Friday, December 26, 2014

Nak Jawab Guane Ambe Dok Tahu Starang...

Sajak Utk Abg Jib

Balikla mu Awang
Boh besor mari doh starang
Ombok gelore siang malang
Pohon nyior tepi pata tunggang langang
Rima diZu Kemang dok leh wi makang
Motosikal ada atah bumbong ada ikat tiang.

Balikla mu Awang
Sapa ati mung gi joli org tgh gini
Aku rase mung dok ikut angat kebini
Bini mung mmg mek dok ingat diri
Wi sesupek dia nok seguni

Balikla mung Awang
Mari gok ita tengok org ghudung ghadang
Khuba PokLeh hanyut abih sekandang
Rumah iye hanyut sapa tinggal tiang
Lari 4 cucu tingga selai sepinggang.
Itek ayang Iya mati abih doh iye dogwi makang

Balik la derah Awang
Dogsapa hati ambe tgk MatYeh
Gi mari gi mari mcm luga sireh
Jerit macang buda2 kata pedih pedih
Berok dia(Robert) mati lemah dok sapa hati nok kelih.

Baliklah Awang
Mende dograjing tgk pun pelik kejadiang
Bangsal khepok MekNab habis ombak telang
Nangis MekNab doksah kate la
Sapa dokberlagu berjela jela
Guane la ambe no kherje ambe dog reti
Bangsal hanyut kherpok abis sepeti
Sayu dengor ambe nangis dalang hati


Balikla Awang
Mung wak menda kat hawawii negeri orang
Dengar kate minung kopi late bercawang2
Org sini tanya ambe Dimanakah Awang
Nok jawab guane ambe dok tahu starang.

SASTRAWANG BANJIR
DARI KEMAMANG

Thursday, December 25, 2014

Simple question ? Najib telah melakukan yang terbaik...

Antara kayu golf dengan rakyat - mana dulu yang Najib dahulukan?

Jawapan: Najib telah mendahului rakyat dengan melawat 145 mangsa banjir di Pahang yang mewakili lebih ratusan ribu yang berpindah sebelum terbang ke Hawaiii..

Jawapan: Rakyat tetap didahulukan cuma kayu golf diutamakan !!!

Bukan sahaja rakyat love Najib tetapi Najib pun love rakyat..

Situasi dan keadaan banjir yang berlaku semakin buruk tetapi status, keterpaksaan dan keperluan di sisi Obama lebih dasyat dari itu.

Insya Allah lepas banjir surut, Najib balik dengan beberapa idea untuk mengumumkan beberapa lagi peruntukan yang ditambah disamping idea-idea transformasi (1BANJIR) supaya banjir besar dapat ditangani.

Rakyat akan berterima kasih dan memahami apa yang Najib lakukan, mungkin bukan sekarang tetapi 10 tahun lagi...

Tuesday, December 23, 2014

malapetaka sedang melanda bukan satu kebetulan.

apa yg sudah berlaku kpd negara, dan sekarang malapetaka dan bala sedang berulang di depan mata
bukan satu kebetulan..

ini memang sudah dijangka kerana rakyat sendiri bercakap mengingatkan bersumpah mendoakannya...

ini ada kaitan dengan kecelakaan pemimpin..

Sunday, December 21, 2014

Kenapa Perlu Muhyiddin.. jangan sampai buat habih boreh je..

Semuanya atas harapan Muhyiddin mampu melakukan sesuatu ( mengumum dan
melaksanakan) yang drastik untuk menyebelahi Melayu dan Islam termasuk mempunyai hubungan yang lebih baik dan mesra dengan PAS.

Secara langsung atau tidak, ini boleh menjauhkan lagi sokongan dan undi kaum bukan bumiputera semata-mata Muhyiddin akan dilabel ultra Melayu.

Jawapannya juga mungkin agak drastik:

1) Peduli apa sokongan bukan bumiputera kerana sekarang inipun mereka sudah menunjukkan sikap tolak dan benci kepada Melayu dan Islam. Mereka hipokrik pada Melayu dan Islam PKR dan PAS - lebih sekadar memperalat - habis madu sepah dibuang.

Cina di MCA dan Gerakan serta India di MIC bukan fix deposit, sekadar akaun debit malah terbukti gunting dalam lipatan.

2) Sejarah menunjukkan walaupun Mahathir juga dilabel ultramlays di peringkat awalnya, akhirnya tindakan rasionalnya dalam membangunkan kaum di Malaysia ternyata menjadi satu kekuatan untuk menjadikan Malaysia terus maju.

3) Negara sedang hancur di tangan yang kononya tidak ultramelayu..hancur di tangan liberal dan pemimpin yang kacang lupakan kulit.

Kalau  Muhyiddin juga "sama" !!! - elok jangan buang masa dan tenaga untuk minta najib berundur - buang current  !!! Buat habih boreh je..

# Desas desus azmin dibayang kembali kepada UMNO untuk menguatkan Najib (?) UMNO Selangor dikecam lemah bangat dan sampai kiatmat pun tidak mampu menawan kembali Selangor adalah penanda "ruang dan lorong" sudahpun diberi kepada azmin.

Saturday, December 20, 2014

Menyokong Perkasa bukan satu dosa....

Tindakan ahli perkasa mengoyak banner hari natal di ibupejabat DAP perak mengundang
pelbagai reaksi...

tindakan berasaskan bantahan ke atas lim guan eng yg mengumumkan penggunaan nama "Allah" bebas dan dibenarkan penggunaannya di pulau pinang. lim guan eng sengaja mengambil kesempatan untuk meningkatkan undi walaupun tahu itu merupakan satu provokasi jahat.

kerana pulut santan binasa..itulah respon spontan awal dari ahli perkasa atau secara kebetulan dia ahli perkasa.
Insiden di atas adalah satu contoh bagaimana tindakan yang di ambil adalah lebih terdorong kepada kelemahan pengurusan pihak berkuasa tangani sesuatu isu dengan cepat dan berkesan.


mempertikaikan ahli perkasa ..should not taken law in their own hands...juga tidak wajar kerana lim guan eng sendiri yang memulakan sesuatu yang tidak menghormati mahkamah dan keputusan majlis fatwa.

menanti dan mengharapkan pihak berkuasa yang lemah dan lembek..tindakan "mendahului" ahli perkasa tersebut tiada pilihan melainkan disokong. Adakah ia satu dosa..
Di mana pihak yang sepatutnya  ???

dakwaan unislamic dari sesetengah pihak oleh orang Islam sendiri bukan sesuatu
yang tepat...lebih-lebih lagi mereka sendiri tidak pernah pun menunjukkan jiwa Islam sebelum ini.

Thursday, December 18, 2014

Suara Nyamuk buat Kj melenting...

Najib harus peka dan ambil tahu kenapa makin ramai suara terpencil dan tahap paling rendah kini sangat berani untuk memintanya berundur.

Lebih penting jika itu suara terendah...sewajarnya Kj tidak perlu komen dan layan.
.
Apakah mereka ini ahli-ahli umno yang sama bangangnya dengan blogger upahan.

Bukankah sepatutnya ahli umno menggesa Anwar Ibrahim untuk berundur sebaga ketua pembangkang dan bukannya menyerang Presiden parti sendiri.

Sewajarnya Najib dipertahankan dan mana-mana ahli umno yang bangang wajar digesa pindah dan keluar dari Malaysia. Itu penyelesaian terbaik untuk menghilangkan suara-suara nyamuk ini.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...