Thursday, November 5, 2015

Akhirnya Arul Tak Berani...

Memories

Pua cabar Arul...
Arul sahut cabaran...
Shahril kata jangan
Pandikar kata jangan
Salleh kata jangan..
Pua diganti Rafizi..
Arul kata "sorry"..
Debat tak jadi..

Posting kluangdiamond bertarikh 30/10/15 ARUL VS TONY..mustahil berlaku....menepati analisa.

ARUL TAK BERANI...
Kenapa alasan "integriti PAC" tidak digunapakai semasa menerima cabaran Tony tetapi menikus untuk jumpa Rafizi.

Pendekata, apa jua alasan murahan Arul sudah tidak relevan.
Sekali lagi jumpa Tony pada 1/12/15 nanti...
Masa yang ditangguhkan sejak Ogos sewajarnya tidak akan ada alasan untuk Arul tidak  menyiapkan segala dokumen, bukti, fakta dan ketelusan...

Sekali lagi, tepat kot analisa tersebut.
Tak setuju pun tak perlulah nak maki-maki...


MAHATHIR DIAMBIL KENYATAAN SECTION 500 KANUN ACARA JENAYAH CRIMINAL DEFAMATION

3hb November 2015

(NST) – Police will record a statement from former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad this Friday in connection with reports accusing him of making defamatory statements against Umno leaders.
Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar said Dr Mahathir was not being
investigated for his presence at the recent Bersih 4 rally, but for calling for Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s resignation.
“He (Dr Mahathir) had provided the date (Friday), but this is also subject to the availability of his lawyer,” Khalid said when contacted today.
Khalid said it was up to Dr Mahathir to decide on the venue to have his statement recorded.
Earlier, Khalid had said Dr Mahathir was being investigated under Section 500 of the Penal Code for criminal defamation, where he (Dr Mahathir) had made an appearance on Aug 29 and 30 during Bersih 4.
Police reports were also lodged by an Umno division chief on Dr Mahathir’s statement about corruption in the party divisions.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis telah membuka tiga kertas siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang menyentuh tentang fitnah dan membawa hukuman dua tahun penjara, denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Wednesday, November 4, 2015

"STOP BUTTON" cari tak jumpa...

1. Kita berharap pemimpin harus sedar bila dia perlu berundur, jangan sampai terlupa dan gunakan pelbagai alasan murahan.
2. Untuk menerajui sesebuah syarikat memerlukan seseorang yang hebat sebagai pengurus, perancang dan perlaksana.
- Sebab itu orang politik cekap bercakap dan lembab bila bekerja atau melaksana.
- Pengurus yang cekap kurang bercakap, tidak perlu jadi ahli pemidato terhebat di dunia.

-  Pemidato dan orang politik ada dua persamaan - jari mereka akan menunjuk kepada orang lain dan tidak kepada diri sendiri.

Bill Gates has resigned as the 'Chairman of Microsoft' after receiving a letter from Kuppusaamy below:


Saar,

I have some questions for you.... Please yanswer please:

Namba wan) The keyboard alphabets yar not in order, ven vil you launch the correct version?

Namba too) There is yeh 'Start' button... But no 'Stop' button... Rascal, ver it is?

Namba tree) I yev already learned Microsoft Word, venna you laanching Microsoft Sentence?

Namba for) There is yeh Recycle bin... But nobody coming to collect that bin yevriday. Vai?

Namba fai) Your name yis Bill... But in India they arr selling computers but no the receipt..? Vai?

Yand finally yeh personal question:
Your surname is Gates... But you are selling Windows... Vai saar vai?

Kuppusaamy

GELAGAT 1MDB MENCURIGAKAN

Dalam isu 1MDB secara logiknya kita tidak perlu tunggu untuk lihat dokumen yang memberi fakta menyeleweng atau menunggu keputusan mahkamah 1MDB diurus tadbir yang salah, memadai jika kita lihat gelagat gelagat mereka yang menguruskannya.

2. Keberanian Arul kononnya tanpa syarat sangat palsu apabila tiba tiba dilindung dengan pelbagai statement menghalangnya berdebat.

