Friday, June 24, 2016

LEPAS SATU, SATU....

Tidak ada seronoknya apabila isu dan kes negara di bawa ke perhatian dunia yang menjejaskan integriti dan imej.

Seekor kerbau membawa lumpur, rakyat turut terpalit...

https://suarakami3.blogspot.my/2016/06/skandal-najib-ambank-makin-panas-najadi.html?m=1


Thursday, June 23, 2016

WAN AZIZAH GAGAL IKUT JEJAK HADI

Perjuangan membebaskan Anwar sudah tinggal menjadi agenda peribadi Wan Azizah dan anak beranak.

Parti dan Pakatan Harapan sudah tidak layan cerita basi Anwar dan lebih tumpuan yang diberi kepada movement yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir memparahkan lagi emosi Wan Azizah.

Cabaran Wan Azizah supaya Tun menyertai mana mana parti pembangkang seperti meludah ke langit (?)
Apakah Anwar sendiri ahli PKR (?) dan mana datangnya jawatan menyandang Penasihat (?)

Wan Azizah juga harus sedar Tun Dr Mahathir bukan gila, mabuk dan kemaruk kuasa seperti Anwar untuk bertanding di pilihanraya, perjuangan Tun seperti missi Deklarasi Rakyat sangat jelas, singkir Najib dan beri kuasa itu pada orang lain yang sesuai....

Oleh itu cabaran dan permintaan Wan Azizah kepada Tun tidak lebih daripada mengikut tkehendak telunjuk orang lain....
Tentunya Wan Azizah sanggup lakukan apa sahaja, mungkin bukan dedak tetapi tentulah "kebebasan anwar"....

Wan Azizah sedar jawatan Presiden yang dipegangnya sudah tidak ada kekuatan, musuh yang paling dekat adalah Timbalan Presiden yang menguasai Selangor.
Terlajak jolok, semua akan terbogel. !!!

Wan Azizah juga tidak mempunyai kekuatan untuk membawa PKR mesra UMNO seperti yang dilakukan Hadi.
Apa yang boleh disumbangnya ialah memburukan Tun Mahathir di kalangan Pakatan Harapan.

Kesian dan malangnya ia tidak diperdulikan.


# ada pihak dlm PKR menafikan Wan Azizah ada membuat cabaran tersebut.


WAN AZIZAH GAGAL IKUT JEJAK HADI

Perjuangan membebaskan Anwar sudah tinggal menjadi agenda peribadi Wan Azizah dan anak beranak.

Parti dan Pakatan Harapan sudah tidak layan cerita basi Anwar dan lebih tumpuan yang diberi kepada movement yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir memparahkan lagi emosi Wan Azizah.

Cabaran Wan Azizah supaya Tun menyertai mana mana parti pembangkang seperti meludah ke langit (?)
Apakah Anwar sendiri ahli PKR (?) dan mana datangnya jawatan menyandang Penasihat (?)

Wan Azizah juga harus sedar Tun Dr Mahathir bukan gila, mabuk dan kemaruk kuasa seperti Anwar untuk bertanding di pilihanraya, 22 tahun sudah lebih dari cukup dan Tun memilih bersara tika dipuncak kuasa.
Perjuangan Tun seperti di missi Deklarasi Rakyat sangat jelas, singkir Najib dan beri kuasa itu pada orang lain yang sesuai....

Oleh itu cabaran dan permintaan Wan Azizah kepada Tun tidak lebih daripada mengikut kehendak telunjuk orang lain....
Tentunya Wan Azizah sanggup lakukan apa sahaja, mungkin bukan dedak tetapi tentulah "kebebasan anwar" lebih utama.

Hakikatnya Tun Dr Mahathir sendiri mengakui Anwar bukan lagi musuhnya dan Anwar ke penjara sekarang atas sebab Najib.
Jadi kenapa harus Wan Azizah membiarkan emosinya dibakar (?)

Wan Azizah sedar jawatan Presiden yang dipegangnya sudah tidak ada kekuatan, musuh yang paling dekat adalah Timbalan Presiden yang menguasai Selangor.
Terlajak jolok, semua akan terbogel. !!!

Wan Azizah juga tidak mempunyai kekuatan untuk membawa PKR mesra UMNO seperti yang dilakukan Hadi.
Apa yang boleh disumbangnya ialah memburukan Tun Mahathir di kalangan Pakatan Harapan.

Kesian dan malangnya ia tidak diperdulikan.


Wednesday, June 22, 2016

ZAHID JUGA KESEORANGAN...

# KEMASKINI

ts aBU kASSIM MENARIK DIRI SEBAGAI kETUA pESURUHJAYA sprm
Malaysia sudah disenarai  diantara sepuluh buah negara yang tahap korupsi tertinggi di dunia. Inilah legasi TERKINI seorang pemimpin Malaysia.
-
 sAMADA zAHID HENDAK BERSEKONGKOL ATAU LAWAN...


Kedudukan Zahid dalam kabinet dispekulasikan dengan begitu meluas dan antaranya mengangkat tinggi kelemahan Zahid dalam mengendalikan isu keselamatan di bawah kementerian dalam negeri.

