/terkehel * kaki sejuk * kebas * dan sebagainya. Ada juga bengkung untuk perut buncit/boroi/senggugut tetapi saya belum mencubanya lagi.

Sebagai memenuhi fardhu kifayah, kini saya telah menjadi pengedar dan jika ada sesiapa yang berhajat membelinya RM280.00 satu unit atau RM500 sepasang bolehlah menghubungi saya di talian 019-7607739 (Mohd) dan bagi yang jauh tambahan RM10 dikenakan untuk tujuan poslaju.

Bagi yang berdekatan atau kebetulan saya berada di tempat yang berhampiran dengan tuan, insyaAllah boleh cuba memakainya dalam tempoh beberapa jam untuk menilai keberkesanannya.
Walaupun ini satu perniagaan tetapi niat awal saya ialah untuk berkongsi pengalaman hal kebaikan sarung ini yang boleh membantu kita mengerjakan tugas harian,  solat dan ibadah dengan lebih selesa, insyaAllah.

Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.” - (Abu Daud)

Tulisan ini dibuat secara bertanggunjawab, ikhlas dan professional  - 16hb Julai 2012 Bandar Permaisuri, Terengganu
Yang Bermint Menjadi Agen juga di alu-alukan
Tel: 019 760 7739 / sakitlutut@gmail.com / http://sakitlutut.wordpress.com/2012/07/17/sakit-lutut/






Nazir dan Najib - apa yang melayu nak banggakan dengan mereka ini..Aku menyesal sokong dan undi UMNO

 Aku menyesal sokong dan undi UMNO. ..apa lagi keperluan melayu kpd umno ??
...........
Pertubuhan NGO Islam dalam kenyataan di sini hari ini menjelaskan, mereka kesal dengan tindakan Nazir itu dan menyifatkan beliau terperangkap dalam kerangka minda membelakangkan sensitiviti kaum Melayu

Sehubungan itu, pertubuhan berkenaan secara sinis meminta Nazir bertukar-tukar jawatan atas dasar suka sama suka dengan Azran demi menguatkan lagi sikap anti-Melayu mereka. "Nazir dan Azran adalah dua contoh terbaik anak Melayu yang menepati maksud peribahasa 'Seperti Kacang Lupakan Kulit'. "Janganlah hanya disebabkan bank dipimpin oleh Nazir menjadi penasihat utama AirAsia X, maka beliau sanggup mengecewakan bangsa Melayu yang sememangnya mengharapkan pembelaan daripada anak-anak Melayu yang sudah berjaya seperti beliau," kata kenyataan itu.  

Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya antiperkauman. Saya meluat dengan pendirian Pengarang Utusan)." Dalam akaun Twitter pula, Azran turut menyatakan pihaknya akan menarik balik iklan AirAsia di Utusan Malaysia.  

Dalam pada itu, Gabungan NGO Islam juga menggesa Nazir serta Azran supaya segera sedar asal-usul mereka dan jangan sekali-kali bersikap angkuh dengan wang, kekayaan termasuklah pangkat yang dimiliki. "Apa yang anda berdua miliki adalah hasil perit-jerih nenek moyang bangsa Melayu menyabung nyawa, jiwa dan raga pertahankan tanah tumpah darah bertuah ini.

 "Adakah benar seperti yang pernah diluahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa anak Melayu seperti anda adalah 'Melayu mudah lupa'?

muka penipu?

berapa ramai yg nak bertaruh si mamat ini tak angkat sumpah, pada hari
pertama parlimen akan bersidang.

atas kerana alasan mereka menang undi besar, undi popular, spr tipu, bla bla bla...wajar mereka terus gunakan kekuatan itu untuk memboikot parlimen dan seterusnya adakan pilihanraya kecil yg lebih besar 6 bulan selepas ini.


jika mereka ada keberanian, jati diri - mereka wajar kotakan.

jika tidak, mereka sekadar pembohong besar.

Apa kata perempuan ini  >>>>>>

PETALING JAYA: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin berkata semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak seharusnya memboikot upacara angkat sumpah Parlimen pada 24 Jun ini.

Tuesday, June 11, 2013

umno kalah sebab 2 ostat selipar

ada dua ostat yg dikaitkan dengan petisyen pilihanraya yg didaftarkan di mahkamah oleh bn kerana mempengruhi secara salah semasa kempen sedang berjalan.

bagi aku kedua-dua ostat ini adalah ostat selipar yg menggantikan ostat terompah yg sudah dipencenkan.

dan pada bn pula aku terasa geli hati kerana boleh tewas atas sebab dua pengaruh ostat selipar ini, begitu lemhnya bn. itu belum lagi lee kuan yew dtg berceramah.

Monday, June 10, 2013

najib setuju pertandingan...

antara satu petanda parti-parti politik yg berpotensi untuk berkubur selepas pru13 ialah parti-parti yg melarang atau cuba lari dari pertandingan merebut jawatan tertinggi di dalam parti tersebut - alasan takut ahli parti dan parti berpecah dan lemah adalah alasan pemimpin yg takut pada bayang2 sendiri dan sipembodek pembodek yg tehutang budi kerana dipilih sebagai calon pru13 dan diberi jawatan.

2013 dan 2014 adalah tahun terbaik semua parti diberi nafas baru dng kepimpinan baru untuk terus bersedia bagi pru14. pertandingan di semua peringkat adalah perlu  sebagai ubat dan penawar untuk menguatkan parti berkenaan. kekecewaan atau sedikit perpecahan dari pihak yg kalah adalah perkara biasa dan itu tidak menjejaskan kualiti sesebuah parti.

kehaprakian umno

seperti yg dijangkakan tanpa wakil mca di kabinet yg akan sebok dan ribut ialah puak umno, siang malam asyik merayu puak mca tarik balik ketetapan tidak menyertai kabinet...desak punya desak, mca mungkin adakan egm untuk memenuhi kemuliaan puak umno ini.

hakikatnya dlm mca sendiri tak lah berapa nak sebok, cina di luar mca lagilah tak pernah kesahpun...tapi puak melayu umno punyalah ambilberat. hatta jawatan menteri pengangkutan masih dikosongkan.

begitulah hakikatnya umno yg takut diceraikan mca.
kita tunggu....apakah mca juga lebih haprak dari umno, menyondol.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...