Tuesday, October 28, 2014

Yang lebih mudarat dari Anwar perlu dikenalpasti...

samada anwar dibebaskan atau sangkut atau tangguh lagi kini sudah kurang penting atau sepatutnya kita kurangkan keutamaan ke atasnya,

ahli pkr, pemimpin pkr, pas dan dap sendiri sudah lesu dan menjauhkan diri..penyokong anwar sudah bersuara menolaknya, tinggal saki baki yang masih bengong. Banyak masa sudah diberi kepada anwar,,cukuplah tu.

Apa jasa anwar jika boleh digunakan sebagai tebus ganti untuk membebaskannya (?)

Bila masa dan di mana anwar berjuang demi rakyat sedangkan semua masa telah anwar gunakan untuk rakyat berjuang deminya...perjuangan yang sia-sia.

Kes anwar sangat simple, tidak perlu pun ke penjara, tidak perlu berperang, buang duit dengan loyar selebriti, ...anwar hanya perlu berdamai dengan Maha Pencipta...bertaubat  !!!!

Anwar tidak mempunyai kuasa, pangkat dan jawatan untuk dianggap terlalu merbahaya ....dia hanya bermodalkan air liur, dia lebih diperalatkan oleh semua pihak..nampak macam hero tetapi sebenarnya jadi kuda tunggangan DAP.

Anwar tidak dapat mengatasi undang-undang sehebat manapun dia... Anwar tampak jahat sebab nampak kulitnya jahatnya tapi jangan alpa dengan yang nampak baik tetapi belum tentu baik...

Yang lebih merbahaya dari anwar masih bebas...lebih merbahaya..
Ada kuasa, ada pangkat, ada pengaruh...boleh dikatakan ada segalanya..
Mungkin sedang bermaharajalela...mungkin sedang dikejar bayang-bayang atau mungkin sedang memperkukuhkan dirinya...

Jika ia membawa mudarat, inilah fokus rakyat selepas anwar...

tanya azmin...ikhlasnya apa?

saat kritikal - tanya azmin ?
hati ke hati..
dia nak anwar dibebaskan ke atau apa..
dengan bersyarat mungkin..
atau sebenarnya lagumana..

Ramai yang kata inilah peluang azmin membebaskan dirinya dari anwar..
jangan silap percaturan..

anwar mampu londehkan azmin dari sg buluh..

Siapa yang anda lebih percaya

1. anwar
2. pendakwaraya
3. mahkamah
4. peguambela
5. kerajaan
6. hakim
7. tangan ghaib
8. saiful

Monday, October 27, 2014

Apa kekuatan Najib yang juga dimiliki Anwar...

Watak hitam putih Anwar dan Najib dalam kancah politik Malaysia sama sahaja. Apakah kekuatan mereka..

Selagi rakyat masih bengong...........kawan sebelah aku tambah " dan bangang " - kedua mereka masih kuat dan relevan..

52% penyokong anwar tak setuju...
48% penyokong najib tidak bersetuju tentang anwar

Budak-budak Anwar lebih tahu...

Untuk kali ini tak perlulah nak ulas pasal pencerobohan pintu utama UM atau tentang Anwar yang sudah susut nilai di pasaran...sudah terlebih ulas, lebih ramai tukang ulas dari pembaca...

Cuma ikhlas nak tahu berapa budak-budak yang ceroboh pintu pagar tu dibayar malam tadi..kalau sorang RM500 dikira berbaloi....gud job gud money..

campur tiga hari yang lepas + malam tadi + besok lusa...kalau total RM3k...kira dah ok.

Anwar modal air liur pun boleh berpengaruh...


Anwar disumbat ke dalam penjara.... atau

Untuk menjadikan Malaysia lebih baik dari sekarang, watak siapa sebenarnya yang perlu dimatikan...

Najib berundur...

1. Najib berpengaruh atas sekadar kuasa dan pangkatnya tetapi kenapa Anwar tanpa pangkat tanpa kuasa dan kedudukan masih berpengaruh (?)

2. Jika Najib berada dalam situasi Anwar sekarang - mampukah dia bertahan seperti Anwar...

Sunday, October 26, 2014

Senggol senggolan power broker saluran 202 astro..

1. Apa sumbangan terbesar Anwar untuk boleh diambilkira sebagai jasa kepada negara untuk ditukar ganti kalau itu boleh menebusnya dari masuk penjara...

2. Anwar pernah dibebaskan dari hukuman penjara di kes liwat pertama...untuk dihukum sekali lagi dan kemudiannya dibebaskan bukan satu perkara luar biasa atau di luar jangkaan.

3. Di mana perjuangan Anwar demi rakyat hingga akhirnya kerajaan tunduk dan ikut kemahuan pembangkang diketuai anwar... ISA dimansuhkan bukan soal tunduk kepada pembangkang tetapi lebih kepada masalah peribadi seseorang...senggolan fobia.

4. Apa perundingan sulit yang sedang dilakukan oleh power broker ketika dan saat ini... (?) Reformasi, solidariti, ceramah, poster, penghakiman rakyat adalah semata-mata drama...

5. Untuk belajar tentang politik, mahkamah, penjara, polis, mafia..... rakyat disaran tengok filem Tamil saluran 202 astro...

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...