Zahid diperlihatkan bercelaru fakta dengan Ketua Polis Negara dalam isu wang tebusan mangsa culik di Sabah.
Hilang kawalan dalam isu outrider Dr Mahathir umpamanya. Zahid juga diperlihatkan masih do favour dengan Anwar dipenjara dan perjumpaan sulitnya dengan Tun Dr Mahathir sengaja diperbesarkan.

Dosa yang lebih besar, Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak melakukan yang terbaik membersihkan nama PM malah dalam beberapa kes, Zahid seolah pukul anak sindir menantu.

Apakah indikator menunjukkan Zahid memang sengaja "disalahkan", ada krisis hilang kepercayaan ke atas kesetiaannya dan menjadi boleh sangat bahaya untuk mengancam kedudukan Presiden parti dan PM.

Jika berlaku rombakan kabinet, perhatikan samada Zahid akan kehilangan kementerian dalam negeri atau kementerian pertahanan, jika berlaku memang sah spekulasi di atas.

Begitu juga jika ujud Timbalan Perdana Menteri kedua atau ketiga. Bererti kuasa dan pengaruh Zahid sedang dikasi dan dikembiri.

Zahid yang seBelum ini dilihat Dan disangka mempunyai pengaruh besar di kalangan MT,  KBU dan akar umbi rupanya juga cerita kosong, dia juga keseorangan seperti Muhyiddin.

APAKAH NAJIB SUDAH BEBAS DARI TEKANAN...

Situasi sekarang setakat mana pelaku sedang cuba buat sebanyak mungkin "perkara baik" untuk menutup "kesalahan besar" yang dilakukannya.

Menahan kesnya diseret kemahkamah adalah salah satu cara, kekal berkuasa adalah untuk memastikan semua cerita buruk dapat dilenyap atau dipadamkan.

Itu perancangan manusia, macam sedang sukses jalan ceritanya. Lebih lebih lagi majoriti rakyat Melayu malas baca, malas fikir dan undi berdasarkan ikut ikut dan kerana sekampit beras.

Kemungkinan besar usaha Mahathir tidak akan berjaya kerana pembangkang juga sedang bercelaru tetapi kritikan berterusan Mahathir masih berbisa, masih membuatkan empunya diri kadangkala takut pada bayang sendiri.

Bagi Mahathir ia mungkin satu permulaan tetapi bagi Najib ia sudah kepenatan mencari hujung penyelesaian.

Apa yang sedang berlaku di luar negara seperti siasatan dan dakwaan. adalah diluar kawalan. Setakat mana ia memberi kesan secara langsung kepada negara sehingga Majlis Raja Raja membuka mata tidak mustahil untuk diramalkan.

Apapun permainan ini belum tamat, tidak ada titik noktah untuk Najib merasa bebas dan begitu selesa atau dia sendiri lebih tahu hari dan waktunya.

Air tenang jangan disangka tiada buaya.

# Ada Melayu yang rasa dirinya terlebih melayu menganggap Tun menggadai prinsip bila sepentas DAP, ini namanya Melayu malas fikir, dungu... hakikatnya sepentas DAP atas nama Deklarasi Rakyat, tidak lebih dari itu.
Dari prinsip akhlak kemanusiaan, apakah Najib lebih mulia dari Lim Kit Siang (?)

Tuesday, June 21, 2016

ADA YANG RESAH BILA PAS DIPINANG PAN...

# Diberitakan PAS melalui Naib Presidennya Nik Amar menolak kerjasama dengan PAN atas dasar DAP di belakangnya. Tidak diketahui samada ini merupakan pernyataan rasmi PAS atau sekadar pandangan peribadi seorang Naib Presiden.



PAN dan PAS (kuali panas) bercerai baru talak satu, biasalah saling tuduh menuduh dan salah menyalah.....ertinya belumlah sangat terlalu benci kerana tidak berlaku penderaan kecuali perbezaan pendapat.
Apabila PAN mengambil langkah meminang PAS, bererti dah mengaku salah le tu, cuma tak khabar. Itu biarlah bermaaf maafan dalam kelambu kelak.
Kita pun tak nak lah campur tangan, jangan jadi batu api dan jangan pula tidak restu kalau niatnya berbaik semula.
Berbaik semula kalau boleh biar tak banyak syarat dan berbaik boleh dengan siapa sahaja, tidak semestinnya dengan U sahaja, dengan I pun bolehlah...jangan double standard soal perpaduan dan penyatuan ummah Melayu Islam..

