Tuesday, January 12, 2016

Penghujung Politik Mustapa Mohamed Musnah Dengan TPPA

Harapan untuk melihat Mustapa sebagai MB Kelantan mewaKili UMNO semakin tipis dan hampir mustahil.

Lafaz dan keghairahan UMNO untuk bekerjasama dengan PAS hanya lebih membayangkan MB Kelantan milik PAS selamanya makin kukuh.

Adalah kurang sopan untuk UMNO merampas kerusu MB Kelantan dari PAS walau sebanyak mana UMNO menang kerusi DUN atas dasar setiakawan.

Jika UMNO serah kerusi KM Pulau Pinang kepada Gerakan dan MCA walau UMNO majoriti, kenapa tidak lakukan perkara yang sama, berkorban di Kelantan.

Demi survival kuasa UMNO di pusat, kompromi seumpama ini adalah wajar.

Anwar Musa antara contoh terbaik "melepas" jawaTan MB Kelantan dan kini giliran Mustapa yang setakat mencapai tahap "mampu tengok".

Dengan di belengu isu TPPA, Mustapa akan menempah titik hitam hujung politiknya. Rakyat Kelantan pasti menolaknya dan kerusi Jeli bukan jadi semudah dulu untuk dimenangi.

# BRIM, 1MDB, GST dan kini TPPA - setakat mana rakyat anggap kerajaan bijak dan tidak tipah tertipu (?) dan lebih teruk memang kalau pemimpin terdesak nak menipu rakyat untuk kepentingan mereka !!!!


Apa sebab utama Tun tidak menyokong perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat (AS)?

AS ini terlalu besar. Mereka ada kuasa penekanan yang lebih termasuk dalam bidang perundingan dan apabila berlaku perbalahan, apabila dirujuk kepada mahkamah, kita akan hadapi banyak masalah untuk dapatkan kemenangan bagi pihak kita.

AS punya eksport dan barangan lebih banyak daripada kita. Sebaliknya kita di Malaysia ini, ekonomi kita dalam proses pertumbuhan dan juga kita telah cuba guna ekonomi untuk perbetulkan keadaan sosial dalam negara. Umpamanya, kita mempunyai Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Walaupun banyak kita sudah hentikan tetapi kita masih perlu cuba imbangkan kedudukan ekonomi antara kaum. Ini sudah tentu bercanggah dengan cara-cara perdagangan bebas di mana kita tidak boleh diskriminasi terhadap rakan dagang.
Lagipun kita dapati segala dasar-dasar ekonomi dalam negara kita ini akan dikaji oleh AS dan mereka nak kita sesuaikan ekonomi Malaysia bukan dengan keadaan dalam negara kita tetapi dengan keadaan dagangan mereka.

Monday, January 11, 2016

NAJIB UNDUR ATAU KEKAL, NASIB UMNO SAMA...


Apa nasib PAS dalam pilihanraya jika satu undi cina dan india pun dia tak akan dapat?

Oleh sebab UMNO dan PAS sedang cintan cintun, maka UMNO pun sah tak akan dapat juga !!!!

Dengan PAN dan PKR serta penyertaan segelintir Melayu ke dalam DAP bererti DAP ada harapan untuk mendapat sokongan orang Melayu.

Percaturan politik yang menguntungkan siapa?

Apakah UMNO akan hilang deposit dari Sabah dan Sarawak.
Dalam keadaan sekarang, Najib kekal atau undur, nasib UMNO sudah dapat dihitung dan dijangka...

Agaknya inilah "kemenangan" yang dimaksudkan caii..


Sunday, January 10, 2016

APA YANG PAS TAKUT SANGAT NI?

Sejak intim dengan UMNO, PAS mula buang tabiaat...

PAS Selangor mengistiharkan AMANAH sebagai musuh..

PAS melarang ahlinya hadir program AMANAH dan DAP...

Dua langkah yang akan mempercepatkan PAS berkubur satu liang dengan UMNO..

Friday, January 8, 2016

CERMIN DIRI





Aku nak minta cai cermin dulu...

Sebelum kutuk kaw kaw limguaneng kenapa tak saman Razali...
Elok nasihat Najib saman WSJ, saman Mahathir...
Tanpa Razali pun, DAP sudah diketahui "jahatnya"..apa nak kecoh sangat dengan sebahagian pendedahan itu...

Anwar pun pernah saman Mahathir !!!

Lepas tu baru kita serang LGE habis-habisan, baru cakap serupa bikin...

Kalau Pemimpin No.1 ada class, senang sikit buat contoh...

Kalau bodoh, berhenti je jadi Menteri....


Maaf Tok..gurau je....

Thursday, January 7, 2016

WOW CEPATNYA SPRM BERTINDAK...

Kena siasat betul betul, duit suapan atau derma...



Abu Kassim kena lihat kesan rasuah di peringkat atasan yang lebih teruk dari ini tetapi berselindung bermaharajalela, hipokrit dan munafik.
Bawa mereka ke muka pengadilan, tiada kompromi. 

Kerana seorang dua mereka, rakyat terbeban dan dizalimi.



Wednesday, January 6, 2016

MB BERJIWA BAUKSIT...




Kenapa biarkan Putrajaya mendahului Tok Nan dalam.membuat keputusan...

Ini Pahang beb !!!!!



Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...