3. Sebelum ini juga kita lihat beberapa pembubaran Task Force, perpindahan pegawai, pertukaran malah ada yang dapat habuan, masakan pokok bergoyang tanpa digoyang.

4. Najib sendiri enggan bercuti atau melepaskan jawatan tertentu sebagai pra syarat bersih dan telus.

5. Banyak lagi maklumat, peristiwa dan gelagat menunjukkan 1MDB memang bermasalah, bukan kecil tetapi sebesar bangkai gajah.

6. Ia bukan melibatkan seorang dua tetapi secara sekongkolan besar besaran dan dua nama yang sangat terserlah,  Shahrir dan Salleh Said Keruak dilihat sangat brrpengaruh dan sentiasa ke depan.

7. Dalam masa yang sama nasib Muhyiddin semasa menjadi TPM yang sentiasa tertinggal "news dan knowledge" tentang 1MDB kini berulang kepada Zahid.

8. Tidak banyak kenyataan intelektual tentang 1MDB yang keluar darinya kecuali amaran untuk menyiasat dan.menangkap penyabotaj ekonomi !!!!

TPPA ABIM BERTINDAK

KENYATAAN MEDIA
ABIM FAILKAN SEMAKAN KEHAKIMAN TUNTUT KERAJAAN HENTIKAN TPPA
4 NOVEMBER 2015/ 22 MUHARRAM 1437 H

Pada hari ini, 4 November 2015, bertempat di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menfailkan permohonan Semakan Kehakiman terhadap Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri & Kerajaan Malaysia sebagai Responden mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di antara Malaysia, Australia, Brunei, Canada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Amerika Syarikat.

Permohonan Semakan Kehakiman ini dibuat kerana kami menilai bahawa TPPA akan merosakkan struktur asas Perlembagaan Persekutuan, serta merendahkan sistem perundangan dan kehakiman negara seterusnya menggugat kedaulatan negara. Selaku pertubuhan yang berperanan untuk mengetengahkan Islam sebagai teras utama tatacara politik, ekonomi serta sosial, ABIM menilai TPPA akan mencemarkan  peruntukkan istimewa yang merujuk kepada kedudukan Islam sebagai agama utama persekutuan yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, TPPA juga dicermati akan menggugat struktur asas utama dalam Perlembagaan Persekutuan seperti hak-hak Keistimewaan Orang Melayu dan orang-orang asal Sabah dan Sarawak (Perkara 153), bahasa kebangsaan (Perkara 152), dan tanah rizab Melayu (Perkara 9) dan beberapa peruntukan serta polisi perundangan lain yang menyentuh garis panduan pemuliharaan alam sekitar, penjagaan hak-hak pekerja dan buruh, serta hal-hal berkaitan keselamatan dan kesihatan awam sekiranya didapati tindakan berasaskan Perlembagaan Persekutuan tersebut menyebabkan kerugian terhadap sesebuah syarikat asing di Malaysia.

Sebagai contoh; menerusi pembentukan Investor-State Dispute Settlement (ISDS) selaku mekanisme timbang tara menjamin kelancaran TPPA, responden-responden berkemungkinan menghadapi tindakan undang-undang sekiranya mereka menguatkuasakan atau melaksanakan kewajipan berkenaan peruntukan yang menjadi sebahagian daripada struktur asas Perlembagaan Persekutuan.

Dalam erti kata lain, pembentukkan ISDS yang terdapat dalam perjanjian TPPA akan memberikan hak dan kedudukan yang istimewa kepada para pelabur seterusnya peruntukan ini mendedahkan pihak-pihak responden kepada pelbagai kemungkinan tindakan undang-undang daripada pihak pelabur.

Sekiranya ini berlaku ia mengganggu gugat kedaulatan negara di mana asas-asas utama kenegaraan sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan akan dicabar bagi menyesuaikannya dengan kehendak para pelabur.

Justeru, kami percaya menerusi TPPA, kepentingan pelabur asing akan mendahului ketinggian Perlembagaan Persekutuan dan sistem perundangan negara memandangkan setiap polisi dan perundangan yang ingin dikuatkuasakan Responden demi menjaga kepentingan rakyat akan terhalang.