Bila dengar Melayu nak bersatu menyuburkan Islam, yang patut rasa bimbang ialah kaum kafir, sewajarnya bukan orang kita.
Tapi kalau takut sesuatu, busuk hati...tentulah cemas semacam

DARI BLOG PUJAAN, http://www.mykmu.net/2016/06/pan-mimpi-pas-terima-pinangan-untuk-bersama-dap-pkr/DIPERSEMBAHKAN:
Mendengar cerita tentang Parti Amanah Negara (PAN) yang ‘meminang’ PAS supaya menyertai Pakatan Harapan bersama dua lagi sekutu mereka, DAP dan PKR, benar-benar membuat penulis ketawa. PAS sertai Pakatan Harapan?
Setelah berakhir pertandingan tiga penjuru di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAN khabarnya berpandangan bahawa PAS perlu dibawa masuk ke dalam Pakatan Harapan untuk menewaskan Barisan Nasional (BN).
Maka mungkin kerana itu maka bekas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang kini menjadi berjawatan ‘lebih besar’ sebagai Timbalan Presiden PAN cuba tunjuk baik memujuk agar bekas partinya itu menyertai Pakatan Harapan.
Soalnya, sudikah PAS terima ‘pinangan’ PAN itu?
PAN lupa tentang label ‘syaitan dalam jemaah’, ‘jebon’, ‘Anwarinas’ dan sebagainya dulu? Dan kini mereka yang dikatakan cuba merosakkan PAS dari dalam cuba berbaik-baik mengajak PAS bersatu? Bersatu bersama ‘syaitan’? Cukuplah Mahathir seorang saja…
Kenapa perlu PAS sertai Pakatan Harapan? Kenapa tidak PAN saja yang bubarkan parti dan sertai PAS? Apa kata kalau PAN bubarkan saja parti dan ‘rujuk’ kembali dengan PAS?
Tapi PAN perlu jadi ahli biasa dan ‘bertaubat’ dulu. PAN juga sebelum sertai PAS semula perlu berjanji untuk tidak lagi menjadi ‘syaitan’ seperti yang pernah dikatakan Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dulu. PAN setuju?
Kemudian, PAN ajak sekali PKR sertai PAS yang kini bersama parti IKATAN. PAN dan PKR perlu jadi ‘junior’ dan tunduk hormat pada parti pimpinan Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir itu yang lebih senior di dalam blok ‘pembangkang ketiga’.
PAN tidak perlu ajak DAP. Malah PAN perlu mula menghentam setiap pemimpin DAP yang pernah berlaku biadap terhadap Abdul Hadi dan PAS sebelum ini. PAN lupa pada mulut celupar DAP menyerang PAS bertalu-talu dulu?
Jika PAN enggan, maka lupakanlah untuk cuba menghasut PAS menjadi ‘keldai tunggangan’ seperti dulu. Pada pandangan penulis, PAS sudah serik setelah ‘terhantuk’. Masa mereka untuk menjadi ‘tunggangan’ sudah habis, kini PAN pula menyerahkan ‘leher’…
Setelah bertahun PAS hampir hancur dikerjakan DAP, PKR dan ‘harum manis’ sebelum ini, penulis melihat parti itu sedang bertatih memulihkan maruah dan cuba kembali ke haluan asal perjuangan mereka mencari redha Allah.
Redha Allah itulah diperlekehkan pemimpin PAN di Kuala Kangsar tempohari. Kononnya PAS tidak boleh menang pilihan raya dengan redha Allah? Untuk pengetahuan PAN, dengan redha Allah itulah UMNO menang tidak terkalah dalam pilihan raya sejak merdeka. Tanpa redha Allah, jangankan UMNO, siapa pun takkan menang!
Pada hemat penulis, eloklah PAN bawa pulang saja ‘sireh pinang’ yang dibawa kepada PAS. PAN makanlah ‘sireh pinang’ itu bersama DAP di Sungai Buloh, sambil berfikir untuk menewaskan PAS pada PRU ke-14 nanti. Tanpa DAP dan PKR, mungkinkah PAN boleh kalahkan PAS? Fikir sendiri…

Monday, June 20, 2016

NIK ABDUH MINTA MAHATHIR SYUBAHAT..

Lupakan segala kemungkaran yang berlaku, buat-buat pekak dan buta apa yang berlaku macam Presideng dia... 

Mungkin itu apa yang dimaksudkan oleh Nik Abduh dengan menyarankan Tun Dr Mahathir berhenti berjuang menentang kemungkaran (?)

Trend semasa menunjukkan Nik Abduh sedang mengejar sesuatu...
nama 'nik aziz' sering digunapakai sebagai rujukan untuk menyokong segala tindak tanduk dan caranya...

Lebih elok Nik Abduh nasihatkan Nasruddin supaya bertaubat dalam isu # siaran porno berbayar !
Lebih elok Nik Abduh perhatikan tepi kain PAS yang terselak luas ekoran kekalahan besar di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar !
Lebih elok Nik Abduh sarankan Hadi Awang turut berehat dan tumpukan lebih kepada mencadat sotong !
Dan lebih elok Nik Abduh jaga Kelantan dari terlepas ke tangan AMANAH di PRU akan datang...

# Ada sesetengah pihak sedang menganjingkan supaya Tun menyertai mana mana parti politik Pembangkang supaya nampak ikhlas. 
Provokasi yang mengumpan untuk memburukan Tun. 
Dan ada sesetengah yang lebih bacul dari itu sarankan Tun wajar berehat atas faktor usia. 

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...