Sunday, November 8, 2015

Mukhriz ada dua pilihan...

Apa pilihan yang Mukhriz ada..Dua pilihan yang tiada pilihan:
Memilih untuk berundur...
Tunggu hingga diganti...

Perjuangan tidak pernah berhenti..
Kebenaran tidak pernah kalah..

# UMNO akan terus kekal berkuasa di Kedah dan PAS ( baca Hadi ) bukan lagi satu ancaman...



Saturday, November 7, 2015

KEMBALIKAN UMNO KEPADA MUHYIDDIN DAN SERAHKAN PAS KEPADA TUAN IBRAHIM..

Zahid patutnya berperangai macam Husam Musa.
Tugas Naib kanan memberi nasihat kepada Presiden dan Timbalan umpama menarik rambut dalam tepung.

Zahid tidak perlu terkam dan gelojoh ketika parti susah, tidak perlu menangkan seorang sehingga parti jadi goyah kerana ahli jadi bengong, yang kenyang jemuan prepaid postpaid.

Kembalikan UMNO kepada Muhyiddin dan Zahid kekal nombor 2, parti UMNO sudah tidak ada tolok bandingnya jika itu berlaku.
Kekuatan itu membolehkan PAS dan PKR mudah didekatkan.

Apakan daya Zahid dah tersalah lorong, masuk ikut tingkap, nak keluar rasa segan, terus duduk macam tak layak.

TETAPI MASIH BELUM TERLEWAT KALAU BENAR PEGANGAN UGAMA JADI PEDOMAN.
Orang beriman tidak mudah terpedaya antara kaca dan intan.

Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Sudah ramai Timbalan yang tidak sempat jamah kerusi PM.

Sejarah menunjukan belum ada taktha Bugis diserahkan kepada Jawa.

Pre$$iden dan Pre$ideng

Dulu sebut saja gabungan atau kerjasama UMNO + PAS ianya macam sukar bagai langit dengan bumi. Otak yang bijak pun jadi buntu untuk mencari jalan menyatukanya.

Tetapi hari ini ia umpama cincang air tidak akan putus dan selepas ini kalau Presiden dan Presideng macam belangkas pun jangan tak percaya.

Itulah hakikatnya bila ada udang di sebalik batu.

Dalam ketika Najib berhempas pulas ingin mengekal kuasa berjumpa pula dengan Hadi umpama General yang hilang kuda di padang pasir.
Elok sangat saling berpelukan.

Masih terlalu awal untuk melihat bagaiana perpaduan ini dibentuk atas kepentingan peribadi kedua dua Presiden ini.

Demi  rakyat, demi Melayu, demi Islam...geli rasanya untuk disebut.

Virus Baghal Melanda Merbok

Sudah bengong kerana sekadar kuasa dan pengaruh hingga buta mana satu intan mana satu kaca atau setidak tidaknya berfikiran terbuka...

Antara Mahathir dan Najib, seorang bertanya dan seorang melarikan diri...
Bagaimana kita nak pastikan yang mana satu betul yang mana satu salah...
Atas asas apa keputusan dibuat (?)

Ahli umno bukan kuli kepada pemimpin, bukan hamba kepada parti...dan Bahagian bukan waris mak bapak Ketua Bahagian...


# Itulah perbezaannya KBU Johor dengan negeri-negeri lain yang takut kepada bayang-bayang sendiri sambil mengharap tempias habuan dan derma.

Friday, November 6, 2015

HAFARIZAM SELASA











Ada sesiapa yang boleh tolong Hafarizam Selasa, orang lain dah sampai ke bulan, dia masih terkial kial....

Kena banyak belajar dari lawyer anwar bab tangguh menangguh...

ADA DUA SAOLAN (?)

1) Meriah tak Deepavali tahun ini... (?)
Kalau berdasarkan tol yang sesak -meriah
Kalau berdasarkan sesaknya shopping - meriah

2) Sudah berapa lama PM tidak membuat Press Conference.. bersoal jawab dengan pemberita dalam dan luar negara...
Kenapa agaknya...

Tanpa salah, tanpa dosa, bersih dan suci kenapa PM masih malu malu untuk berdepan saolan pemberita...

Sekurang-kurangnya Anwar masih berani dikerumuni, paling teruk akan diherdiknya pemberita jika ada saolan maut...

Belajarlah dengan mamak, walau dilabel denga pelagai nama oleh pemakan dedak, walau disoal siasat oleh polis tapi masih tak lari dengan pemberita...

Aku senyum bila Tun tak mahu jawab saolan polis...










Aku senyum sebab selepas ini berebut rebut pemakan dedak akan spin selepas minggu lepas berhempas  spin kesah arul-tony-rafizi yang kita tahu akhirnya Arul yang tak berani, tarik diri ....bla bla bla..

2. Satu perkara yang ingin diberitahu bahawa di bawah akta kanun acara jenayah, undang undang membenarkan seseorang yang disiasat memilih untuk tidak menjawab saolan pihak berkuasa seperti polis.

3. Kalau nak spin pun selepas ini, agak-agak le...

# Satu kesilapan Mahathir sebab dia berdarah Melayu dan mamak dan langsung tiada darah bugis atau minang.
Kesilapan kedua sebab namanya Mahathir, kalau Jho Mahathir atau Mahathir Low sudah tentu tidak akan disoal siasat.

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...