Tuesday, April 7, 2015

Muhyiddin sudah bersuara.. penyokong TDM wajar faham

Kalau dikumpulkan sokongan.  Najib sudah dapat begitu banyak sokongan dan kalau mahu sokongan itu nampak hebat, pemikir-pemikirnya dalam JASA sudah tentu ada idea macamana nak kumpul umat sebanyak mungkin.

Muhyiddin pun sudah mengendeng sokong Najib - GST bukan untuk membayar cukai kerajaan, itu katanya. Muhyiddin perlu kekal tunjuk baik..

Tidak ada sebab untuk Najib berundur, sokongan kepadanya cukup kuat tetapi kenapa agaknya dia masih belum ada dkekuatan untuk jawab saolan Mahathir (?) Kalau tak mahu jawab pun, jawablah..Saya tak mahu jawab !!! Kan dah jawab juga tu..

Bezanya BLOGGER dengan BLONGANG

Yang pro Mahathir pusing tunggang terbalik pun akhirnya akan minta satu sahaja, NAJIB TOLONG JAWAB, tidak kurang dan tidak lebih dari itu atau BERUNDURLAH.

Yang pro Najib, serangan ke atas Mahathir 360 darjah, ungkit semua perkara, tiba-tiba 22 tahun semuanya jadi buruk termasuklah serangan peribadi dan ada yang tidak berpijak dibumi nyata kononnya mereka lah yang sekarang ini duduk rapat dengan akar umbi dan mendapat sokongan rakyat dan akhirnya mereka minta Mahathir DIAM dari bercakap tentang kesalahan mereka.

Bukankah Mahathir sudah berpesan, if you make trouble, if you create problem and if you got problem and trouble beliau tidak wajar diminta untuk mengatasinya. Pandai makan pandai cuci pinggan sendiri.

Mahathir sudahpun menasihati, bukan sekali, berkali-kali ... Nasihat yang jelas dari Mahathir, jangan lawan dengan kebenaran, makan sahaja Pil Undur sebelum terlewat...

Jika pembangkang bersuara mereka kata fitnah, apakah yang ada dalam UMNO itu semuanya malaikat.

Monday, April 6, 2015

Blogger Mana Serang TDM Sudah Angkat Bendera Putih..

Tajuk Asal: Blogger Serang TDM Sudah Angkat Bendera Putih..(?)
 
KD insyaallah blogger pro Najib akan berhenti menyerang TDM...tapi tak tahulah kalau depa hilang sabar. 
http://kluangmanexpress.blogspot.com/2015/04/giliran-shahrir-jadi-tukang-jawab.html


Sewajarnya begitu, kerana Tun Mahathir bukan minta Bloger atau Tukang Jawab yang memandai memberi jawapan di luar kotak mereka. Biarlah Najib jawab.

Selepas Najib jawab, serangan ke atas Najib untuk minta dia menjawab perlu dihentikan dengan serta merta.

BERHUBUNG DENGAN PENDIRIAN MUHYIDDIN..
Dijangkakan Muhyiddin akan menyatakan pendirian dalam tempoh terdekat dan sebaiknya selepas Najib menjawab dengan berhemah kepada Tun Dr Mahathir.

Keadaan ini akan membolehkan UMNO akan terus dihormati, disegani, digeruni oleh kawan dan lawan.

Giliran Shahrir Jadi Tukang Jawab..

Semasa Paklah di asak oleh Mahathir - situasi yang sama berlaku, ramai-ramai akan kata sokong dan berdiri teguh di belakang Paklah tetapi sebaik sahaja Paklah turun ke mana mereka (?)

Sokongan yang dilaungkan tidak membawa apa-apa makna jika mereka berasal dari jenis burung kakak tua dan terdiri dari orang yang sama (KBU) seperti yang didowngrade oleh Ku Li.

“Dr Mahathir does not know what we are doing. We are on the ground and closer to the voters - Shahrir Samad.

Di mana agaknya telinga dan mata Shahrir ketika rakyat membantah GST - kalau mereka dekat dengan pengundi sudah pasti GST tidaklah dilaksanakan seburuk ini yang mengakibatkan harga dan servis naik secara drastik dan tiba-tiba.

Seperkara yang penting, yang berulang - yang jawab tetap masih tukang lawak.



Sunday, April 5, 2015

"SKANDAL" - Tun merepet lagi...

Untuk berlaku adil:

Najib tak perlu jawab
Najib tak dapat jawab
Najib tak perlu berundur
Mahathir terus tanya

Agak-agaknya siapa yang akan menang dan berkuasa di Putrajaya kelak !!!

UMNO yakin menang
Pembangkang ambil kesempatan dan yakin menang
Mahathir memberi amaran

Apakah faktor "Mahathir" sudah tidak relevan...