Permohonan ini juga dibuat kerana kami bimbang bahawa perjanjian TPPA ini boleh disimpulkan tanpa persetujuan Parlimen dan tanpa isi kandungan TPPA didedahkan kepada umum. Natijahnya, TPPA ini secara rasmi “akan” dianggap sah dan diterima kerajaan Malaysia. Atas dasar ini, permohonan semakan kehakiman difailkan atas perkara-perkara seperti berikut:-

1. Pihak kami memohon satu perintah mandamus bagi mewajibkan Responden-responden untuk dengan serta-merta menzahirkan dan mendedahkan teks Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (“Perjanjian TPPA”) dan menyerahkannya kepada kami dan rakyat secara umum;

2. Pihak kami memohon satu perintah mandamus bagi mewajibkan Responden-responden untuk dengan serta-merta menzahirkan dan mendedahkan segala dokumen yang berkaitan proses rundingan Perjanjian TPPA dari peringkat permulaan sehinggalah Perjanjian TPPA dilaporkan disimpulkan termasuk semua set analisis penuh kos dan faedah menandatangani Perjanjian TPPA;                                                                                                                                    

3. Pihak kami memohon satu deklarasi bahawa menandatangani Perjanjian TPPA adalah suatu tindakan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan;

4. Pihak kami memohon Mahkamah Tinggi mengeluarkan suatu perintah larangan (prohibition) bagi melarang Responden Pertama, Kedua dan Ketiga sama ada melalui dirinya sendiri atau agennya atau wakilnya daripada menandatangani Perjanjian TPPA;

5. Pihak kami memohon satu perintah penggantungan terhadap Responden dari meneruskan dengan proses menandatangani Perjanjian TPPA tersebut sehingga Semakan Kehakiman ini didengar di atas meritnya dan diputuskan oleh Mahkamah Yang Mulia.








MOHAMAD RAIMI AB RAHIM
PRESIDEN
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Tuesday, November 3, 2015

Apakah Arul sudah mula takut sehingga pihak lain perlu campurtangan..

# TERKINI...
Makin ramai pemimpin dan menteri menggelupor sawan dengan pelbagai ugutan untuk menghalang debat Arul/Tony....


Kesian Tony Pua, diikat kakitangan, dimangga mulutnya, dibutakan matanya, dikerat lidahnya sekadar mengekangnya untuk berhadapan dengan Arul yang bebas untuk bebas bercakap.

Kenapa Tony Pua (Jawatankuasa PAC) dilarang membuat sebarang kenyataan secara terbuka mengenai 1MDB oleh Pengerusi PAC tetapi tidak kepada Arul, saksi utama...

Jika tiba tiba begitu banyak kekangan menghalang sudah tentu ada sesuatu yang dibimbangkan, adalah perlu Tony meneruskan debat dengan Arul walaupun berisiko hilang keahlian PAC.

Apakah Tony masih yakin dan percaya PAC mempunyai ketelusan dan integriti dalam isu 1MDB (?)
atau sekadar mengisi masa dan peraturan.

Debat harus dijadikan peluang untuk Tony menjalankan tugasnya dengan lebih sempurna dalam berhujah dan menggasak di setiap penjuru untuk mendapat jawapan pasti dan reaksi Arul ...

Inilah peluang terbaik Tony untuk menunjukkan dia betul betul puaka pada Arul.

Monday, November 2, 2015

BERAS HANCUR VS DEDAK

Aku meggeleng geleng kepala apabila dapat tahu berita ini tidak dikeluarkan oleh pemakan dedak di media masing-masing...


Jangan pula salah faham, penyokong atas pagar tidak sedikitpun mempertikai pemansuhan cuma nak tanya, ke mana wang subsidi itu kelak akan dialihkan, bayar hutang? 
Tahap kritikal sangat kalau wang subsidi ditarik untuk bayar hutang.
Mungkin peruntukan subsidi itu boleh dialih daripada beras hancur kepada dedak memandangkan masih ada segelintir yang kekal memakannya !!!!

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...