Thursday, January 8, 2015

Sekadar denda - apa barang !!!!!

Hina sultan - denda
Hina bendera - denda
Hina lagu negara - bagi geran, bagi pinjaman
Hina Agong - denda
Hina Islam - bagi passport lari ke luar negara
Maki polis - denda
Hina Melayu - dalam siasatan
Hina mahkamah - penjara

Itulah Malaysia...
Duit adakah raja !!?

Mangsa Banjir Wajar Saman Kerajaan

Untuk mengembalikan segala kemusnahan yang melanda mangsa banjir seperti kehilangan nyawa, harta benda, trauma dan masa depan yang tidak menentu adalah wajar mangsa banjir di seluruh negara khususnya di kelantan mengambil tindakan saman ke atas kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Mahkamah harus dijadikan medan untuk menilai setakat mana ianya bencana alam semulajadi atau sebenarnya lebih kepada kelalaian kerajaan menyediakan prasana yang sesuai dengan pembangunan termasuk penghapusan kawasan tadahan hujan dengan kegiatan tamak dan ganas pembalakan.  Tuntut pampasan yang setimpal sebagai hak rakyat.


Isu pembalakan di kelantan jangan sekadar dijadikan bahan politik saling tuduh menuduh sesama mereka yang akan berakhir dengan "nothing" sedangkan hakikatnya segala kemusnahan dasyat itu tidak mampu dipulihkan oleh mereka.

Mangsa banjir jangan terpedaya dengan janji pemimpin yang datang duduk bersila di depan mereka dengan muka simpati kerana wajah ini akan lenyap sebulan lagi tanpa khabar berita.

Situasi di kelantan hanya akan menyaksikan adengan saling tuduh menuduh antara pusat dan negeri yang berterusan dalam membina semula kehidupan mangsa banjir. 5 tahun lagi pun, menjelang 2020 mangsa banjir belum tentu kehidupan terpulih sediakala sedangkan negara sudah didendangkan negara maju.

Rakyat kelantan perlu menubuhkan satu jawatankuasa bertindak ke arah itu. 

Tuesday, January 6, 2015

Memburukkan..umno tak cantik secara auto

secara ikhlasnya nak tanya - apa cara untuk menjadikan umno lebih baik (?)
mahathir sendiri dah tegur secara berhemah, secara tetbuka dan akhirnya tarik  balik sokongan kepada Najib.
Mahathir tu bangun semula untuk apa - untuk rampas kuasa nak jadi PM semula (?) atau boleh juga fitnahkan untuk angkat Mukhriz jadi TPM (?)
Tentulah bersebab Mahathir terus bersuara....

Kesimpulannya memang umno merasakan perjalanannya sekarang di landasan yang betul..Najibs way...

Satu lagi kegemaran penyokong umno ialah memburukkan pembangkang, dilondeh segala hal, tak mungkin tak ada sedikit sebanyak yang mereka reka dan fitnah, dibesar dan dilebihkan...diulangtayang.
contoh ulangtayang terbesar ialah vedio anwar...

Aku setuju satu perkara, pembangkang itu memang sudah huduh dan buruk, tak war-warkan pun, memang pembangkang kaki busuk...

Tetapi adakah memburukkan pembangkang secara lebih-lebih, besar-besaran yang sudah sedia huduh itu menjadikan umno itu molek secara auto (?)

untuk menjadikan umno molek, apa kena buat (?)
Ampu (?)

Monday, January 5, 2015

Ujian Kerajaan Berterusan..mulakan dengan TNB

Penurunan harga petrol tidak disusuli dengan penurunan harga barang seperti sebaliknya menunjukkan
mekanisme harga barang tidak berfungsi kerana dipengaruhi faktor tamak di kalangan peniaga dan kelemahan kerajaan mencorakan ekonomi domestik.

