Saturday, June 18, 2016

PENGUNDI KK DAN SB TOLAK KES PROFILE TINGGI

# Bila kemenangan disambut dengan cara dan bahasa yang salah sekadar mencermin desperado dan rendah akhlak.
Mahathir turun menang atau kalah tetapi di mana Najib (???)...hang pi mana !







Analisa terbaru PRK KK dan SB sangat signifikan apabila di dapati pengundi di kedua dua tempat bersepakatan untuk tidak campurtangan atau dibebankan serta dilibatkan dalam kes profile tinggi melibatkan kewajaran Najib undur.


Image result for KHALED NORDINKes seperti ini tidak sesuai di pilihanraya kecil untuk membuat keputusan sebaliknya wajar di PRU atau atas budibicara Majlis Raja Raja.

Kes berprofile rendah seperti PAS yang semakin sasau dan hilang arah, kedua dua tempat penyokong telah menunjuk "JALAN KELUAR" kepada PAS sebagai satu amaran keras keatas tindak tanduk Hadi Awang yang dilihat bermasalah untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan parti lain.


Kepimpinan PAS ada rasa rendah diri kerana terpinggir dari Pakatan dan ada rasa sangat bagus bila sepentas dengan UMNO.


PAS kini cabang UMNO untuk isu ugama dan seperti PAN cabang DAP dalam isu Melayu. PKR mempunyai dua tiga nakhoda dan kabilah yang akan menyamun dan membunuh sesama sendiri. Itulah nasib UMNO yang agak baik !!!

Soal profile tinggi seperti kewajaran Najib berundur lebih baik dikembalikan kepada UMNO Johor samada melalui kemuafakatan konvensyen atau pilihanraya yang lebih matang.

Kecuali seorang dua pemimpin, pun mereka sudah hilang pengaruh, UMNO Johor masih bersih dari dedak.

YANG DISASAR NAJIB, YANG GUGUR HADI...

Keputusan pilihanraya kecil parlimen kuala kangsar dan sungai besar:

1. Hadi awang,  lebai malang.
2. Isu kepenyamunan,  file masih open.


Terima kasih.



Friday, June 17, 2016

SEMPUA PRK




Menang atau kalah calon sokongan Deklarasi Rakyat di Pilihanraya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar masih lagi sekadar proses panjang perjuangan kepada pengunduran Najib yang secara moralnya sudah tewas dan perlu berundur tetapi mempergunakan segala cara untuk bertahan.

Ada sesiapa percaya dengan sesungguh hati bangkai gajah boleh ditutup dengan nyiru (?) Mereka yang mempertahankannya sekadar hipokrik, opportunist dan munafik...

Jika menang, banyak lagi kelemahan dan kekurangan...
Jika tewas, kerana masih tidak ada penyatuan, gunting dalam liptan yang segera perlu dikenalpasi....

Tetima kasih kepada Tun Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah tetapi pejuang hebat dan sebenarnya adalah anda, rakyat. !!!

Thursday, June 16, 2016

BUKAN SEORANG WALI...

Salam Kejumaatan Yang Serba Berkah...
Amal dan cakap yang elok elok..




Negarawan yang apabila hilangnya kelak barulah yang akan ditangisi sedangkan masa hidupnya, kamu reka hina dan keji....

Kelak hilang, seorang demi seorang datang bermuka sedangkan ketika dia hanya minta tangannya di sambut, di mana kamu melarikan diri..

Bukan seorang wali, bukan ulama, bukan bangsawan tetapi sekadar seorang doktor yang gigih merawat anak bangsa dan negaranya  setanding di mata dunia..

Mercu yang dibina untuk tanda aras bangsa kini gugur satu demi satu dengan khianat anak anak derhaka  puaka ....

Di mana mereka yang gagah pada usia dan kuat pada nama dan labuh pada jubah sekadar jadi penghias.
Takdirnya Tun yang lemah pada usia tetapi kuat pada keikhlasan bangun semula berjuang untuk anak bangsa dan negaranya di penghujung usia yang sedikit tetapi amat luas jasanya....

Ya Allah Ya Rabbi, letakanlah manusia ini, manusia yang tidak pernah minta dikasihani menjadi antara hamba yang tinggi darjatnya dan mulia disisiMu....

Aamiin Ya Rabbala'alamin...




Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran".
(Al-Baqarah: 186)

ANWAR ALWAYS SICK...



Aku sokong sangat Anwar Ibrahim menerima rawatan lanjut di luar negara memandagkan masalah kesihatannya tidak ada pengkhususan pada mana mana doktor di Malaysia (kecuali DrM) yang berpunca dari virus K,  Sejenis virus yang sudah sebati dengan Anwar sejak join UMNO.

Virus K juga membuatkan para peguam, hakim,  mahkamah dan rakyat menjadi mangsa P3 bukan setahun tetapi berbelas tahun dan sehingga kini pun masih ada yang percaya.

Azizah dan Nurul sendiri menarik diri dari Deklarasi Rakyat bsgi memastikan peluang dan cita cita terakhir Anwar mampu dicapai.

Azmin sendiri terpaksa memperlahankan kukunya untuk cita cita peribadi yang lebih tinggi semata mata menjayakan harapan terakhir Anwar.


Azmin digugat kedudukan kerusinya dan secara serius ditunjukkan apabila Rafizi membuat laporan SPRM terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sedangkan hakikatnya jika sekadar itu,  ia boleh diselesaikan secara dalaman.

Prinsip Mahathir untuk tidak mencampuri keputusan mahkamah juga mengundang sabotaJ tandatangan palsu deklarasi rakyat dan kes skandal yang melibatkan nama Muhyiddin sudah mula dinanahkan.


Image result for rpk lari ke luar negara
Dua pucuk surat Anwar dari penjara adalah harga yang sangat mahal untuk Najib (CK) fikirkan dan sekali lagi Rafizi menjalankan tugas menggaru garu belakang Rosmah dengan isu jet peribadi dan luggage bag.

Kalau diluar negara sekurang kurangnya Anwar ada kawan seperguruan, sepermainan.


Wednesday, June 15, 2016

ADA DENGAR BERITA INI TAK... Kruaakk... Kruaakk..

Dengar baik baik...
Lagu musim pilihanraya,  kaki pancing suka nyanyi...

Jika PAN menang di SB dan KK, negara akan bertukar pemerintah,  
DAP akan jadi rulling party dan Lim Kit Siang jadi peeyeenm,
Orang Melayu dihalau masuk hutan yang balaknya sudah habis dicuci UMNO....

Ini kena panggil M. Nasir buat lagu,  tanya itu sama hud hud...
Tentu jawabnya kruaakkk... kruuaakk

PEGAWAI ROSMAH DIHALANG...APA MEMANG SENGAJA NAK CIP CIP PUBLISITI (?)

Tindakan menghalang Pegawai Rosmah dari menceroboh PC Rafizi sangat relevan.
1. Tidak dijemput
2. Tidak minta izin terlebih awal
3. Kebaikan keselamatan dirinya sendiri
4. Boleh saman next Thalatha kalau fitnah

#5# Kenapa Rosmah sendiri tak buat PC dan panggil wartawan...

#6# Kalau masa tu Rafizi terjah, agak agak dihalang atau tidak.





SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...