Walaupun Mahathir tidak berperanan sebagai Ketua Pembangkang seperti Anwar, tetapi persaolannya boleh dianggap tidak mampu dirungkai oleh UMNO, melabelkannya dengan apa sahaja langsung tidak menguntungkan UMNO. Untuk dikatakan UMNO cukup kuat untuk mengekang Mahathir juga sangat diragui.

Anwar yang terpalit sebagai bekas banduan dan kini menjadi banduan semula dengan dikaitkan beberapa kes liwat dan zina yang merosakan reputasinya pun masih liat untuk UMNO urus dan hadapi apatah lagi Mahathir yang lebih bersih, lebih berpengalaman dan peluru yang dimuntahkan bukan peluru dan omongan kosong, mampu meledak !!!

  PS -  "Kalau dia nak selamat, saya fikir dia kena tukar pemimpin... pasal terlalu banyak skandal dan dia tak dapat jawab," - Tun Mahathir.

Skandal - perkataan yang sangat sensitif...aaaarrrggghhhhhh. Tun omongan kosong kot...


Kita sering minta dan bertanya-tanya kenapa Najib tidak jawab sendiri dan Ku Nan sarankan supaya Najib jangan jawab..
Kita mungkin terlepas pandang ayat Tun...'DIA TAK DAPAT JAWAB"...


" Khalid’s failure after 48 hours to name police officers who had met Sirul in Sydney immigration detention centre and rebut the former corporal convict’s accusation that the top cop in the country had lied is the top national embarrassment of the year " - LKS


Kenapa Najib Tidak Lakukan Perkara Yang Paling Mudah..

Dengan perkembangan isu politik semasa, ketika Tun Dr Mahathir seolah sudah bersedia dengan satu politik marathon dan siap di tangannya ada pisau dan alat pembedahan. Sudah tidak dapat di elakkan lagi, koma dan noktah juga semakin hampir samada Najib perlu berundur atau Mahathir perlu berhenti dan berkompromi serta sedia mengaku kesilapannya.

Adakah sesuatu yang sukar untuk mengatakan Mahathir hentam kromo dalam segala isu yang diperkatakannya termasuk yang terkini, menghampiri peribadi Najib dan keluarganya.

Sikap berdiam diri seperti Paklah menunjukkan itu menjadi kelebihan kepada Mahathir, Najib mengulangi kesilapan tersebut...

Apakah sudah ada petanda Najib akan berundur (?)
Sudahkah ada petanda seorang demi seorang menjauhkan diri darinya (?)
Sudahkah ada petanda seorang demi seorang mula merapati Muhyiddin (?)

Muingkin semua itu terlalu awal tetapi pasti ada penghujungnya...

Dalam ketika isu semakin panas,Kj telah mencuri tumpuan dan menunjukkan kematangannya...ianya lebih sukar buat Najib...

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata persoalan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dijawab supaya masalah tidak terus meruncing lagi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 April, 2015.Pelbagai isu yang dibangkitkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu segera dijawab Putrajaya bagi mengelak masalah yang dibangkitkan menjadi lebih meruncing, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Menteri belia dan sukan itu berkata, pandangan Dr Mahathir sebagai seorang bekas perdana menteri tidak boleh diabaikan kerana isu yang dibangkitkan adalah isu yang mendapat perhatian ramai.
"Sebagai seorang bekas perdana menteri, kita harus mendengar dan menghayati apa yang ditulis beliau. Bagi saya, kita tidak boleh buat tidak tahu saja apa yang dibangkitkan Dr Mahathir.
"Kita perlu selesaikan masalah itu. Apa yang Dr Mahathir bangkitkan kita perlu jawab walaupun kita rasa jawapan sudah diberikan, kena jawab lagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Universiti Teknologi Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
Khairy berkata sama ada isu syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembelian jet kerajaan atau dakwaan pembunuh warga Mongolia Altantuya Sharibuu, Putrajaya perlu bersedia menjawabnya.
Katanya, apa yang dimahukan Dr Mahathir ialah semua persoalan dijawab Najib sendiri supaya lebih berkesan.
"Saya fikir itu yang Dr Mahathir mahu. Kita boleh buat penjelasan tetapi pada pandangan saya, yang paling berkesan apabila perdana menteri sendiri memberi penjelasan tersebut," katanya.
Dr Mahathir pada Khamis menyenaraikan pelbagai tuduhan terhadap Najib selama ini, dan mengatakan tiada satu pun antaranya dijawab sempurna.
Katanya, ia termasuk pembunuhan Altantuya dan dakwaan oleh salah seorang yang disabitkan, bekas komando Sirul Azhar Umar, iaitu bekas pengawal peribadi Najib.

Saturday, April 4, 2015

Integriti PDRM makin tercalar...


Calling IGP ‘liar,’ Sirul says never met Malaysian cops in Australia - Malay Mail Online - Malaysia Today.

 

Jika berita ini benar, bertambah parah lah jika pihak yang menegakan undang-undang dan wajib berkecuali tercalar integiriti !!


Any komen form Zahed !!

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...