Monday, November 2, 2015

Tony terima kasih pada Arul... Zahid pun termakan gula gula getah Tony

Apabila dikatakan Arul bukanlah tandingan Tony dalam politik ramai yang tidak percaya...

Apabila dikatakan Arul masuk perangkap mainan politik Tony ramai yang kata tidak...

Hari ini cai sendiri akui hakikat dan  spin Tony hanya cari galamour dan nama untuk panjat Pengerusi DAP... kan dah kena !!!
Kalau tak cabar Arul, Tony bukan sekadar terlepas Pengerusi, kerusi pun mungkin dia tidak jamah.

Terima kasih pada Arul yang membantu Tony ditabalkan Pengerusi DAP.

Bagi Tony... dia masih ada peluang untuk keronyok dan menyiat Arul dalam siasatan PAC...


TAHU TAK KENAPA TONY TAK NAK DEBAT DENGAN ARUL...
SIAPA YANG MALU SEKARANG (?)
No wonder Arul berani sebab kerusi kosong.....


Maaf le kalau ramai yang terpaksa ketawa....



Sunday, November 1, 2015

PERJUANGAN PERIBADI PERJUANGAN SEMPIT... YANG DI BELAKANG ( PERJUANGAN UNTUK ANWAR) DAN YANG DI DEPAN MATA ( PERJUANGAN UNTUK............ ) SEWAJARNYA SUDAH MENJADI PENGAJARAN..

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendapati mantan Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan secara Haram, dan perlu dibebaskan serta-merta

Posted on Monday, 2 November, 2015

Kuala Lumpur – Hari ini, barisan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan Pendapat No. 22/2015 oleh Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari PBB (UN Working Group on Arbitrary Detention – UNWGAD), yang sebulat suara mendapati Anwar dipenjarakan secara haram, dan melanggar undang-undang antarabangsa.

Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari mengeluarkan pendapat berikut: Pemenjaraan Saudara (Anwar) Ibrahim adalah arbitrari. . . mengambil kira semua hal dalam kes tersebut, Kumpulan Kerja ini berpendapat bahawa jalan untuk membetulkan keadaan adalah untuk membebaskan Saudara (Anwar) Ibrahim dengan serta merta, dan memastikan hak-hak politik beliau yang dirampas oleh kerana pemenjaraan beliau ini dikembalikan.

“Saya amat bersyukur dengan gesaan Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu kepada kerajaan Malaysia untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata YB Nurul Izzah Anwar. “Pendirian tegas sebegini bersolidariti bersama-sama Datuk Seri Anwar menghantar sebuah mesej yang jelas kepada Perdana Menteri, Najib Razak, dan memastikan kemerosotan hak-hak asasi manusia yang berlaku di bawah kepimpinan beliau tidak diabaikan oleh dunia,” tambah beliau.


# 1.  Jika Malaya ada pemimpin seperti Anwar dan Najib, adakah kita sudah merdeka sekarang !!!
# 2.  Tidak mustahil Anwar dibebaskan....

Tidak kah Arul.menghina PAC (?)

Seperti di ketahui PAC diberi semula nyawa untuk meneruskan siasatan ke atas 1MDB dan tidak pula dimaklumkan atau diberi jaminan bahawa Pengerusi baru ini juga tertakluk kepada kenaikan pangkat jika terlebih "cemerlang".

Arul Kanda antara yang akan dipanggil untuk disoal siasat...

Dan hari ini Arul bukan sahaja bebas untuk bercakap di mana-mana pentas malah berani pula berdebat dengan salah seorang Panel PAC...

Tidakkah itu menghina mahkamah (PAC) dan menganggu siasatan (?)
Apakah Arul sedang berada di dalam kekebalan atas restu dari orang yang paling berkuasa di Malaysia (?)

Saturday, October 31, 2015

Hadi Awang Dah Penat Nak Rebut Kuasa (?)

Mungkin itu antara kesimpulannya jika layari http://shahbudindotcom.blogspot.my/2015/11/kah-kah-kahkesiannya-dengan-pas.html.
Mari kita baca antara kenyataan terbaru Presiden Pas itu sebagaimana yang disiarkan di media arus perdana hari ini:-

- Pas sedia menasihati BN dalam hal seperti 1MDB, cukai GST, perumahan serta kejatuhan nilai ringgit.

- Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam.

- Kesediaan itu kepada syarat agar UMNO mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam.

- Mengumumkan satu pertemuan dengan Perdana Menteri, Najib Razak akan berlangsung tidak lama lagi.


Adakah itu pendirian PAS keseluruhannya atau lebih kepada pandangan pemimpin yang sudah muflis idea, penat, nak pencen atau lebih suka bersenang-senang jika dapat tawaran dan pangkat yang gah pada nama.


Jika itu benar, Nasha lebih beruntung...

Apakah dalam masa yang sama Hadi masih sempat  mempersenda UMNO sebagai kurang Islam berbanding dengan PAS (?)

Mungkin Hadi boleh minta Nasihat dari Nik Abduh bagaimana untuk menasihat UMNO tentang 1MDB dan GST secara mudah, nasihat sambil duduk-duduk.

Setakat itukah Nik Abduh warisi dari Nik Aziz (?). 


MENCARI BUKTI ATAU MENCARI ALASAN (?)

Kerja yang senang ialah mencari alasan penyingkiran...

Jangan bersusah payah mencari bukti kerana jumlah yang menyokong lebih dari mencukupi...

7 orang 7 alasan..

3 dipecat...2 digantung...2 kena warning. Mungkin lebih baik ...



ARUL VS TONY PUA (sambungan)
Mustahil....

PUSINGAN AWAL
Cabar mencabar..

PUSINGAN KEDUA
Tony Pua buat buat takut...

PUSINGAN KETIGA
Arul buat buat berani..

PUSINGAN SEPARUH AKHIR..
Penasihat masing-masing memberi alasan kenapa patut tak jadi...

PUSINGAN AKHIR...
Lu fikirlah sendiri...




#psikologinya mereka fokus untuk menang persepsi tetutama di kalangan penyokong sendiri tampak hebat, tampak suci dan tampak "berbaloi" untuk majikan sendiri.



Wednesday, October 28, 2015

Petualang bukan setakat 7




Teuku Nan sepatutnya memperluaskan lagi siasatan bukan setakat kepada 7 pemimpin.

Bagaimana 13 Ketua Cawangan di Teluk Kemang, bagaimana dengan Mukhriz (?)

Jamal Sekincan tak perlu siasat sebab dia tak penting kata Nazri. Mungkin juga sampah macam Saifuddin.

PENCUCIAN ini patut dilakukan secara besar-besaran, tanpa pilih bulu. Bukan sekadar untuk takut takutkan atau ugutan.
Dan untuk betul2 bersih dan selamat 3 juta ahli wajar disiasat satu persatu. Masa masih ada sebelum PRU14.

7 pemimpin atau lebih ini patut disingkir sebelum PAU kerana ia boleh mengecohkan keadaan. Kalau boleh bersidang dengan dewan kosong lebih selamat.

7 pemimpin yang perlu disiasat dari kacamata siapa (?) Mereka menggugat individu kerana salahlaku individu tersebut atau mereka mahu menggandaikan perjuangan dan merosakan nama baik parti (?)

Jangan salah pilih pemimpin untuk disiasat sedangkan dalang, petualang, pengkhianat, si bangsat seperti gunting dan duri masih bebas dan kekal.

Tentu sekali Teuku Nan bukan salah seorang darinya !

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...