Sunday, January 25, 2015

Satu Demi Satu Makan Diri.. Tak Perlu Korek Kesilapan..Ada Depan Mata....

Najib dah tegur blogger bangang...

Setakat ini Najib belum tegur Menterinya yang bangang..tak pasti Najib sedar atau tidak, atau mungkin kerana penyokong kuat, ia dibiarkan...

Mungkin juga Najib tidak dikhabarkan oleh konsetan, pmo atau apa saja kejadah nama yang ada di sekelilingnya...

Tapi kena ingat...yang buruk, yang huduh, yang silap, yang malapetaka tidak boleh menuding kepada Najib, tidak boleh letakan tanggungjawab itu kepadanya..Najib kalis.

Najib dah ada Menteri Ayam, Menteri GST, Menteri Zumba, Menteri Jet dan terbaru Menteri Rotan.. belum cukup koleksi tersebut untuk dianggap kerajaan sekarang lemah..

Masih ada 3 tahun lagi untuk kita terus mengumpul koleksi...

Dalam hal sebegini, kita rindu untuk mendapat pandangan bernas dari wardina !!!


Lim Guan Eng dan DAP jadi beban Pakatan Haram

Blogg ini tidak berminat untuk senaraikan rentetan peristiwa dan tindakan lim guan eng dan kerajaan pulau

Lim Guan Eng ke arah diktator (?) Siapa lagi..

Saddam Husien dan Muammar Gadafi antara dua contoh manusia paling berkuasa pada suatu ketika dulu tetapi akhirnya jatuh jelepok dalam keadaan yang cukup hina.

Dipermain dan diperangkap oleh Yahudi.

Itu sejarah, dan boleh berulang bukan sahaja di sana tetapi juga di Malaysia. Kekuatan di kalangan kroni tidak akan berpanjangan.

Saturday, January 24, 2015

Zam nak puasa yangyok kot..

Zainudin Maidin atau blognya Zamkata mengambil keputusan untuk berhenti  fokus menulis secara langsung politik semasa kerana tersinggung dengan persepsi yang dilemparkan kepadanya dan merasa bersalah kepada kawan karib yang dikritiknya. Mungkin ini satu kesimpulan kasar hasil dari bacaan di media. Secara detailnya semua sudah tahu dan sudah baca.

Dunia kewartawanan dan politik yang Zam ceburi mungkin tidak memberi kesan kepadanya selepas bersara.

Kegetiran asam garam sebagai wartawan dan ahli politik seolah dengan sendirinya tamat bila sudah tiada jawatan dalam kedua-dua bidang. Sedikit persepsi sahaja zam sudah terasa hati, merajuk dan membuat keputusan api-kereta.

Menulis untuk kebenaran atau menulis untuk memuaskan hati semua orang !!!

Posting terbarunya tentang rita Rudani - masih berbau politik..

Zam mungkin memerlukan sedikit masa untuk berehat dan kemudiannya kembali semula dengan sebab musabab untuk lebih 'ganas' ...




Ayat Power dari Najib..

Ucap tahniah pada Najib walaupun masih terlalu awal kerana ia sekadar kenyataan.. tapi aku rasa kurang lebih kenyataannya sama dengan Anwar ketika mula dilantik menjadi Penasihat Ekonomi Selangor kononya pak arab dah bersedia nak melabur ribu juta..
Sampai la apa sudah jadi..

Gambar tu aku kutip dari blog blogger yang sudah semestinya tinggi kreditbilitinya !!!!

Thursday, January 22, 2015

Semalam tibai - esok kena lambung...Haruuu



Perkembangan  politik semasa:

Cuma nak ingatkan para blogger dan cai yang sering dok belasah Anwar dan DAP kaw kaw supaya elok bersederhana mulai sekarang.


Bukan apa - takut tauke hampa beralih angin, lawan jadi kawan.
Semalam hampa tibai esok hampa kena lambung..

haruu...


Wednesday, January 21, 2015

DAP ganti MCA..landskap politik negara bisa U Turn..

Angin sepoi sepoi bahasa sedang bertiup, menggoyangkan daun dan ranting, sesekali menggoncang dahan
dan batang - jika kena percaturan beruk dan monyet bisa keguguran.

Selepas bertahan kurang lebih dua tahun, kerajaan diketuai Najib kini mula keluar dari kepompong membisu kepada menyerang balas yang bermula dari penyokong yang kurang jawatan tetapi bernafsu.

Tidak jelas itu arahan Najib tetapi kebebasan bersuara boleh dijadikan alasan dan Media Prima dilihat berperanan untuk menjadi urusetia serangan. Mungkin selepas ini diikuti dengan suara-suara yang lebih pengaruh dari kalangan pemimpin negeri dan kanan.

Anwar diberi peluang tumpang semangkuk melampiaskan apa yang terbeku dengan melepaskan tembakan angin.

Yang mula kena serang adalah Pak Kadiaq, diikuti Daim dan melihat rentetan, tidak mustahil, sasaran utama seterusnya ialah Mahathir.

Angin sepoi juga membawa perkhabaran kemungkinan besar Anwar dan Najib akan bergabung fikiran dan tenaga dan Nurul jadi bahan cagarannya...jika benar, ini satu hasil kerja tangan dari orang yang berpengalaman, kecewa dan dendam.

Jika itu satu realiti, mustahil DAP dibiarkan... elok sangat menggantikan MCA dan diberi ganjaran dan tempat dengan mengorbankan beberapa keistimewaan atas dasar samarata, samarasa mengikut selera Lim Kit Siang.

Sepatutnya game ini mudah dan beres kecuali dan cuma Perkasa perlu dijinakan  !!!!

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...