Kerajaan sendiri harus menunjukan contoh terbaik dengan mengurangkan kadar tarif elektrik sebagai langkah permulaan diikuti dengan penurunan harga barang terkawal lain seperti gula, gas dan sebagainya.

Keputusan semua itu perlu dibuat segera tanpa menunggu Najib pulih dari ecoli.

Sunday, January 4, 2015

Banjir juga menghanyutkan hudud (?)

Rakyat Kelantan kena lebih terima bahawa banjir besar yang berlaku di sana adalah satu peringatan supaya jangan salah pilih pemimpin dan parti untuk menjadi kerajaan negeri. Islam jangan jadi alat, hudud jangan jadi mainan bibir.

Sampai ke takat ini mereka masih hipokrik untuk mengaku pemabalakan yang berleluasa adalah punca utama penghapusan kawasan tadahan hujan yang menurunkan banyak lumpur ketika hujan lebat. Keadaan banjir lebih sederhana jika bukan atas faktor tersebut.

Rakyat tidak didahulukan, tidak diutamakan..tetapi PAS masih mahu berpolitik untuk menjaga kepentingan DAP, melindungi pentadbiran lalu dan kepentingan mereka sendiri kononnya untuk menang lagi di PRU akan datang.

Apakah salah tadbir dan rasuah serta penyelewengan hanya berlaku di negeri lain tetapi tidak di Kelantan (?)

Apakah kemenangan mereka ditentukan oleh mereka sendiri semata-mata (?)

Soal Najib tidak berada di dalam negara ketika banjir bukan satu isu besar negara, masalah kredibiliti Najib adalah masalah dalaman UMNO itu sendiri. UMNO juga akan senasib dengan PAS jika terus mengkhianati rakyat.

Saturday, January 3, 2015

Desakan Untuk Najib berundur sudah tidak relevan

Persaolan masih berlegar samada umno masih mahukan Najib sebagai Presiden dan PM (?)... Dari reaksi
pemimpin UMNO setakat ni jawapannya sah and yes mereka menyokong kuat Najib sepenuhnya.

Oleh itu persaolan dan desakan untuk Najib berundur sudah tidak relevan, tidak mewakili ahli umno, elok hentikan sebarang gesaan tersebut.

Tetapi kritikan terhadap Najib atas kelemahannya sebagai PM masih boleh diteruskan atas kapasiti rakyat dan pengundi.

Menolak Najib sudah tidak sesuai, yang perlu ditolak adalah umno keseluruhannya sepertimana PKR ditolak kerana Anwarnya, DAP ditolak kerana rasisnya yang melampau.

Thursday, January 1, 2015

Doakan Kebebasan Anwar 2015

Begitulah sikap yang wajar kita tunjukkan jika dalam masa yang sama kita diminta doakan dan bercakap yang baik-baik belaka untuk Najib oleh para penyokongnya yang budiman dan bijak-bijak belaka.

Adalah salah mengkritik Najib kalau sekadar persepsi tanpa bukti atau andaian - itu fitnah. 
Kalaupun fakta - jangan persoalkan, tutup mulut - jangan kritik, jangan bagi pendapat.

Oleh itu method yang sama perlu digunapakai untuk semua pemimpin..

Doakan kebebasan Anwar.. Usaha membebaskannya secara diplomasi di peringkat antarabangsa  sedang dilakukan..

Berbaiksangka dengan Lim Guan Eng...dia tak ada jentik pun telor kalian

Muliakan Lim Kit Siang....dia juga turut membangunkan negara tanpa rasis

Ziarahlah kubur Karpal Singh..penentang hudud tegar.

Bagaimana sikap pemimpin dengan rakyat.....kategori pembohong atau penipu. atau mereka memang jadi pemimpin yang cukup bermaruah dan amanah.

Banjir besar dan ribut taufan yang melanda adalah kejadian alam sebagai satu tanda peringatan secara langsung dari Penciptanya.
Masihkah perlu dapatkan pandangan dan nasihat dari Obama !!


Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...